Inginkan kelainan bercuti ke Thailand boleh cuba menaiki keretapi sehingga ke Bangkok dan Chiang Mai. Naik sleeper train 1st dan 2nd class dengan perjalanan yang memakan masa hampir 30 jam lebih pastinya memberikan satu pengalaman baru buat pengembara.
Fatinnur Zahrina dan rakan berkongsi perjalanan dia dan teman dari utara Malaysia ke Utara Thailand dengan keretapi. Lengkap dengan info dan harga tiket perjalanan, korang yang nak cuba travel macam diaorang bolehlah refer apa yang dikongsikan ini.
Walaupun perjalanan cukup panjang, tapi ia penuh dengan kenangan manis untuk dikenang. Jom baca perkongsian gadis ini!
Trainpacking dari Utara Malaysia ke Utara Thailand
Date: 2/9/2022-9/9/2022
Total hours of journey: +-30hrs (one way)
No. of pax: 2
Route: Anak Bukit > Padang Besar > Hatyai > Bangkok > Chiang Mai
Disclaimer
Sebenarnya post ni nak review tentang train yang kami naik je tapi since ada juga yang request iti so kita include sekali kat sini. Nak lagi detail boleh baca yang orang lain share.
Kalau nak cari trip ke Thailand bawah RM100 boleh stop baca sampai sini. Trip ni bukan cheapskate sangat ye, tapi nak kata luxury pun tak juga. So please, jangan pertikaikan kenapa buat macam tu, tak buat macam ni. Sekiranya rasa boleh memberi manfaat silakan, kalau tak boleh ignore saja. We don’t need negative vibe here. Perghhh kekwat.
Trip ni tak banyak cover attraction pun. Free and easy je. Sekadar nak melepas gian naik long journey train. Baru nak panas enjin semula lepas pandemik.
-kaunter tiket mula buka jam 9.00 pagi (waktu Malaysia)
-free seating
-tak ada air cond ada fan
Hatyai-Bangkok (Bang Sue Junction)
-Special expresss (1st class A/C sleeper)
-Train no 32 (5.45 pm-11.30 am)+-17jam
-RM212.40/THB1694
-satu cabin 2 katil;atas bawah (kalau seorang, boleh chartered terus untuk satu cabin, kalau beli dua cabin bersebelahan boleh jadikan connecting room)
– Ada shower dalam coach
– Tak ada cafe so tapau siap-siap dinner & breakfast di Hatyai
Bangkok (Bang Sue Junction) – Chiang Mai:
-Special express (2nd class A/C sleeper)
-ladies coach (pilih coach 40CN masa beli tiket)
-Train no 9 (6.35 pm – 7.15 am)+-11jam
-RM130.90/THB1038
-macam sleeper train yang lain cuma yang ini seat baharu (merah)
-tak ada shower ada toilet
-kalau nak pesan kopi boleh minta dengan staf
Chiang Mai-Hatyai:
-Air Asia Thai (2.00 pm-4.00 pm)+-2jam
-only 1 direct flight from CNX > HDY
-RM207 (including luggage 15kg)
Ads
Hatyai-Padang Besar
-shuttle train (3rd class seater)
-THB50
-2.00 pm (Thai time)- 3.55 pm (Mas time)
Padang Besar-Anak Bukit
-Komuter
-5.35pm-6.13pm +-40min
-RM5.20
Total: RM564.70/pax
(ini tak termasuk public transport yg lain; tuktuk, songtheaw, grab etc). Hotel, makan, shopping etc tu pandai-pandailah buat bajet sendiri.
Sebuah restoran bawah laut terbesar di dunia sepanjang 30 meter telah mulakan operasinya baru-baru ini. Restoran bawah laut ini terletak di Norway dan sudah penuh ditempah hingga musim panas.
Restoran dikenali sebagai Under itu terletak di sebuah perkampungan tepi pantai di Baly, Lindesnes di hujung selatan Norway. Ia adalah restoran bawah air pertama di Eropah dan terbesar di dunia serta memiliki tingkap seluas 11 meter untuk pemandangan dasar laut yang biru.
Under terletak di dasar laut, lima meter dari permukaan dan kelihatan seperti sebuah kubu moden. Bangunan berkenaan dibina di atas sebuah baj selama setahun setengah dan direka untuk bertahan ketika cuaca ekstrem.
