Penang antara destinasi percutian hujung minggu yang sering menjadi tumpuan. Terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati, Izzrie Hadreen Khamis dan keluarga memilih pulau Mutiara sebagai lokasi percutian mereka ketika cuti hari Wilayah baru-baru ini.
Menaiki pesawat dari Kuala Lumpur dan menyewa kereta untuk bergerak di seluruh Penang, Izzrie berkongsi senarai tempat-tempat menarik yang dilawati dia dan keluarganya sepanjang empat hari tiga malam mereka di Penang.
Memang seronok dapat berjalan dan makan-makan di Penang, jom tengok kat mana tempat pilihan Izzie dan keluarganya ketika percutiaanya di Pulau Pinang.
TRIP TO PENANG 4D3N (010223-040223)
Cuti panjang kami ke Penang menaiki flight. Ticket flight beli time promo 70%. Pergi bertiga. Ticket pergi balik RM77 seorang.
Kami menginap di hotel murah je sebab plan memang nak banyak berjalan bukan terperuk dalam hotel. Details hotel boleh rujuk gambar.
Kami ke sana sini dengan menaiki kereta sewa. Sewa dua hari RM220. Naik axia. Nak nombor kereta sewa nanti pm je ya.
Berikut tempat-tempat menarik yang kami kunjungi:-
Pekena nasi kandaq di Hameediyah Restaurant
Selepas check in hotel, kami ke Restoran Hameediyah sebab suami n mertua nak pekena nasi kandaq Penang. Kat sini nasi kandaq paling awal di Penang. Orang cakap Nasi Kandaq Din Maju dan Sulaiman yang famous dan paling dicari orang. Tapi suami cakap kat sini lagi sedap. Tersandaq kekenyangan dan kesedapan. Try lah.
Hin Bus Depot
HIN BUS DEPOT – Terletak di depan hotel kami menginap. Terminal bus ni dari tahun 1474. Lama gila. Tapi sekarang da jadi hub komuniti kreatif. Terdapat galeri seni, kafe dan studio artis. Meriah kalau ada event kat sini.
Ads
Penang Hills
PENANG HILLS – Hari kedua kami ke mercu tanda Penang. Pepagi lagi kami ke sini sebab nak elakkan dari ramai orang. Beli tiket train sekepala RM12 dewasa, warga emas separuh harga. Ada fast lane n harga RM40. Tapi sama je kena beratur. Takdela laju mana. Hehe. Datang pepagi kalau tak nak que lama.
Padang Kota Lama
Penang Street Art
Ads
PENANG STREET ART – Jalan sini free je. Di dinding ada art yang cecantik.. Tapi masa pergi ritu agak pudar n comot sudah. Tapi masih unik. Boleh ootd kat sini.
Hard Rock Cafe
Batu Feringghi
Roti Canai Gemas Road
ROTI CANAI GEMAS ROAD – Wajib try. Roti dia sedap. Dalam gambar ni roti bakar telur goyang. Eh sedap sedap la rotinya.
Kampung Agong Penaga
Ads
KAMPUNG AGONG PENAGA – Hari ketiga, pepagi kami ke Kampung Agong Penaga. Harga tiket RM10 jerr. Tapi puas sebab dapat jelajah dalam kampung ni. Fefeeling macam berada kat sawah padi. Tenang je. Banyak tempat untuk berOOTD.
Bazar Chow Rasta
BAZAR CHOW RASTA – Korang kalau nak beli souvenir, cari kat sini. Serius murah murah berbanding tempat lain. Tempat lain jual beg RM15, kat sini RM8 jerrr.. Bazar ni ada juga jual jeruk, biskut, tshirt,buku terpakai. Bazar ni ala ala suasana kedai Penang zaman dahulu kala.
Ais Tingkap Penang
Lepas pergi Bazar Chow Rasta, singgah makan abc dan beli air sirap kat Ais Tingkap Penang ni. Bukan air sirap biasa biasa ya. Sedap gilaaa. Beli lebih ok.
Padang Brown
Yang tak dapat pergi disebabkan katanya da tutup terus:-
Anda rasa teruja tak jika diberitahun dinosaur pernah wujud di negara anda sebelum ini?
Ini menakjubkan pabila sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Kelantan mendakwa menemui tujuh fosil tapak kaki dinosaur yang dianggarkan berusia ratusan hingga jutaan tahun di Bukit Panau, di Tanah Merah Kelantan.
Bukit Panau juga sebelum ini terkenal dengan nilai sejarah tersendiri dan merupakan sebahagian khazanah negara terdapat di Kelantan. Lokasi itu dikaitkan dengan kisah pahlawan terdahulu, antaranya dikatakan menjadi lokasi Hang Tuah duduk bertapa, menuntut ilmu kebatinan, kerohanian dan ilmu persilatan untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Terletak di sempadan Pasir Mas-Tanah Merah, bukit yang berketinggian 255 meter itu juga turut dikatakan pernah dijadikan sebagai petunjuk bagi pelaut antarabangsa kerana ia mudah diakses dari Laut China Selatan.
