
Info ini bukanlah untuk beritahu macam mana cara anda semua untuk naik kereta terbang dengan cepat. Iyelah, dah masuk tahun 2020, ramai yang bising sepatutnya kereta terbang dah ada kan?
Impian tersebut memang ramai yang tertunggu-tunggu, tetapi rasanya tidak perlu untuk tuding jari kepada mana-mana pihak. Pokok pangkalnya, apa jua perubahan yang ingin dikecapi perlu ada sikap yang 'matang' dan tolak ansur dari semua rakyat di negara ini.
Paling penting ubah perangai dan mentaliti anda semua dahulu bermula hari ini. Nak negara maju, rakyat pun perlu maju dari segala aspek terutama 'attitude'.
Contoh paling mudah, lihat sahaja Jepun. Negara yang maju dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Tahu bagaimana mereka maju? Semuanya terletak pada sikap rakyat mereka.
Perkongsian sumber daripada Najwah Alim
Cerita murid Jepun sikit yang kita semua dah tahu. Aku nak tambah skit je.
1. Sejak Tahun 1 mereka cuci kelas sendiri
2. Cuci tandas pun sendiri ikut giliran kelas
3. Tiap murid ada kain lap masing-masing
4. Lepas guna, mereka basuh dan keringkan kain lap tu sendiri
5. Mereka lap lantai ada caranya tersendiri, mop digunakn utk lantai toilet sahaja.
6. Ini kerja rutin sampai sekolah menengah
7. Walaupun begitu, murid 'dihargai' dan 'dijaga' dgn baik ketika PnP.
8. Sesi makan pun sama.. mereka bergilir serve sesama sendiri
9. Guru besar akn makan dahulu sedikit makanan murid 30 minit sebelum murid 'for safety reason'. Guru besar juga akan join murid makan sama jika berkesempatan.
10. Waktu pembersihan dan makan ini adalah juga waktu pembelajaran sama spt blaja maths.
Kenapa aku tulis perkara ni? Saja, supaya kita tak panik bila pergi Jepun. So kenapa nak hairan jika anak-anak ini hormat semua pekerja 3D – dirty, difficult, dangerous
Mereka bersih toilet bowl macam bersih rice cooker.
Nak jadi Negara Maju. ATTITUDE kena maju dulu. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Melancong Cara Bajet, Ikuti Tip Cukup Mudah Ini Untuk Percutian Lebih Menjimatkan!

Isi Kandungan
ToggleSiapa kata kita perlu ada bajet yang beribu-ribu ringgit untuk melancong dan makan angin? Semua itu tidak benar!
Namun perlulah ukur baju di badan sendiri. Paling penting lokasi serta jenis percutian yang anda mahu. Tapi ia tidak mustahil dilakukan dengan bajet cukup minima. Ikuti beberapa tip dari LIBUR di bawah!
Survey secara terperinci
Langkah awal yang harus dilakukan adalah survey tempat yang akan anda lawati. Hal ini penting kerana ia akan membantu anda untuk mengenal pasti berapa banyak budget yang harus disiapkan. Siapkan juga berbagai keperluan lainya sebelum berangkat. Misalnya tempat menginap, tempat yang akan dikunjungi, dan juga tempat makan agar aktiviti anda jadi lancar.
Siapkan wang tambahan
Walaupun anda sedang menikmati keseronokkan bercuti, anda harus siapkan juga wang tambahan. Wajib! Jangan sampai nanti kehabisan wang dan tak boleh pulang ke negara sendiri. Tetapi ingat, wang itu hanya untuk keadaan darurat. Apa-apapun anda wajib untuk follow pada rencana awal mengenai budget awal pada tahap survey tadi ya!
Pilihan transport yang paling bernas
Pengangkutan adalah salah satu point yang harus kamu perhatikan. Sebaiknya, gunakan kenderaan atau pengangkutan yang murah. Jangan sesekali ambil jalan mudah dan menggunakan yang mahal. Jika perlu berjalan sedikit, kenapa tidak? Tidak mengapa lama sedikit, yang penting pengalamannya kan?