Selepas siap ia kemudian ditunda sejauh 183 meter kemudian diturunkan ke dalam air dan disambung pada tiang asas di dasar laut.
Cef restoran itu, Ellitsgaard Pedersen berkata, pelanggan akan disajikan dengan makanan enak dan paling segar.
Dia dan pasukannya bekerjasama dengan petani, nelayan dan pemburu bagi menyediakan ramuan yang paling segar. Dengan cara ini mereka akan mencipta hidangan paling berperisa dan inovatif yang melambangkan Restoran Under.
Menu di restoran itu sebahagian besarnya terdiri daripada hidangan makanan laut daripada sumber tempatan termasuk udang karang, ikan kod dan kupang.
Restoran itu direka oleh firma Snohetta yang mempunyai ibu pejabat di Oslo dan New York City serta mempunyai studio di San Francisco, Innsbruck, Singapura dan Stockholm.
Menurut arkitek firma itu Rune Grasdal, cabaran pertama mereka untuk merealisasikan projek ini adalah tekanan air kerana restoran ini terletak lima meter di dasar laut tetapi masalah terbesar adalah ombak.
Tetamu berpeluang untuk menikmati pemandangan panorama ikan laut, anjing laut dan lobster. Pencahayaan dalaman yang redup di restoran itu, menghalang pantulan-pantulan dari kaca di restoran itu dan para pelawat dapat melihat pemandangan dengan sempurna.
Restoran itu mempunyai tiga bahagian pada kawasan seluas 492 meter persegi termasuk bar dan kawasan makan yang luas.
Ia juga direka untuk menempatkan kira-kira 80 hingga 100 tetamu yang boleh menikmati hidangan sambil melihat pemandangan dasar laut yang menakjubkan.
Selepas waktu perniagaan sebahagian bangunan restoran itu akan digunakan untuk kajian biologi marin. Menurut syarikat itu, penyelidik datang ke restoran itu untuk membuat beberapa kajian termasuk adakah ikan liar boleh dilatih menggunakan isyarat bunyi.
Pulau Bali terkenal dengan keindahan pemandangan dan juga kaya dengan budaya mereka yang tersendiri. Nak explore kat sini memang best, dapat tengok Kecak Dance, minum kopi Luwak dan layan sunrise berlatar belakangkan Gunung Batur memang suatu pengalaman yang cukup indah.
Hana Lily berkongsi itinerari Ladies tripnya ke Pulau Dewata ini bersama rakan-rakan selama 6 hari 5 malam. Siap dengan bajet dan info lengkap tenang beberapa tempat, korang yang ada plan nak teroka pulau Bali ni boleh jadikan perkongsian wanita ini sebagai rujukan.
Nak tahu apa lagi yang best sepanjang trip mereka, jom ikut perkongsiannya!
Tengok Kecak Dance & Layan Sunrise Di Bali
Ladies Trip Bali 6 hari 5 malam (27/7 – 31/7/2022)
Itinerary buat sendiri, kami cuma sewa Supir sahaja.
Day 1 :
Arrived at Airport Ngurah Rai Bali (long queu at imigresen).
Lunch at Ayam Betutu Khas Gilimanuk.
Check in at The Haven Hotel Seminyak & Rest at the hotel. Prepared for Mount Batur Sunrise Hiking.
Dinner Grabfood Halalfood Lalapan & Ayam Bakar.
Day 2 :
Mount Batur Sunrise Hiking (Kintamani).
Coffee plantation : Bali Cat Poo Chino (Ubud).
Lunch Grabfood Ayam Penyet (Lalapan & Ayam Bakar Muslim).
Sunset at Double Six Beach Seminyak.
Dinner Grabfood Ayam Penyet (Lalapan & Ayam Bakar Muslim).
Day 3 :
Morning bath at Double Six beach Seminyak & Morning Sunbathing at The Haven Hotel Beach Club.
Lunch at Ayam Tulang Lunak MALIOBORO, Kuta.
Uluwatu Temple : Kecak Dance (Sunset).
Dinner at Jimbaran Beach (Nasi Goreng Seafood).
Day 4 :
Watched Show Barong Dance at Kuta.
Ubud : Tegenungan waterfall.
Lunch at Bale Udang Mang Engkin, Ubud.
Ubud : Tegalalang Village.
Ubud Palace, Ubud Marketplace.
