Ini trip santai ke Betong Thailand selama 3 hari 2 malam di sana. Kalau anda suka menjamu mata melihat pemandangan indah, boleh lah cuba ke sini.
Trip ke Betong Thailand
Menurut perkongsian saudari Shy Akma Sam, perjalanan ke sana mengambil masa selama 4jam 30 min dari KL ke sempadan pengkalan hulu – Betong (Drive).
Untuk berkenaan kos hangus pula, anda boleh rujuk sini:
Exchange Myr – Thb: Rm 300 (makan dan entrance fees)
Minyak Total jalan2/return (My & Thai): Rm 166
Tol return: Rm 54.20 (tol duta+duke) exit tol Kuala Kangsar
Penginapan: Cool Camping (Transfer online) 2mlm (1400 bhat) Rm 180.66
Sim card : Rm 25
CI insurance+ borang TM3 & TM2 : Rm33
E101 insurance: Rm 30.05
Hari Pertama
Dari KL 7.30am sampai ke Petronas pengkalan hulu 11.30am. (Top up minyak siap-siap sebelum masuk border). Border ke pekan Betong(17min)
Lunch: Takthu dimsum halal betong 195bhat.
Kuih muih: waze Betong Hospital (kedai seberang hospital) 115bhat
Tapau makanan di 7e untuk day 2 di campsite (246bhat). Bertolak ke Cool Camping dari pekan Betong (ETA 1jam 15min)
Hari Kedua:
Bertolak ke Skywalk Aiyerweng (30 min dari campsite) 460bhat(2pax) termasuk sarung kasut.
Shuttle (return) ke skywalk (100bhat) 2 pax.
Sarapan: 110bhat (2pax).
Hari Ketiga
Check out.
Bertolak ke Winter flower garden. Entrance fees (200bhat) 2pax.
Sambung makan tengah hari di pekan Betong ( Dah & Nan halal). 360bhat(2pax)
Itu sahaja pengalamannya ke sana dan terus bertolak balik ke Malaysia. Bagi anda yang nak ke Betong Thailand, boleh senaraikan siap-siap semua tempat ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Pusing Langkawi Ikut Itinerari 4H3M Gadis Ni. Banyak Tempat Boleh Cover!
Pulau Langkawi sememangnya antara destinasi yang best kalau nak bercuti – dengan pembangunan pelancongan dan tempat-tempat menarik, memang teruja kalau nak ke sana.
Tak kira percutian itu bersama keluarga atau kawan-kawan, Pulau Langkawi semestinya akan menjanjikan satu percutian yang menarik untuk setiap pengunjung yang datang ke sana. Tapi, untuk anda yang merancang nak lepak lama di pulau lagenda ni, mesti tengah cari-cari info tempat-tempat yang best nak pergi ke sana kan?
Jadi ini adalah senarai lokasi best yang anda boleh singgah singgah kalau nak ke Pulau Langkawi untuk tempoh 4 hari perkongsian daripada Busa Syafiqqah Shawal
Hai! Kalini Busa nak share trip ke Langkawi. Trip ni adalah selama 4 hari 3 malam.. detail adalah seperti dibawah..
Transportation
- Flight KL-Langkawi-KL RM 24 (Busa grab masa promo AA)
- Grab Airport-Hotel-Airport RM 15
- Motor sewa RM 35/pax 72 hours
- Petrol: RM 8/pax
Total: RM 82
- (4D3N) Room with fan: RM 60/pax
Entrance Fees
- Paradise 101 RM 30
- Cable Car RM 38 (express lane) + Sky Glide RM 10 (Malas nak guna nature trail untuk ke Sky Bridge so decide add on RM 10 and naik Sky Glide aje. Kalau guna nature trail takyah tambah duit pun since memang include dalam promo RM 38 tu tapi promo tu tak silap Busa limited time je)
- Parking Telaga Tujuh RM 1
Total: RM79
Meals
Total: RM 54.20
TOTAL COST: RM 275.20
Hari 1
• Langkawi Airport
• RL Budget Accomodation, Chenang (check in)
• Jetty Kuah
• Teatime
• Taman Lagenda
• Dataran Lang (sunset)
• Top Saiburi, Kuah
• Dmoon Café ,Chandek Kura (dinner)
• RL Budget Accomodation
Hari 2
• Pantai Teluk Baru (sunrise)
• Breakfast
• Langkawi Skycab ( Beli tiket online RM 38 express lane termasuk Skycab, Nature trail Skybridge, Skydome, Skyrex & 3D gallery)
• Paradise 101 (RM 30 entry fees and boleh redeem kat sana. Kami redeem for lunch meal so that save duit untuk lunch dah)
• Teluk Baru
• Taman Awam Teluk Yu
• Telaga Harbour
• Pantai Kok
• Kg Kelubi (makan laksa sedap dekat Warung Maksu)
• Kubang Badak Geopark
• Padang Matsirat (layan sunset dekat area Laksa Ikan Sekoq)
• Jomakan, Triang (dinner)
• RL Budget Accomodation, Chenang
Hari 3
• Breakfast (beli nasi lemak dekat warung tepi jalan je)
• Gunung Raya
• Air Terjun Durian Prangin
• Lubuk Semilang (tutup)
• Air Terjun Temurun
• Hutan Lipur Pasir Tengkorak
• Air Terjun Telaga Tujuh
(Masa ni Busa hike sorang sorang sampai atas dalam hujan sebab partner tak larat nak teman. Niat nak teruskan sampai ke Telaga Biru, in fact dah separuh jalan dah pun dalam hutan tu tapi patah balik sebab tak sedap hati sorang sorang, lagi lagi gelap sikit dalam tu sebab tengah hujan. Dah lah pergi weekdays memang sunyi je atas tu. Next time repeat lagi, target nak jejak jugak ke sana)
• Nasi Kandar SPM, Triang (lunch)
• Coco Valley, Chenang
• Pantai Chenang (sunset)
• Pasar Malam Kuah
• Warung Kurma, Kg Kumpulan (dinner)
• RL Budget Accomodation, Chenang
Hari 4
• Temonyong (breakfast)
• Dobi
• RL Budget Accomodation (check out)
• Langkawi Airport
Untuk travelogue Langkawi ni pun Busa akan upload full information and more details dekat page FB Busa. So kalau nak tengok info lengkap tentang trip ni boleh check my FB page ya! And semua tempat makan yang Busa pergi kat Langkawi memang Busa recommended sangat korang untuk pergi jugak sebab memang sedap and murah.
