Selain Pulau Langkawi, Pulau Pinang antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti.
Keindahan beberapa lokasi menarik serta menjadi syurga makanan menjadikan pulau mutiara ini sentiada dalam bucket list kaki travel.
Bagi yang pertama kali datang ke sini, boleh ikut itinerary dikongsi Helmi Baharum yang bercuti ke sana untuk trip 3 hari 2 malam.
Flight Airasia RM24 pergi Balik.
Wassup Youth Hostel, Georgetown RM46 per malam private room.Hotel ni sgt recommanded selesa,ada pool berlatarkan Komtar, bilik selesa.
Car rental Axia Socar RM40/10 hours selepas sharing dgn member (divide 2).1st time guna Socar, mungkin tak akan repeat kalau tak terlalu memerlukan, rasa tak murah sangat.
JUMAAT:19.11.21
– Pulang kerja-Parking & naik ERL Salk Tingi RM4.10
– Sampai airport ambil bas ke Georgetown dan just check in hotel & tidur, penat.
SABTU: 20.11.21
– Pickpup car rental Socar 7am (everything DIY je takyah jumpa owner) di Sunrise Tower.
– Sarapan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar – Bukit Jambul.(TQ friend belanja)
– Lata/Air Terjun Teruna Dara, Sungai Rusa, Balik Pulau. My 1st time & last time hiking sini.Bahaya lah, huhu, banyak anjing, rotweiler pulak tu,kena ligan.Pergi terpasa melalui denai hutan yg berliku hampir sejam sbb elak anjing.My advice takyah lah kesini.
– Street Wall Art, Balik Pulau.
– Sawah Padi & Container Art Balik Pulau.
– Pantai Pasir Panjang, hidden paradise di Penang.
– Mak Ngah Gulai Warisan, sedap gila gulai ikan dia kalau dekat boleh repeat hari2.RM12 je kepala ikan nala punya.Pekat Likat.
– Jam 5 PM pulangkan kereta.101KM total.caj 25sen per KM.
PAKEJ TOP KOMTAR
– Sesi lewat petang, senja & malam: Pakej KLOOK RM34 (harga asal RM68): Pakej Rainbow – Skywalk level 68 & Observation Deck TOP Komtar level 63, Aquaria Komtar & Jurasic Park.Ni kalau beli asing-asing mahu kena tekan ratus-ratus juga lah.For me puas hati juga lah pakej ni, sunset pulak lawa juga masa pergi.
– Malam-hanya makan di Prangin Mall dan berehat di hotel dan mandi pool layan view Komtar dari bawah sambil berendam, syahdu rasa.
AHAD: 21.11.21
– Sarapan di Hutton Lane Roti Bakar. Nasi Lemak, roti canai & roti bakar telur goyang cheese dan air jg semua sekali sedap.
– Armenian St./Georgetown Art Street & Aiskrim lolipop rainbow RM5.Sedap.
– Kek Lok Si Temple, Air Itam by bus.RM6 return by cable car (bukan Bukit Bendera je ada ok) & RM2 masuk kawasan Pagoda.
Artikel Berkaitan:
Brickfields Bukan Saja Ada Little India Tapi Pusat Massage Terbaik. Rugi Tak Cuba
Itenerari Seharian Di Kuala Selangor & Klang Sambil Melawat Warisan Tinggalan Bersejarah