Dinner Grabfood Ayam Penyet (Lalapan & Ayam Bakar Muslim).
Day 5 :
Bedugul Temple.
Lunch at Rumah Makan Taliwang AS-SIDDIQ.
Tanah Lot Temple (Sunset).
Dinner at Nasi Tempong Indra.
Krisna Ole2 Bali (Souvernir).
Day 6 :
Kuta Beach.
Lunch at Wang Solo, Kuta.
T Galleria Mall by DFS Bali.
Departure to Kuala Lumpur.
6 hari 5 malam kat Bali banyak tempat tak sempat pergi. Kami stay 1 hotel sahaja, di Seminyak, The Haven Seminyak Hotel l Suites l Villas without breakfast. The best experience dapat menikmati sunrise di puncak Mount Batur with my hiking buddy Syuq Hashim. Hiking pakej kami ambik pakej Klook Mount Batur Treking Sunrise. Supir kami ambil Bali Shandi Tours. Next time ada masa nak pergi lagi tempat yang tak sempat pergi tu.
Bajet
Di sini disertakan secara ringkas perbelanjaan saya selama 6 Hari 5 malam di Bali.
Air Asia SNAP Package : RM 1156.23 (Flight+Hotel)
Mount Batur Treking Sunrise (KLOOK) : RM 170.45
Perbelanjaan peribadi : RM 1120.54 (Supir, Entrance fees at attraction place, SIM card, makan, souvernir, parking car at klia2)
Kopitiam yang secara amnya bermaksud “kedai kopi” dalam dialek Hokkien, mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an.
Kopitiam berasal dari kaum Hainan migrasi di Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri hospitaliti untuk menyara hidup pada masa tersebut. Ini 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!
1) Auntie Kopitiam, Kuala Selangor
Auntie Kopitiam adalah kedai kopi terkenal yang terletak di Daerah Kuala Selangor. Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935. Beberapa selebriti Malaysia juga pernah berkunjung ke sini untuk mendapatkan kopi mereka dan banyak program televisyen juga telah dirakamkan di sini.
Selain menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga makanan lain yang disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi. Pelanggan juga dapat menikmati salah satu hidangan terbaik mereka, Mi Kari Laksa iaitu makanan yang sempurna untuk memulakan hari anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3289 7289
2) Thong Kee Cafe, Petaling
Thong Kee Kopitiam adalah salah satu kedai kopitiam yang terkenal di Daerah Petaling dengan menu kopi unik mereka. Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun telah mencipta menu “1+1 Cham Peng” iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh. Menu istimewa ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk tempatan.
Selain menu “1+1 Cham Peng” , kedai ini juga menyajikan pelbagai pilihan menu untuk sarapan. Menu tersebut termasuk roti bakar, telur separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://thongkee.com.my/ atau hubungi 03-7496 6847
3) Chong Kok Kopitam, Klang
Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan sebuah kedai kopi klasik yang sangat diminati oleh semua bangsa dari penduduk tempatan. Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940.
Di kedai ini, anda boleh saksikan sekumpulan pelanggan terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa menikmati hidangan kopi dan roti bakar mereka bersama-sama. Uniknya, kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 3371 0996
4) Nam Wah Kopitiam Bt 18, Hulu Langat
Satu lagi kedai kopitiam klasik di Negeri Selangor terletak di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan basikal semula jadi yang agak mencabar.
Jadi, tidak hairanlah jika anda bertemu dengan ramai penunggang basikal ketika anda menjamu selera di kedai ini. Istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.
5) Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor
Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun. Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam dan juga Mi Hailam.
Chicken Chop Hailam merupakan menu yang dicipta oleh kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia. Mereka kemudian kebanyakannya berkhidmat di bawah kuasa penjajah British.
Justeru, menu ini dicipta dengan konsep gabungan citarasa Barat dan Cina. Sebagai kedai yang mempunyai sijil halal, menu makanan di kedai ini disediakan dengan bahan masakan yang halal. Jadi anda boleh menjamunya tanpa ragu-ragu!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6064 1168
Wah, menyelerakan sungguh seleksi menu kopi dan roti bakar yang disediakan oleh kedai-kedai Kopitiam yang disenaraikan di atas! Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri Selangor!
Namun, ketika musim pandemik Covid-19 ini, anda perlulah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka di tempat umum serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!