Sekali pandang, batu leper ini dilihat seakan terjelir lidahnya. Malah menurut lagenda masyarakat di Norway, ia adalah sumpahan kepada troll yang sombong yang percaya dirinya tak akan menjadi batu ketika matahari menyinari dirinya. Troll menunggu matahari terbit sambil menjelirkan lidahnya seakan mengejek. Dan ternyata, ia mengubah dirinya menjadi batu. Sekiranya korang tidak mempercayai lagenda dan lebih suka fakta, Trolltunga adalah formasi berusia 10,000 tahun yang dihasilkan dari hakisan glasier.
Walau ia sekadar lagenda tapi Trolltunga, lokasi hiking di Norway ini cukup popular di seluruh dunia.
Dipetik sedikit info dari John Mohamed di fbnya, kawasan batu ni dikenali sebagai Trolltunga, terletak di dalam Vestland Norway merupakan salah satu tempat yang paling kerap dilawati sebab boleh ambil gambar dekat batu tu. Kalau nak sampai sini perlu hiking selama 10 jam melalui kawasan yang mencabar, mesti ramai tanya ada yang dah jatuh ke? Jawapannya YA.
Ads
Pada 15 September 2015, seorang warganegara Australia berumur 24 tahun telah terjatuh dari situ batu tu dengan tanah kat bawah tu lebih kurang 700 meter jaraknya. Seram, tapi makin ramai yang datang kat sini.
Ads
Ads
Berdasarkan pengalaman orang Malaysia sendiri, Khairul Zul Sidek yang pernah mendaki ke sini pada tahun 2016, kalau berminat untuk mendaki sebelum sampai ke Trolltunga, ia baik dilakukan semasa musim panas namun ia masih lagi mencabar kerana 70 peratus jalannya berais dan lecak.
Disebabkan lokasi pemandangannya cukup indah, begitu ramai kaki hiking mendaki ke sini. Malah pada gambar-gambar dikongsikan, para hikers ini tidak memerlukan langit yang biru dan cahaya matahari yang berkilau untuk menyatakan keindahan lokasi ini. Paling penting semasa pendakian di musim sejuk, sediakan baju selengkapnya kerana Trolltunga juga sangat indah pemandangannya ketika musim sejuk.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Cuci mata dan jalan-jalan cari barang di ‘uptown’ menjadi kelaziman kebanyakkan mereka yang tinggal di Lembah Klang.
Mana tidaknya, harga yang ditawarkan di premis jualan seperti ini lebih berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli. Selain itu, jika pengunjung pandai tawar-menawar, dan peniaga bijak memberi harga istimewa, jual beli pasti di lebih menyeronokkan. Namun, ketika pandemik wabak COVID-19 menular di negara, aktiviti dan operasi di ‘uptown’ dihentikan seketika.
Pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di sini dan selepas lebih 3 bulan, PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.
Setiap pengunjung wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sebelum masuk ke Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan memakai topeng muka dan menyaring suhu badan.
Pengunjung juga perlu menggunakan aplikasi SeLangkah bagi membantu ‘contact tracing’ dan hanya 100 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.
Jom bantu lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam kembali menjana ekonomi!
Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada 10 April 2019 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.
Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.
Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu. Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, Portal KTMB atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.
COVID-19 nampaknya tiada tanda-tanda akan reda apabila kes melibatkannya setiap hari semakin meningkat.
Disebabkan itu banyak acara dunia dan bertaraf antarabangsa terpaksa dibatalkan. Begitu juga dengan tempat-tempat pelancongan dunia, disebabkan si COVID-19, industri ini terjejas teruk dan terpaksa ditutup daripada dikunjungi orang ramai.
MotoGP Qatar Batal
foto: fox sports
Sesi perlumbaan pembukaan MotoGP di Qatar 8 Mac depan dibatalkan. Ia susulan larangan perjalanan yang dikeluarkan negara itu ke atas pengunjung dari Itali gara-gara penularan COVID-19. Menurut penganjur, acara itu tidak akan diteruskan kerana Itali memainkan peranan penting dalam perlumbaan itu.
Semua penumpang yang tiba di Doha dengan penerbangan terus dari Itali atau yang berada di Itali sejak dua minggu lalu akan dikuarantin selama 14 hari. Bagaimanapun perlumbaan Moto2 dan Moto3 masih diteruskan. Ini memandangkan sebahagian pelumba sudah berada di Qatar untuk sesi ujian sejak minggu lepas.
Sidang Kemuncak Bersama Pemimpin ASEAN di Las Vegas Ditangguhkan
foto: Bernama
Amerika Syarikat menangguhkan sidang kemuncak bersama pemimpin ASEAN di Las Vegas pada bulan depan susulan kegusaran mengenai wabak koronavirus COVID-19. Mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada 14 Mac depan susulan Presiden Donald Trump tidak hadir pada sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada November lalu.
Walau bagaimanapun, AS menghargai hubungan bersama negara-negara ASEAN dan berharap dapat mengadakan mesyuarat lain dalam masa depan. Kes positif koronavirus COVID-19 di Amerika Syarikat kini mencecah 60, kebanyakannya penumpang kapal pelayaran Diamond Princess yang dibawa pulang dari Jepun.
Muzium Louvre Ditutup
foto: REUTERS
Sektor pelancongan antara yang paling terjejas akibat penularan COVID-19. Di Perancis, lokasi tumpuan pelancong popular muzium Louvre terpaksa ditutup. Arahan penutupan dibuat susulan kebimbangan jangkitan virus tersebut.
Sebahagian 9.6 juta pengunjung muzium terbabit adalah pelancong luar negara. Ia menerima ribuan pengunjung setiap hari. Penutupan ini juga dibuat susulan keputusan pihak berkuasa Perancis untuk melarang aktiviti berkumpulan tidak lebih 5,000 orang.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...