Trip Trainpacking Ke Utara Thailand, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Naik 1st & 2nd Class Sleeper Train Sampai Ke Bangkok Dan Chiang Mai. Macam Best Je!

Share

Inginkan kelainan bercuti ke Thailand boleh cuba menaiki keretapi sehingga ke Bangkok dan Chiang Mai. Naik sleeper train 1st dan 2nd class dengan perjalanan yang memakan masa hampir 30 jam lebih pastinya memberikan satu pengalaman baru buat pengembara.

Fatinnur Zahrina dan rakan berkongsi perjalanan dia dan teman dari utara Malaysia ke Utara Thailand dengan keretapi. Lengkap dengan info dan harga tiket perjalanan, korang yang nak cuba travel macam diaorang bolehlah refer apa yang dikongsikan ini.

Walaupun perjalanan cukup panjang, tapi ia penuh dengan kenangan manis untuk dikenang. Jom baca perkongsian gadis ini!

Trainpacking dari Utara Malaysia ke Utara Thailand

Date: 2/9/2022-9/9/2022

Total hours of journey: +-30hrs (one way)

No. of pax: 2

Route: Anak Bukit > Padang Besar > Hatyai > Bangkok > Chiang Mai

Disclaimer

  1. Sebenarnya post ni nak review tentang train yang kami naik je tapi since ada juga yang request iti so kita include sekali kat sini. Nak lagi detail boleh baca yang orang lain share.
  2. Kalau nak cari trip ke Thailand bawah RM100 boleh stop baca sampai sini. Trip ni bukan cheapskate sangat ye, tapi nak kata luxury pun tak juga. So please, jangan pertikaikan kenapa buat macam tu, tak buat macam ni. Sekiranya rasa boleh memberi manfaat silakan, kalau tak boleh ignore saja. We don’t need negative vibe here. Perghhh kekwat.
  3. Trip ni tak banyak cover attraction pun. Free and easy je. Sekadar nak melepas gian naik long journey train. Baru nak panas enjin semula lepas pandemik.

Jenis tren dan harga tiket (RM/THB):

Anak Bukit-Padang Besar:

-Komuter

-7.38am8.16am +-40min

-RM5.20

Padang Besar-Hatyai:

-Shuttle train (3rd class seater)

-Train 948 (9.55am (Mas time)9.50am (Thai time)+-1jam

-RM7/THB50 (boleh bayar guna mana2 matawang)

-kaunter tiket mula buka jam 9.00 pagi (waktu Malaysia)

-free seating

-tak ada air cond ada fan

Hatyai-Bangkok (Bang Sue Junction)

-Special expresss (1st class A/C sleeper)

-Train no 32 (5.45 pm-11.30 am)+-17jam

-RM212.40/THB1694

-satu cabin 2 katil;atas bawah (kalau seorang, boleh chartered terus untuk satu cabin, kalau beli dua cabin bersebelahan boleh jadikan connecting room)

– Ada shower dalam coach

– Tak ada cafe so tapau siap-siap dinner & breakfast di Hatyai

Bangkok (Bang Sue Junction) – Chiang Mai:

-Special express (2nd class A/C sleeper)

-ladies coach (pilih coach 40CN masa beli tiket)

-Train no 9 (6.35 pm – 7.15 am)+-11jam

-RM130.90/THB1038

-macam sleeper train yang lain cuma yang ini seat baharu (merah)

-tak ada shower ada toilet

-kalau nak pesan kopi boleh minta dengan staf

Chiang Mai-Hatyai:

-Air Asia Thai (2.00 pm-4.00 pm)+-2jam

-only 1 direct flight from CNX > HDY

-RM207 (including luggage 15kg)

Hatyai-Padang Besar

-shuttle train (3rd class seater)

-THB50

-2.00 pm (Thai time)- 3.55 pm (Mas time)

Padang Besar-Anak Bukit

-Komuter

-5.35pm-6.13pm +-40min

-RM5.20

Total: RM564.70/pax

(ini tak termasuk public transport yg lain; tuktuk, songtheaw, grab etc). Hotel, makan, shopping etc tu pandai-pandailah buat bajet sendiri.

