Bangkok kota metropolitan yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Mempunyai banyak tarikan menarik disamping tidak memerlukan kos yang tinggi membuatkan destinasi ini menjadi pilihan para pengembara.
Setelah sekian lama tidak melakukan pengembaraan solo mungkin kerana pandemik yang melanda, perancangan saat akhir Atin Nadia ke Bangkok untuk revise kembali cara travel sendirian akhirnya terlaksana.
Perancangan asal untuk menaiki keretapi ke Bangkok terpaksa dilupakan kerana kekangan cuti, namun ia diteruskan dengan menaiki pesawat ke ibu kota negara Gajah Putih itu. Berkongsi tip-tip dan juga itenarari serta kos sepanjang empat hari tiga malam di sana, menurut Atin bagi wanita yang ingin bercuti secara solo ke luar negara boleh cuba ke Thailand dahulu kerana penduduk di sana ramah tamah.
Tinggal di hostel dan sempat berkenalan dengan traveler solo dari negara lain, ikuti perkongsian wanita ini ke Bangkok:
Bangkok itinerary 4 hari 3 malam
Last minute plan Trip Solo ke Bangkok untuk revise balik cara travel solo, duduk hostel & sambil cari kenalan baru di Bangkok
Plan naik train tapi cuti tak cukup so naik flight ja…Tak adventure sgt.. Nak adventure naik train
Flight Ticket :
Thai Airasia PEN – DMK- PNG : RM470.74
Hostel :
Khoasan Art Hostel 4 Days 3 Nights : RM85.18
Day 1
Flight from Penang Airport to Don Mueang Airport
Sampai aiport Don Mueang terus beli sim card (Kena pandai pilih kedai yang bagi offer murah)
Ambil bus No 4 Pergi ke Khao San Road 50 Bath
** Malam saya sampai kat Bangkok susah nak dapatkan grab & taxi charge harga mahal 800 Bath so decide ambil bus & nasib baik ada 2 orang mat saleh pun nak pergi ke tempat yang sama dengan saya so saya follow diorang jah
Bus stop dekat tepi jalan so pandai pandai guna maps jalan sampai ke hostel
Check in hostel & keluar balik ke Khao San Night Market. Kat sini banyak club, pub & market… So saya just jalan kaki di kawasan sekitar, weed pun jual tepi jalan jahhh. Saya cari makan then balik sebab penat sangat
Ads
Day 2
Breakfast di Khao San Road
Jalan kaki ke Phra Sumen Fort
Jalan kaki ke Bangkok River
Dari Bangkok River saya ambil tourist boat untuk melawat tempat tumpuan di Bangkok
** Boat 16 Bhat one point (Ikut kemana kita nak pergi)
Visit Wat Arun
Visit The Grand Palace 500 bath/person
Pergi ke Siam Icon Shopping Mall
** Kat sini saya jumpa kawan baru perempuan travel solo jugak dari Vietnam
** Dekat level GF banyak jual makanan Thailand kat shopping mall ni
** Pergi ke tingkat paling atas dekat area Starbuck boleh tengok bandar Bangkok
** Pergi ke level bawah dekat dataran Icon Siam ada water show pada waktu malam
Ads
Balik ambil tourist boat berhenti dekat MRT. Naik MRT then BTS and ambik grab motor balik ke hostel.
Day 3
Ambil one day private pakej ke Ayutthaya. Pakej termasuk tiket masuk 1200 Bath.
** Ada kedai pakej perlancongan depan Khao San Art Hostel
** Sesiapa yang sewa motor just boleh pergi sendiri ke Ayutthaya. Lebih jimat
Ittinerary pakej
Go to Ayutthaya (Acient City)
Visit Wat Phu Khao Thong
Visit Wat Phra Si Sanphet
Visit Viharn Phra Mongkol Bopit
Visit Wat Lokaya Sutha
Ads
Visit Wat Phra Mahathat
Visit Wat Yai Chaimongkhon
Lepas settle one day pakej pergi ke Chatuchak Night Market & jalan di kawasan sekitar
** Kat sini banyak gerai makanan, pakaian & souviner murah
Sebelum balik pergi massage dekat area Khoa San Road 250 Bath whole body…sedapppp gilaaa massage terkepak habis badan
Lepak sekejap kat kedai area Khao San Road
Balik hostel
Day 4
Breakfast at Khao San Road
Pergi 7 Eleven beli makanan sebelum tinggalkan Bangkok
Ambil grab motor pergi ke Don Mueang Airport.