Gunakan kenderaan peribadi
Masih mengenai pengangkutan. Kenderaan peribadi memiliki beberapa kelebihan lain dibanding kendaraan umum seperti kereta dan bus. Dengan menggunakan kenderaan peribadi, anda boleh bajet untuk perbelanjaannya.
Tambahan pula jika pergi bersama dengan rakan-rakan, kata orang boleh “tong-tong” duit minyak dan tol. Apa yang bestnya bila naik kenderaan sendiri, anda boleh berhenti di mana-mana kawasan anda suka untuk ambil gambar dan juga untuk berehat. Tidak terburu-buru. Best!
Pilih waktu yang tepat
Pilihlah waktu yang tepat untuk bercuti. Kalau boleh jangan pergi ketika musim cuti, kerana kebiasaannya penginapan dan juga kedai cenderahati akan menaikan harga pada musim cuti.
Tetap bagi anda yang hanya memiliki waktu pada musim cuti, relaks jer. Anda masih boleh mendapatkan tempat penginapan dan perbelanjaan yang murah dengan melakukan survey secara detail tentang tempat menginap dan kos perbelanjaan terlebih dahulu.
Promosi hebat
Perhatikan juga promo-promo yang ditawarkan tiap-tiap tempat percutian yang kamu akan pergi. Kebiasannya promosi tambang murah tiket penerbangan mahupun promosi murah untuk penginapan akan muncul di internet.
Jadi kamu harus rajin melihatnya satu persatu. Untuk menjadikannya lebih mudah, kamu juga boleh terus tekan pada laman web yang direka khas untuk promosi percutian. Lebih mudah dan cepat!
Pilih percutian domestik
Kenapa harus ke luar negara kalau di dalam Malaysia sudah ada tempat best untuk bercuti? Banyak hidden paradise yang ditawarkan di Malaysia. Pilih saja area mana anda mahu pergi.
Bukan hanya membantu meningkat ekonomi negara, malah ia juga memudahkan perjalanan percutian anda. Apa yang penting, ia lebih murah! Jadi anda pun tak perlu memikirkan kos perbelanjaan yang tinggi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Lokasi Wajib Lawat Yang Kaya Dengan Pelbagai Tarikan Menarik Di Kelantan!

Isi Kandungan
ToggleKelantan, negeri yang cukup kaya dengan pelbagai budaya terkenal dengan tarikannya tersendiri. Namun bagi yang tidak berapa kenal, mungkin agak tertanya-tanya apakah lokasi wajib dilawati bila berada di negeri tersebut.
LIBUR ingin bawa anda lawat ke 10 buah lokasi WAJIB lawat jika ke Kelantan!
Pasar Siti Khadijah

