Trip Seminggu Redah Sendiri Ke Kundasang, New Zealand Sabah. Pit Stop KK, Kota Belud & Ranau. Syiok!

Share

Kata orang, kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu itu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.

Untuk yang bercadang ke Kundasang buat pertama kali, ini panduan perkongsian menarik daripada Mira Maira

(Kota Kinabalu – Kota belud – Kundasang – Ranau – Kundasang – Kota Kinabalu) – 30 August – 5 September 2020 (7h6m)

BUDGET
* Cabana Retreat, Kota Belud: RM195/ 1malam (Included Breakfast)
* Curvert View, Kundasang : RM189/1malam
* Hounan Ridge Farmstay & Camping : RM100.00/1malam
* Umea Glam, Kundasang : RM250.00/1mlm (Include Breakfast)
* Kereta (Cousin bg pinjam )
* Minyak kereta : RM120 untuk 7 hari
* Tiket Flight : RM338.00 (beli 1 minggu sblm fly)

ITINERARI RINGKAS:

AHAD | 30 AUGUST 20202
* Cousin ambik dkt airport
* Terus pegi pasar Gaya Street
* Signal hill tower (FOC) view bandar KK
* Gayang seafood (Cousin belanja)
* Perdana Park (Parking RM1.00)

ISNIN| 31 AUGUST 2020
• Jambatan tamparuli (FOC)
• Upside Down House Sabah (12.00/person)
• The Peak Of Hope (25.00/person)
• Sabandar cowboy town (2.50/person)
• Check In : Cabana Retreat (Kota Belud) +Free Tour Fireflies Tour
* Sunset Catching + Makan depan kedai Cabana (Try Nasi Ikan Bahulu Penyet) + Milo Ais dia mmg kawwwww.

Notes :

  • The Peak of hope tu tkda apa pun . sama je konsep tangga + Pintu. Lepas tu kena call utk pick up sbb jalan dia keta tk blh masuk. Korang jgn memandai nk naik keta tak Parking tepi jalan. Agak mahal 25.00 sorang. Rugiii
  • Cabana Retreat (honestly aku tak rasa tmpt ni privacy utk org check in) Org awam boleh masuk dgn bayaran RM5.00 ~ Kalau nk rasa tido glamping why not? boleh lah stay sini. Toilet dia dkt luar yerr . Pakej termasuk free tour kunang2 + sarapan pagi. Hotel ni book direct website lg murah. Here the link : https://www.cabanaretreat.com/
  • Plan asal utk stay kota belud ni utk pegi day trip ke Pulau Mantanani next day. Tapi sbb info yg kurang meh aku cerita pengalaman aku. Pulau Mantanani utk day trip beroperasi utk hujung minggu sahaja. Kena book awal2 utk day trip. Kalau weekday korang kena ada 8 pax ke atas utk sewa 1boat. Pulau Mantanani kalau nk prgi kena stay 1malam dekat pulau. Boleh cuba tido dekat sutera mantanani. Naik Dekat Sutera Mantanani Jetty Kota Belud. (Till next trip)

SELASA | 01 SEPT. 2020
• Tegudon Tourism Village (3.00 entrance)
• Polumpong melangkap
• Nohutu Ecotourism
• Check In : Curvert View (nak booking sini kena thru whatsapp +60 16-8324872)
• Dine Intan Cafe

Notes :

  • Tegudon (kena masuk dalam hujung dunia jumpa perkampungan) but worth view. Nak khemah + ada beberapa aktiviti blh buat kt sini. Syoq BBQ kat sini. Kt jambatan tu wajib bergambar sbb ada sawah pagi.
  • Polumpong + Nohutu aku tk dpt nak mandi manda sbb hujan. But my advice korang boleh cuba bermalam dkt Nohutu. tempat dia atas sikit dr Polumpong.
  • Curvert View (Hotel konsep capsule) . aku ambik bilik VIP. semua bilik boleh jer view Akinabalu kalau bernasib baik sbb aku prgi musim hujan. Sama konsep mcm cabana tp kt sini org ramai boleh masuk smpi 3.00ptg sahaja untuk bergambar. Byk juga port2 gmbr kt sini.

RABU | 02 SEPT. 2020
• OOTD dkt curvert view
• Desa Farm (Lembu tutup sbb covid)
• Uncle Sulap View Gunung + Air terjun (13.40 mee goreng + milo)
• Sosodikon hill (3.00 entarance for 2)
• Sg monoli fish spa – (5.00/person)
• Sabah tea – lepak minum teh
• Check In : Hounan Ridge Farmstay & Camping

Notes :

  • Main Highlight nk prgi tgk booo tapi boo tutup sbb covid haha untill futher notice.
  • Bfst dekat Uncle Sulap tu view Gunung + Air terjun. Rasa dia mee goreng kicap.
  • Naik Hiking sikit dekat Sosodikon Hill tp akinabalu tk muncul juga.
  • Fish Spa- Geli weiii. ikan pun gigit kaki kau kemain kuat
  • Sabah Tea – Hmmmmm best lagi dkt cameron hahahahahha but chill jelah rasa teh sabah kan.
  • Hounan Ridge Farmstay ni mmg plg aku suka + tenang, jauh sikit dari kundasang ok. kena masuk ke dalam hutan + pastikan minyak keta korag penuh bah. utk camping pun boleh dekat sini. View Akinablu. Dine dkt cafe bawah hotel je. Sgt sesuai utk family trip