Bagi gigirl yang nak start travel solo ke luar negara boleh mulakan dengan Thailand. Sini orang ramah ramah je…
Bangkok bandar hiburan jadi kena pandai jaga diri, jaga adab & jangan lupa bawa tisu basah sebab ada toilet yang tak ada bidet
Pengalaman mahal bercuti dengan anak, ini trip ke London seorang wanita bersama keluarga tersayang dengan memilih beberapa tempat sesuai buat kanak-kanak.
Menurut Puan Nur Hafizah, ini tempat-tempat yang sesuai bawa anak berusia setahun setengah berdasarkan trip ke London awal September lepas (2024).
Trip Ke London Dengan Anak Kecil
Tempat yang disenaraikan ini ada yang tak sempat nak lawati sebab kekangan masa dan itinerary tapi mungkin berguna dan kena dengan minat ibu bapa yang nak bawa anak berjalan-jalan di London.
1. Round Pond, Hyde Park
Round Pond ni memang tempat kegemaran ramai bawa anak-anak tengok swan, itik dan burung-burung yang banyak di kawasan tasik. Round Pond ini berdekatan dengan Kensington Palace dan lebih tepat berada di Kensington Gardens di dalam taman Hyde Park yang besar.
Tube station berdekatan: Queensway Bus stop dari area Kensington: Palace Gate
2. Diana Memorial Playground
Taman permainan mengenang Princess Diana ini berada di dalam Kensington Gardens tidak jauh dari Round Pond. Terdapat pelbagai permainan dalam taman ini dan tarikan utama adalah kapal besar di kawasan berpasir. Masuk adalah percuma.
3. Young V&A
Muzium untuk kanak-kanak ini berada di kawasan East London dan baru-baru ini memenangi anugerah Museum of the Year 2024. Anak saya sangat seronok di sini dan kami menghabiskan masa selama 3 jam melayan pameran yang interaktif untuk kanak-kanak. Masuk adalah percuma. Muzium ini berbeza dengan Muzium V&A di Kensington ya.
Tube station berdekatan: Bethnal Green
4. Bach to Baby
Bach to Baby adalah siri konsert yang mesra kanak-kanak terutamanya toddler dan baby dimana muzik classical dimainkan secara live dan kids boleh mendekati pentas dan bebas bermain dan berjalan sepanjang konsert. Konsert ini berbayar dan boleh semak website Bach to Baby untuk mengetahui harga, tempat dan tarikh yang sesuai dengan plan kita. Konsert yang kami hadiri tempoh hari berdekatan dengan Tower Bridge dan konsert ini ada di banyak kawasan seluruh England.
5. London Transport Museum
Muzium Pengangkutan London ni memang ramai cakap menyeronokkan untuk kanak-kanak cuma saya sekeluarga tak sempat nak melawat. Anak naik bas double decker untuk ke sana ke mari pun dah seronok kalau ke muzium ini mesti lagi fun boleh bawa bas. Kena beli annual pass untuk masuk dan boleh beli di website London Transport Museum.
Tube station berdekatan: Covent Garden
6. Hamleys
Kedai permainan terbesar di UK dan ada pelbagai section mengikut minat anak-anak dan ikon British seperti Paddington, Peter Rabbit, Harry Potter dan Peppa Pig. Saya tak sempat juga nak ke Hamleys tapi dah singgah toyshop di Selfridge dan Teddy Bear Shop semasa visit York. Kalau ada peluang lagi nak bawa anak visit Hamleys!
Tube station berdekatan: Piccadilly Circus
7. Paddington/Peppa Pig Afternoon Tea Bus Tour
Afternoon tea bus tour with kids theme! Pusing kota London dengan menikmati juadah minum petang tema Paddington atau Peppa Pig oh how cute cuma kami tak dapat sertai sebab anak berusia bawah 2 tahun. Tour Peppa Pig hanya untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas bersama penjaga dan Paddington bus tour pula lebih sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas. Paling best Afternoon Tea Bus Tour ini juga ada halal option cuma harga bagi bus tour ini agak pricey. Boleh baca lanjut di laman web Brigit’s Bakery (b-bakery).
Selain senarai di atas, tempat-tempat lain yang recommended di London untuk kanak-kanak adalah muzium yang percuma seperti Science Museum dan Natural History Museum.
Untuk pengalaman pameran seni yang immersive juga boleh cuba beli tiket Frameless London untuk toddler dengan galeri seni yang mesra kanak-kanak. Kalau minat nak tengok haiwan juga boleh visit London Zoo, ada penguin!