Di sinilah tempat kaum wanita yang berkunjung ke Kelantan akan menghabiskan masa hampir setengah hari untuk shopping dan kadang-kala membuatkan muncung kaum adam jadi macam muncung itik.
Nak buat macam mana? Harga yang ditawarkan di pasar ini sangat berpatutan dan koleksi pelbagai produk memberikan kepuasan kepada kaum hawa cuci mata di sini. Daripada barang basah, hingga ke barangan kering, spot ini seakan one stop center kepada kaki shopping – barang nak buat hantaran kahwin, barang solat, kraftangan, dan sebagainya.
Selain daripada barang-barang, terdapat juga variasi juadah makanan tradisional masyarakat Kelantan yang boleh didapati di sini seperti kuih akok, nasi tumpang, etok salai, nasi kerabu, aneka kuih muih dan pelbagai lagi.
Waktu operasi: 07:00 – 18:00 setiap hari
Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar terapung ni kebiasaannya popular di Thailand, tapi jangan tak tahu yang pasar sedemikian juga boleh dilawati di Kelantan atau lebih tepatnya di Kampung Pulau Suri, Tumpat.
Kepada sesiapa yang minat dengan juadah popular negeri Kelantan, boleh singgah ke sini sambil merasai pengalaman ala-ala bercuti ke Thailand. Selain daripada menikmati juadah makanan di sini, pengunjung juga akan berpeluang untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan yang terdapat di pasar terapung Kampung Pulau Suri ini.
Kepada anda yang ingin ke sini, beri perhatian bahawa pasar ini hanya di buka pada hujung minggu dan ada bayaran minimal yang dikenakan kepada anda iaitu tambang bot. Untuk ke sini, anda boleh datang melalui Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu.
Waktu operasi: 10:30 – 12:30 setiap Sabtu sahaja
Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Kalau anda nak ke sini, pastikan anda memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 3 jam kerana aktiviti cuci mata di Pasar Malam Wakaf Che Yeh ni pasti membuatkan itinerari anda drag berjam-jam lamanya.
Dengan suasana yang meriah dari awal malam hingga dinihari keesokkannya, pasar ini memberikan pelbagai pilihan kepada anda yang ingin mencari pelbagai barang-barangan. Kalau anda orang KL yang tidak pernah ke Kelantan, ketahuilah bahawa tiada restoran mamak yang di buka 24 jam atau shopping complex besar di sana.
Jadi, warga Kelantan akan datang ke sini bersosial dan membeli-belah. Oleh itu, Pasar Malam Wakaf Che Yeh ini adalah destinasi malam paling havoc di Kelantan.
Waktu operasi: 06:00 – 15:00 setiap hari
⭐ PRO TIP Dua atau tiga hari sebelum raya, peniaga Pasar Malam Che Yeh akan menawarkan harga runtuh sempena Aidilfitri |
Bazar Tok Guru

Bazar tok guru ini tak perlu lagi diberi penjelasan yang panjang lebar. Memang cukup terkenal seantero negeri Kelantan.
Bukan sahaja itu, bazar ini terkenal khususnya kaum hawa untuk membeli-belah barangan islamik seperti tudung, telekung solat, kelengkapan umrah dan juga haji dan sebagainya. Beruntungnya tempat ini kerana ianya terletak betul-betul di bandar Kota Bharu, membuatkan ianya mudah diakses kepada sesiapa yang bercuti atau berkunjung ke sana.
Waktu operasi: 09:00 – 18:00 setiap hari
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Ada beberapa kawasan zon bebas cukai di Malaysia dan salah satu daripadanya adalah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Spot destinasi ini sangat terkenal untuk anda yang nak shopping pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali, kawah, sudu garfu, atau apa sahajalah yang terlintas di fikiran anda.
Semuanya ada di sini. Ya, tempat-tempat lain juga mempunyai barangan yang sama dijual di sini tetapi perbezaan besarnya adalah harga yang ditawarkan – cukup kompetatif dan murah berbanding tempat-tempat lain. Selain itu, kedai dan pilihan barangan di sini juga boleh dikatakan besar dan lebih banyak berbanding kawasan Zon Bebas Cukai yang lain. Selain barangan, makanan tempatan dan makanan Thailand juga boleh didapati di sini.
Waktu operasi: 09:00 – 18:00 setiap hari
Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Satu lagi kawasan Zon Bebas Cukai yang ada di Kelantan selain daripada Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Barangan yang sama juga seperti di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, cuma yang membezakan adalah suasana dan persekitaran yang berbeza berbanding Rantau Panjang. Kepada food hunters selain kaki shopping, di sini banyak gerai yang menjual mee celup, mee chambul, pulut ayam, pulut mangga, dan ais krim baba.
Waktu operasi: 09:00 – 17:30 setiap hari
Kampung Kraftangan

Kampung ini sesuai untuk anda yang nak mencari songket, barangan perak, batik dan hasil seni kraftangan tempatan Kelantan. Untuk anda yang tak pernah merasa macam mana nak mencanting batik, boleh la cuba-cuba apabila berkunjung ke sini dengan bayaran hanya RM10 sahaja.
Lagi satu benda yang best di sini, Kampung Kraftangan ini terletak berdekatan dengan tempat makan popular di Kelantan iaitu Nasi Ulam Cikgu. Lepas beli buah tangan di sini, terus sahaja makan tengah hari di restoran Nasi Ulam Cikgu.
Waktu operasi: 09:00 – 17:00 setiap hari kecuali Jumaat
Bazar Buluh Kubu