Berbalik kepada penemuan fosil Tapak kaki dinosaur berkenaan, ia dipercayai dari spesis Sauropod dianggarkan berusia 66 hingga 160 juta tahun. Spesis ini dikenal pasti berdasarkan morfologi tapak kaki dan kesan trek yang disahkan pakar dinosaur dunia daripada Jepun. Dinosaur Sauropod adalah sejenis reptilia berkaki empat dalam kategori herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan bukti tapak kaki dijangka haiwan ini memiliki tubuh besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar 30 hingga 40 tan. Spesis dinosaur ini dikenal sebagai haiwan terbesar hidup di muka bumi ini.Kewujudan dinosaur di Bukit Panau sudah dijangka banyak ahli geologi berdasarkan struktur muka bumi kawasan dikaitkan dengan kawasan di Thailand Selatan yang mengandungi fosil haiwan pra sejarah itu.
Aktiviti dan penyelidikan berkaitan kewujudan dinosaur di Kelantan bermula pada Mei 2017 sebelum pihaknya menemui fosil tapak dan laluan trek dinosaur dari sub kumpulan Saurapod di Bukit Panau.Tujuh tapak kaki fosil berukuran purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang tercetak di atas batu pasir Kuarsa dari formasi Panau seluas 60 meter persegi. Penemuan ini membuktikan satu masa dulu, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang dikenali sebagai Tanah Merah, Kelantan. Bagaimanapun, tarikh penemuan fosil berkenaan tidak dinyatakan. Mengikut geologi Bukit Panau ini, dinosaur Saurapod ini hidup di persekitaran daratan khususnya berdekatan sungai berliku, bagaimanapun secara terperinci pihak penyelidik Universiti Malaysia Kelantan masih perlukan kajian mendalam kerana data yang diperlukan belum mencukupi.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jambatan Guillemard juga dikenali sebagai Jambatan Sungai Kusial, jambatan ini dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV pada 1925. Jambatan ini diberi nama sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard. The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England bertanggungjawab membinanya bermula pada 1920, dan menyiapkan sepenuhnya pada 1924.
Video atas keretapi merentasi Sungai Kelantan melalui Jambatan Guillemard
Jambatan sepanjang 609.6m ini, adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Jambatan Guillemard hasil kehebatan seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat. Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter. Merentasi Sungai Kelantan, jambatan hitam ini menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di daerah Machang.
Setelah beroperasi selama 16 tahun, jambatan ini dimusnahkan tentera British pada 1941; semasa Perang Dunia ke-2 meletus di Malaya. Tentera British yang berundur ke selatan Kuala Krai, meletupkan bentangan terakhir landasan ini bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Ia kekal lumpuh selama tujuh tahun, hinggalah dibina dan dibuka semula pada 7 September 1948.
Jambatan ini diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Jambatan Tanah Merah yang dibina beberapa kilometer dari Jambatan Guillemard digunakan untuk kegunaan kenderaan lain.
Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.
Tahun 1988 juga merupakan tahun bermula kesuraman antara Kampung Kusial Bharu dan Paloh Rawa. Penduduk mula berhijrah ke tempat lain selepas aktiviti ekonomi menjadi lembab. Sebelum itu, Jambatan Guillemard membantu penduduk kampung meraih pendapatan tambahan yang berniaga pelbagai hasil kampung kepada mereka yang mahu menyeberang ke seberang. dan juga di pasar berdekatan.
Hari ini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu, dan menjadi sebahagian laluan keretapi hutan dari utara Tumpat ke Gemas di selatan Negeri Sembilan. Lokasi ini kini sering menjadi rakaman foto perkahwinan dan pusat tarikan pelancong.
Bullet Train Shinkansen atau kereta api berteknologi tinggi merupakan salah satu medium pengangkutan utama bagi rakyat di Jepun.
Buat anda yang merupakan peminat kepada watak comel dalam dunia Sanrio jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta api Shinkansen bertemakan Hello Kitty jika berkunjung ke negara matahari terbit ini.
Bagi peminta Hello Kitty tidak kira kanak-kanak dan orang dewasa pasti teruja kerana dekorasi dalaman dan luar bullet train ini sangat comel dan cantik! Tingkap, lantai, tandas, serta tempat letak kepala di setiap tempat duduk pun ada juga hiasan gambar kucing ini! Rata-rata warna pink dan putih saja!
Didatangkan dengan 8 buah gerabak, ia bergerak membawa penumpang di antara stesen Shin-Osaka dan stesen Hakata di Fukuoka. Perjalanannya merentasi bahagian barat negara matahari terbit ini bagi mempromosikan pelancongan di kawasan-kawasan yang terlibat.