Special mention juga kedai-kedai buku di sekitar London dan kedai secondhand item seperti Oxfam, perfect untuk anak spend masa membelek buku dan beli buku kanak-kanak dengan harga yang berpatutan.
Nanti, anda pun boleh plan ke London bersama anak-anak kecil dan suami tersayang. Jom luaskan pemandangan kita!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ho Chi Minh City(HCM), Vietnam antara destinasi yang sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia terutamanya yang suka membeli-belah. Syurga kain dan juga pelbagai lagi barangan lain.
Membeli-belah di HCM memang banyak bezanya, tambah pula bagi yang ingin berdagang, memang tempat ini paling sesuai untuk mendapatkan bekalan seperti kain-kain, telekung, beg, tudung dan banyak lagi.
Cuti Deepavali baru-baru ini tidak disia-siakan oleh Dini Pyan dan seorang rakannya. Mengambil keputusan untuk bercuti ke HCM City, Vietnam, kunjungan mereka berdua ke sini dimanfaatkan sepenuhnya untuk melawat ke tempat-tempat menarik dan juga membeli-belah.
Berkongsi itinerari trip lima hari empat malam di sana, Dini dan sahabatnya sempat mengambil tour untuk ke beberapa tarikan pelancong yang terletak agak jauh dari bandar selain melawat tempat-tempat menarik sekitar bandar HCM.
Tak sah kalau ke sini tidak berbelanja, melalui itinerari yang dikongsi, Dini dan rakannnya juga tak melepaskan peluang untuk membeli-belah di Pasar Ben Thant dan kawasan sekitarnya. Lengkap dengan beberapa tip untuk pelancong lain, ikuti perkongsian wanita ini:
Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam
21-25 Oktober 2022
Hai korang, saja nak share trip haritu masa cuti Deepavali. Saya pergi dengan seorang lagi kawan. Kami duduk di Hotel Akoya dalam 7 minit ke Lorong Malaysia.
Hari pertama ( 21/10/2022)
Flight kitorang naik AA pukul 2.40, sampai sana dalam pukul 5 lebih…turun dari airport naik bas untuk ke Pasar Ben Thant, dia ambil 10k Dong seorang. Check in dulu then terus ke kedai makan area Lorong Malaysia tu.
Hari Kedua ( 22/10/2022)
Kitorang gerak dari hotel pukul 7.00 pagi, sebab ada ambil tour ke Mekong. Kitorang spend dari pukul 7.30 sampailah pukul 6.30 petang. Kat sana naik bot, pergi ke pulau-pulau yang ada tarikan macam buat gula-gula kelapa, pastu naik sampan ( 1 sampan 4 org), ke pulau lain untuk minum madu, kedai beg kulit, makan buah dan makan tengah hari. Makan tengah hari dia, rasanya terpaling sedap sebab kari ikan merah. Then terus naik buggy ke bot mula-mula. Sebelum balik, tour guide bawak kitorang ke tempat shopping pastu singgah makan malam kat Lorong Malaysia tu dan sambung shopping
Hari Ketiga ( 23/10/2022)
Amik tour lain pulak untuk ke Chu Chi Tunnel. Maklumlah pergi dua orang je, so kitorang join group foreigner pergi sana. Naik van dalam 2 jam lebih kot sampai sana. Sebelum tu, tour guide bawak kitorang pergi satu kilang Mangsa Peperangan punya barang hiasan. Cantik tapi sebab tak ada bajet nak beli, kita tengok-tengok je. .. sampai Chu Chi Tunnel tu, dengar sikit penerangan jalan semua tu dan last masuk terowong dalam tanah. Huish sakit kaki esoknya, sabar jelah sebab kena bongkokkan diri. Then, kitorang dihidangkan dengan ubi kayu dan teh pandan. Kita jeling-jeling je ubi tu, maklumla puas dah makan kat kg. Hahaha.. pastu balik makan dan tido.