Bazar ini popular dengan jualan pakaian dan kain seperti kain batik, songket dan produk kraftangan Kelantan. Kakak-kakak, makcik-makcik mesti suka untuk singgah ke sini sebab di sini penuh dengan pakaian harian wanita seperti baju kurung, selendang, tudung dan baju kelawar dan mempunyai seribu satu pilihan untuk di beli.
Daripada yang murah dan berkualiti biasa hingga ke harga yang mahal dan berkualiti premium. Untuk kaum adam, jangan sedih. Kalau nak beli sesuatu untuk mak, mak mertua, bakal mak mertua, isteri, bakal isteri, atau isteri kedua, boleh singgah ke sini. Jangan terlondeh bahu nak pikul beg plastik sudah lah.
Waktu operasi: 09:00 – 21:00 setiap hari
Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu

Satu lagi pasar terapung yang ada di Kelantan adalah Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu. Mudah saja kelau nak ke sini sebab ia berdekatan dengan pusat bandar Kota Bharu. Anda yang berkunjung ke sini boleh melihat budaya jual beli orang setempat di sana dan pusing-pusing menari makanan popular Kelantan pada harga yang sangat berpatutan. Untuk ke sini berbeza dengan Pasar Terapung Pulau Suri, anda tidak perlu menaiki bot.
Waktu operasi: 08:00 – 14:00 setiap Sabtu sahaja
Pasar Besar Siti Aishah Jelawat

Pasar ini popular di Bachok dan anda yang nak mencari ikan, makanan laut, sayur-sayuran segar, boleh mengunjungi pasar ini. Harga berpatutan berbanding tempat-tempat lain dan mempunyai banyak pilihan yang banyak.
Jadi tak hairan pasar ini selalu sesak dengan kunjungan orang ramai yang nak mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan di sini. Untuk yang nak datang melancong, destinasi ini sesuai kalau nak cari makanan tradisional tempatan kerana banyak gerai-gerai yang menjual lauk-pauk dan kuih-muih.
Waktu operasi: 06:30 – 15:00 setiap hari
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belia Malaysia Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Bermula 23 Januari Ini

Kalau anda rakyat Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun, anda boleh berubah angin bercuti sambil bekerja di New Zealand. New Zealand mempelawa golongan belia Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama 6 bulan sambil bercuti.
Banyak peluang pekerjaan yang disediakan di sana, antaranya dalam sektor pertanian. Gaji yang ditawarkan di sana pastinya lebih tinggi kira-kira tiga kali ganda daripada negara kita dek matawang mereka yang besar. Sambil-sambil bercuti, anda juga dibenarkan bekerja mencari wang. Menarik kan?
Anda boleh memohon 'Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 nanti Dilaman sesawang rasmi Imigresen New Zealand Ingat tau, permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2020 bermula jam 10 pagi waktu New Zealand.
Namun, mereka yang ingin memohon mestilah mempunyai wang sekitar $NZ2,250 (RM6,120) terlebih dahulu bagi menampung perbelanjaan ketika berada di negara ini.
Antara kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk layak membuat permohonan termasuklah:
- Mestilah berusia di antara 18 dan 30 tahun
- Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand
- Kerja tersebut mestilah sah (tidak melanggar undang-undang)
- Anda tak dibenarkan memberikan perkhidmatan seks komesial
- Anda tidak boleh membawa anak-anak anda (jika ada) bersama ketika working holiday
- Visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda
- Permohonan boleh dilakukan secara online dan bayaran sebanyak NZ $208 (RM586) dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit.
- Tempoh 21 hari diperlukan untuk memproses permohonan dan segalanya akan dihubungi melalu e-mel.
Anda dinasihatkan supaya menyediakan dan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat dokumen sebagai bukti.
Terdapat kuota bagi visa kelas ini untuk rakyat Malaysia dan setiap tahun, hanya 1,150 rakyat Malaysia yang akan terpilih dan diberikan visa working holiday.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI