Mersing, pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot.
Di Mersing, terdapat banyak pulau indah. Percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Oleh : Ayu Afiza
Ramai dm tanya budget. Sejujurnya budget untuk trip ni tak keras sangat sebab kitorang pun book last minit, cari yang low budget pastu nak santai2 manfaatkan cuti hari Merdeka. Ayu ambik pekej trip 2 hari 1 malam dari geng Pulau Kita. Pekej dah termasuk dengan hotel di Mersing, returns boat, breakfast, lunch & peralatan snorkeling. Memandangkan pergi time public holiday, hotel sentiasa full booked, so memang berbaloi lah ambik pekej dorang ni. Korang kalau tknak pekej bermalam, korang bole ambik pekej daytrip sahaja.
Starting point berkumpul di office Pulau Kita, dekat Mersing Harbour Centre. Nanti ada abang kacak yang akan handle trip
Settle registration & payment, pukul 8.30 dah jalan naik speedboat. Set timing korang cun2, datang awal. Jangan lambat nanti kena tinggal.
Trip bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pulau Rahsia / Pulau Sri Buat
Pulau Raja
Melawat pulau-pulau Mersing (bergambar dari atas bot sahaja, tak turun)
* Paya Bakau
* Pulau Harimau
* Pulau Gual
* Pulau Mensirip
* Pulau Rawa
Pulau Hujung
Dekat pulau ni akan dapat set makan tengah hari. Lepas makan bole buat aktiviti bebas. Bole cari port tidur, kalau nak snorkelling tepi pantai pun cantik. Ada ikan2 kecik. Sape ada bawa roti bole la kasi makan ikan ikan yang tngah kelaparan tu. Jangan lepaskan peluang bergambar
Pulau Tengah
Yang ni boat akan berhenti tengah laut & korang akan diberi peluang terjun dari atas boat! Sape yang berani cobalahh. Padu terukk
Sesi snorkelling tengah laut. Memang best jee, tapi laut dalam dekat sini tak jernih ye. Jangan mengharap nak tengok coral tengah laut, memang non hado! Gelap gelita jee Kalau nak layan coral cantik2 Ayu rekemen korang try dekat pulau area Terengganu (Perhentian/Redang) ataupun Pulau Tioman
Pulau Besar
Dekat sini ada perkampungan & resort untuk bermalam. Kitorang singgah mandi, santai2 minum air kelapa. Kalau nak makan pun ada je restoran/stall burger, tapi self service ye (tak termasuk pekej)
Rehat santai, bergambar. Lepas 1jam, bertolak balik ke jetty Mersing. Bersurai.
Alhamdulillah trip ni puas hati. Layanan dari geng Pulau Kita pun baik je, staff tak sombong, tanya lah apapepun dorang akan jawab
Trip ni pergi ramai2, siap dapat kawan baru haa. Siapa pergi single silap hari bulan balik bawa jodoh je nih. Hihi So korang kalau nak layan gambar atau nak survey pekej bole tengok Instagram Pulau Kita. Nak booking contact je abam2 Pulau Kita ni. Awie 0125444120 / Izzat 0137210398.
• Lokasi bandar Mersing ni kira kira 2 jam perjalanan menaiki kereta dari Johor Bahru (tidak termasuk pekej)
• Jarak hotel ke jetty dalam 5 minit jalan kaki. Nama hotel yang dalam pekej Ayu stay BlueWater Hotel. Hotel budget je ye, tapi selesa ada toilet & aircond. Ada kekurangan sikit2 tu pejam mata jelah Haha. Sesuai je kalau nak bawa anak. Lokasi strategik dekat dengan kedai makan, Ninso, RM2 shop, laundry & 7 eleven.
• Kalau nak survey hotel sendiri boleh je, ada banyak hotel berdekatan dengan jetty. Bole check dengan Agoda/Booking.com . Pastikan jangan jauh dari Mersing Harbour Centre, mudahkan pergerakan korang.
• Jarak dari jetty ke first checkpoint (pulau rahsia) dalam 45min naik speed boat.