Hari Keempat ( 24/10/2022)
So hari ni, sebab dah habis tour wajib, so kitorang decide nak bertenang.. pukul 10 baru gerak dari hotel sebb sakit kaki semua tu… destinasi pertama War Museum ( sebelum sampai dah kena scam dengan penjual kelapa, punya la rajin tunjukkan kita jalan, last-last kena paksa beli.. yang penting kitorang berjaya larikan diri, fuhh). Pastu pergi Reunification Palace ( ada bayaran tapi lupa), bergambar sampai puas, then lalu depan Notre Dame ( yang ni masih dalam construction, so tak nampak sangat depan dia) and the last one kitorang pergi ke Book Street ( boleh la nak bergambar sampai lebam okie!). Oops lupa, sebelum Book Street kitorang singgah kat Saigon Post Office.. sempatlah kirimkan poskad untuk kesayangan and Alhamdulillah dah sampai pun poskadnyaa… then dah gelap terus balik makan, shopping dan tdo. ( semua ni boleh jalan kaki ja, cuma nak lintas tu la serammmmmmm)
Hari Kelima (25/10/2022)
Akhirnya hari last pun tiba, kitorang pergi breakfast dulu pukul 8.30 pagi pastu pukul 9.30 gerak ke Airport naik GRAB. Alhamdulillah luggage BERJAYA check in walaupun terLEBIH muatan.. tq Abang Pramugara…tunggu dalam sejam macam tu terus naik flight and sampai sini dalam pukul 3 mcm tu.
So far, alhamdulillah travel kali ni sangat-sangatlah mudah dan saya follow je apa yang dalam group BBM tulis. Alhamdulillah jugak sebab dah tahu pantang larang masuk Bent Thant Market tu before masuk, so terus amalkan masa kat pintu masuk pasar tu…ooh ya satu lagi, Starbuck dekat Vietnam untuk yang bersusu tak boleh minum ya. Tour Guide bagitahu dalam susu tu ada Gelatin Bab*.
Okay, so kalau org tanya nak repeat lagi tak mai sini? Hahah confirm la nak, tapi duit kena bawakkk banyyyyyaaaaak sikit. Satu lagi, hari tu pakai duit Malaysia lagi murah dari duit diorang. So tak payah tukar banyak sangat duit Dong. Nak shopping, MYR sangat-sangat diterima.
Sungai Kolok yang terletak di daerah Narathiwat, Selatan Thailand antara lokasi yang sering juga menjadi tumpuan pelancong. Bersempadan dengan Malaysia iaitu Rantau Panjang, antara pintu masuk yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk ke Thailand.
Setelah setahun tidak ke mana-mana, kesempatan bercuti sambil bekerja ke Kelantan digunakan sebaiknya oleh Rusila Yusof dengan memasuki ke Selatan Thailand dengan kereta untuk berjalan-jalan di sana.
Seawal pagi memulakan perjalanan, wanita ini menjelajah beberapa daerah di Selatan Thailand ini sehingga ke Takbai yang bersempadan dengan Pengkalan Kubur di Tumpat.
Sempat singgah ke Floating Market di Yakang, Narathiwat, perjalanan ke Thailand tak lengkap kalau tak singgah ke 7 Eleven dan juga minum kopi di Café Amazon. Turut berkongsi kos yang diperlukan untuk trip seharinya itu ke sana. Simple tapi menarik untuk anda yang ada plan nak berjalan macam Rusila.
Trip Sehari Ke Selatan Thailand
Alhamdulillah projek bercuti sambil bekerja berjalan lancar….. Dari Jabi bertolak jam 5.50 am… Solat di Petron Machang….
Rantau Panjang
Isi minyak RM70 dulu sebelum masuk ke sempadan…
Selesaikan urusan di Imigresen Sg Kolok
Insuran untuk 3 bulan RM45
Permit masuk kenderaan 1 bulan RM6
Pusing- pusing Sg Kolok
Sarapan ( Nasi putih + daging goreng + kaki ayam dan nasi putih + keli paprik + tea o + nescafe) RM10
Terjah ke Takbai tanpa tujuan….
Jambatan Pulau Panjang
Pantai takde nama
Nam Baeng Water Gate (Kubang Yu Village)
Pantai Balawan
Ke Yakang Floating Market, Narathiwat.
Makan tengahari:
Air Tea Ais + Green Tea Ais 40Baht (RM5.30)
Mee Sup 2 Mangkuk 70baht (RM9.30)
Telur puyuh goreng 10baht (RM1.40)
Seewed BBQ 20baht (RM2.70)
Buah potong Mangga 1 pek, Jambu 1 pek, Nenas 1 potong, Anggur 1 pek 35 baht (RM4.70)
Balik ke Sg Kolok singgah Cafe Amazon
Iced Cappucino 65baht (RM8.60)
Singgah beli Ole2 di 7e
Burger 7 bj, Air minuman 3, Mainan budak2 2 biji untuk Hana dan Uwais, Korean Fishcake, Chicken slice 538 baht (RM71.60)
TOTAL = RM234.60
Alhamdulillah selepas setahun tak ke mana-mana…. Misi ke luar negara tercapai…