Recommended from local jugak actually so tak rugi pun tau kalau korang makan kat sini! Langkawi memang best sangat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Bajet 2H1M Ke Singapura, Total RM90 Je. Wanita Kongsi Tip Macam Mana Nak Dapat Penginapan & Transport Percuma!
Biasanya kalau nak ke Singapura mesti ada yang beranggapan memerlukan kos yang agak besar memandangkan tukaran wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Namun Eira Qasandra membuktikan hanya dengan RM90 sahaja dia dapat bercuti ke negara tersebut selama dua hari satu malam.
Lengkap dengan Itinerary dan tip macam mana nak dapatkan transport dan juga penginapan percuma kat sana, dan yang penting enjoy dengan cara percutian yang sebegitu.
Ikuti perkongsiannya:
TRIP BAJET DARI KL KE SINGAPORE RM90 UNTUK 2 HARI !
1st day
KLIA Express
-TBS ke Salak Tinggi RM 11.20
-Salak Tinggi ke KLIA2 RM 4.40
Scoot Airlines
-KLIA2 Ke Singapore *FREE*
GrabCar
-Airport ke Ibis Hotel Ruby RM96 bahagi 4 orang
2nd day
MRT & SENTOSA EXPRESS TRAIN
-Aljunied Station ke Raffles place (Merlion Park) *FREE*
-Raflles Place ke Sentosa (Uss) *FREE*
-Sentosa ke China Town *FREE*
-China Town ke Jalan Besar (CW2 Bus station) *FREE*
BAS
-Jalan Besar ke Larkin sg 4.80/RM15.20
-Larkin ke KL RM33.00
**Exclude makan dan tiket uss**
Tips untuk free
-Rajin-rajin tengok website yang berkaitan travel contohnya follow group bbm, travelfree.info atau follow PTM
-Lebih berbaloi guna Kad Kredit sebab banyak diskaun dan free entry. Aku punya mrt dari first naik sampai turun sume free.
-Flight tu aku dapat free sebab download apps Hopper, so sume yang pergi skali dengan aku dapat free flight pergi.
-Hotel pun aku dapat free sebab apps Hopper juga, tapi malangnya kawan aku dengan partner dia terpaksa bayar sebab apps diorang tak dapat kupon untuk redeem free hotel.
Balik tu aku pilih naik bas lompat-lompat sebab nak jimat, kalau bas direct dari Singapura ke KL ada tapi harga dalam RM109.
Pergi aku naik train lelompat juga sebab nak jimat, kalau naik direct dalam 40 lebih camtu, tapi klau lelompat buang masa sikit.
Akhir kata, majulah travel untuk kehidupan sendiri.. Buat benda yang boleh buat hidup korang bahagia.
Enjoy your next trip guys !
Sumber: Eira Qasandra
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengembaraan Demi Piala Dunia Sambil Mengenali Budaya Luar
Perkongsian daripada IMELDA HARRIS
Minat terhadap sukan bola sepak telah membawa saya mengembara jauh dan mengenali dengan lebih mendalam tentang budaya masyarakat luar.
Setelah pulang daripada menyaksikan Piala Dunia FIFA di Brazil pada tahun 2014, saya terus merancang untuk menyaksikan sukan bola sepak bertaraf dunia itu di Rusia, sebagai tuan rumah untuk tahun 2018.
Akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan apabila saya bersama ahli keluarga lain iaitu sepupu, ibu saudara serta anak-anaknya telah selamat sampai di Moscow, Rusia pada bulan Syawal yang lepas.
Sebenarnya pengembaraan ini bukanlah semata-mata demi menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi pada masa yang sama membawa tujuan untuk mengenali dengan lebih dekat tentang negara Rusia.