KHAMIS | 03 SEPT. 2020
• Akinabalu Park (3.00, each 1.50)
• Breakfast – Sutera lodges dalam park akinabalu. Sedap gak laksa kari (15.00)
• Pekan kundasang (beli sayur / buah tarap)
• Tapau untuk dinner : Wajib cuba sayap madu Wak Ali (29.00) + tapau dekat Restoran Selera Kebun Soboroong (9.90 makanan org dusun)
• Check in – Umea Glam (tempat ni dekat belakang club golf + kena jalan kaki masuk kebun sikit utk ke tempat ni) my advice better bawak bag pax . nangis guyss kalau bawak troli masuk utan hahahaa. nk turun ke tempat glam ni pun 1 hal. Belakang UMEA view akinabalu. Dpn view sunrise. + kredit to staff dia sbb sanggup pos brg aku yg trtinggal. Lagi 1 kat sini water heater tiada lagi. kena masak air panas utk mandi, Cuaca masa aku dtg 14c sbb hujan. mmg sejok + mandi air gunung perghhhhh nasib ada sleeping bag. hilang sejuk. Bilik kt sini kalau bukak website dia hanya utk bulan tu sahaja. kalau korang nk book kena booking direct owner (keutamaan kepada yg stay jauh) : wassap no ni +60 11-1300 8595 redzuan.

JUMAAT | 04 SEPT. 2020
• Desa Dairy Farm (ambik luar)
• Kundasang – KK (drive utk naik bot jam 10am ke Pulau Manukan + Sapi (rm120.40 sekali gear snokkeling + lift jacket) + 2.50 (utk entrance) * korang tak pyh sewa pun gear snokkeling sbb mandi tepi laut je pun. hahahahaa. bukannya ada special package mcm perhentian or tioman drop ke satu2 tempat utk snokkeling sis is rugi !
• Parking keta : 10am-2.39pm (4jam)
• Lunch dekat Resort Pulau Manukan, Nasi Goreng Ayam (13.00)
• Wajib cuba Lokan + Jelly Kelapa dalam kelapa muda : (42.50) dekat lokan bakar.
• Balik siap2 packing baju untuk balik.

SABTU | 05 SEPT. 2020
Fly balik

TIPS & AKTIVITI:-
• Ambil flight awal pagi, jadi banyak masa untuk diluangkan di sana.
• Kami mmg plan untuk trip bersantai saja. Tak nak rushing ke sana sini, penat. melainkan hari last tu sbb aku punya trip mantanani (jetty kota belud) tk dpt pegi , soo aku kejar trip dekat KK. utk manukan + sapi!
• Banyak tempat menarik aku xpegi sbbnya view sama mcm kt Bali. + surabaya + penang. sooo aku decide tk pegi tp korang blh lah masukkan dalam list Kokol Elf / Mari2 Cultural / Masjid KK / Pasar tamu / Pasar Filipina / Arnab Village Ranau etc….
• Island Hopping- Pulau Sapi, Pulau Manukan. aku pilih kaunter tiket No.10 boleh msg terus +60 17-890 9665 (Azlan)
• Jangan lupa untuk beli keropok Blinjo Sira Gula Melaka + Amplang
• Dalam perjalanan ke Kundasang tu jgn ngada2 nak singgah di kedai makan tepi2 jalan tu. Diorang jual SINALAU BAKAS (Babi Hutan Salai)
• Di Kundasang makan boleh cuba dkt area masjid or area roundabout.
• Bangun awal subuh 6.00pagi sebab disana 6.30pagi dah terang. Hayati permandangan puncak Kinabalu. Jam 6.00pagi-9.00pagi adalah waktu ‘mahal’ kalau nak tengok puncak Kinabalu sebelum ditutupi awan dan kabus. Kalau terlepas, kena tunggu esok hari.

P/S:

  • Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat kami singgah sewaktu di Kundasang disebabkan masa yang terhad. Apa2 pun, Sabah tempat yang cantik, orangnya baik2+ Peramah wei. Keharmonian kaum di sini yang buat aku teruja dan patut dicontohi oleh kita semua.
  • Ramai yg masih tak tahu prosedure masuk SABAH. korang kalau ada beli luggage masa nk check dkt airport tu kena scan code isi ONLINE + declare lah apa2 soalan yg ditanyakan tu. Lepas tu masa dalam kapal terbang korang dpt borang juga yg sama (my advice isi online lg senang) .Isi sekali sahaja! sama ada online or fizikal kertas. kalau online masa last tu nti akan ada scan code. masa tiba tu nanti kalau ada dr soalan2 tu mencurigakan automatik dh tahu kau kena jumpa tak org masa ketibaan or lepas terus + row mana kau ptt kena pegi.

InsyaAllah akan repeat ke sini lagi nak cuba stay tidoo dalam khemah + xplore laut. Love Sabah

Oleh
Admin