Boleh beli online tiket train di website ni

https://www.dticket.railway.co.th/DTicketPublicWeb/home/Home

Cara-cara beli tiket, scroll gambar sampai bawah. Detail ada kat situ. Kalau malas baca juga tak boleh buat apa. Carilah video kat YouTube.

Kelebihan beli terus dari website rasmi:

1)Lebih murah sebab tiada service fee dan tak melalui third party

2)Tak perlu collect tiket, just print tiket daripada emel

3)Boleh pilih nombor seat dan juga coach (especially yang nak ladies coach)

Kekurangan:

1)Tiket hanya boleh dibeli 30 hari sebelum bertolak.

2)Kena bayar guna kad kredit.

3)Website tak mesra phone. Preferable guna laptop.

Itinerary:

Day 1

Anak Bukit>Padang Besar

Padang Besar>Hatyai

store luggage at minimart

buy simcard Thai at DTAC centre (near Robinson)

grab to Dim Sum Chabura

grab to Kim Yong market (tapau dinner at Khai Tod Meena & air buah)

change money at Thairat Exchange

walk to Hat Yai Junction (train station)

Hatyai>Bangkok

Day 2:

arrived at Bang Sue Junction (Bangkok)

to Ratchathewi (MRT subway+BTS skytrain)

check in Bed One Block Hostel (near exit Ratchathewi station)

to ICON Siam & Wat Arun

dinner at Makan Makin Restaurant (Ratchathewi)

Day 3:

Check out

store luggage at Lock box Chatuchak Park station

strolling around Chatuchak market

lunch and tapau dinner at Saman Islam Restaurant

to Bang Sue junction station

Bangkok>Chiang Mai

Day 4:

arrived in Chiang Mai

grab to hostel

check in Y Smart Hotel

tuktuk to Old City

songthaew to Wat Phra That Doi Suthep Ratchaworawihan, Bhubing Palace & Hmong Village

lunch at Hmong Village

back to Old city

tapau dinner at Sofia Restaurant & Roummit 2 Restaurant (Halal Street Hilal Town)

Day 5:

Check out

take one day tour with Chiang Mai Elephant Friend

Check in Chiang Mai Elephant Friend Resort

Untuk review experience bersama gajah boleh tengok di sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5160139024114846&id=100003563993123&mibextid=Sxx3oC

Day 6:

back to Chiang Mai city (free hotel transfer)

check in Ed Hostel (near Tha Pae Gate)

lunch at Halal Rice & Noodle

strolling around night bazaar

tapau dinner at Little Istanbul

Day 7:

Check out

grab to airport

Flight Chiang Mai > Hatyai

Check in hotel

grab to Lee Garden

tuktuk to Asean Night Bazaar

Day 8:

Check out

grab to Hat Yai junction

store luggage at minimart

grab to Butterfly Cafe

grab to Kim Yong Market

walk to Hat Yai Junction (train

Hatyai>Padang Besar

Padang Besar>Anak Bukit

Kami banyak guna Grab kat Hatyai & Chiang Mai. Install simcard Thai kalau nak guna Grab. Tempat yang dekat jalan kaki je.

Ada perkhidmatan luggage storage di minimart di Hat Yai train station. Kat Bangkok ada Lock Box. Google je kat station mana ada Lock Box.

Overall bab makan bagi kami, taklah susah mana. Di mana ada masjid, Insyaallah di situ ada makanan halal. Tak jumpa restoran, 7E kan ada.

Jika ditanya, serik tak naik train? Of course TAK. Kami ni pencinta train tau. Semoga murah rezeki dapat naik first class lagi. Aminnn.

Detail dan review ada kat gambar dan video. Kalau nak tanya apa-apa boleh pm.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5166295483499200&id=100003563993123&mibextid=Sxx3oC

Kredit: Fatinnur Zahrina

Oleh
SAHR