Sebagai seorang chef, sudah tentu setiap pengembaraan akan memberikan kesan dan inspirasi terutamanya dari segi makanan, budaya serta cara hidup masyarakat di sesuatu tempat.
Pengembaraan selama 5 minggu ini bukan sahaja membawa kami ke Rusia, malah ke Brussels, Belgium, dan juga Paris.
BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR
Sering menaiki penerbangan Emirates untuk pengembaraan terdahulu, kali ini ia sedikit berbeza kerana kami memiliih tiket penerbangan Thai Airways atas faktor perjalanannya yang lebih cepat dari Kuala Lumpur ke Bangkok, 3 jam dan seterusnya ke Brussels, Belgium tanpa henti yang mengambil masa lebih kurang 12 jam perjalanan.
Atas kelewatan menempah tiket penerbangan, harga tiket mencecah sehingga lebih kurang RM4000 seorang untuk dua hala perjalanan.
Bergerak berdua pada mulanya dari Kuala Lumpur dan kami berjumpa dengan ahli keluarga lain yang sememangnya tinggal di Brussels.
Banyak perkara yang perlu dirancang serta diteliti dalam memastikan percutian ini berjalan dengan lancar.
BRUSSELS, BELGIUM
Rasa bersyukur kerana tidak perlu risau tentang kemudahan tempat tinggal di Brussels, kami menginap di rumah ahli keluarga terdekat selama lebih kurang 2 minggu berada di sini.
Memandangkan masih dalam mood Syawal, kami banyak meluangkan masa dengan mengunjungi beberapa rumah terbuka sambil berkenalan dengan komuniti Malaysia yang tinggal di sini.
Kami juga sempat menikmati pelbagai juadah menarik Hari Raya termasuklah nasi dagang, satay dan aneka kuih-muih.
MOSCOW, RUSIA
Dengan semangat yang berkobar-kobar, impian untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia kini menjadi kenyataan.
Kami memilih untuk menaiki penerbangan Brussels Airlines dengan tiket berharga 400 Euro untuk 2 hala perjalanan Brussels-Rusia yang mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.
Pengangkutan lain yang boleh digunakan ialah keretapi tetapi ia akan mengambil masa yang sangat panjang sehingga beberapa hari.
Memilih lokasi penginapan yang strategik, berdekatan dengan Moscow Kremlin, Red Square dan yang paling penting berdekatan dengan stadium, ia memudahkan lagi segala urusan perjalanan serta aktiviti sepanjang tempoh 2 minggu kami berada di sana.
Akitiviti kami sudah pastinya dipenuhi dengan menyaksikan perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 di stadium, Fan Fest FIFA Moscow malah juga menontonnya di kaca televisyen, dengan harapan pasukan Brazil akan menjuarainya.
Satu pengalaman manis di Fan Fest FIFA Moscow apabila kami dapat berkenalan dengan pelancong-pelancong luar negara yang lain dan sama-sama bersemangat menyokong pasukan kesukaan masing-masing.
Kedatangan komuniti Muslim seperti dari Uzbekistan di Moscow memberikan lagi kemudahan untuk para pelancong Muslim mencari makanan halal seperti nasi, sup, dumpling dan macam-macam lagi.
KREMLIN, MOSCOW
Selain itu, kami pastinya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Moscow Kremlin dan Red Square di mana terdapat binaan patung Lenin dan Stalin.
Ketika era Soviet Union, kedua-dua tempat ini merupakan lokasi yang sangat terkenal dan berpengaruh.
Kremlin merupakan kompleks bangunan yang menjadi benteng pertahanan Rusia.
Istana, gudang senjata, ruang pejalan kaki serta taman-taman disana dijaga dengan sangat baik.
STESEN METRO
Salah satu lokasi yang menjadi tarikan kami ialah stesen Metro yang mempunyai rekaan senibina yang sangat cantik malah kelihatan seperti istana dengan ukiran senibina Eropah.
IZMAILOVSKY MARKET
Kami berkesempatan berkunjung ke Pasar Izmailovsky yang merupakan tempat terbaik untuk mendapatkan cenderamata.
Antara barangan yang dijual adalah barangan kraftangan, pakaian, perhiasan diri, barang dari pertukangan kayu dan bermacam-macam lagi dengan tawaran harga yang menarik.
PARIS
Paris turut menjadi lokasi pilihan dalam percutian kali ini dan antara kenangan manis sepanjang seminggu berada di sana ialah dapat menyaksikan sendiri kemeriahan masyarakat tempatan menyambut Hari Kebangsaan mereka, iaitu Bastille Day.
Tempat-tempat menarik lain seperti di Château de Versailledan Avenue des Champs-Élysées juga sempat kami lawati.
Dari Paris kami berpatah balik semula ke Brussels dan kemudian pulang ke Malaysia.
Dalam tempoh 5 minggu berada di luar negara, kami pulang dengan membawa banyak kenangan manis dan pengalaman mempelajari serta mengenali budaya-budaya luar yang juga menjadi inspirasi buat kami semua.
Terima kasih Brussels, Rusia dan Paris! Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI