Trip Puas Hati Jejak Ganu! Itinerari 4H3M Dari KL, Kuala Terengganu Terus Ke Kenyir

Share

Terengganu Darul Iman negeri yang indah permai dan cantik menawan. Ibu negerinya, Kuala Terengganu pernah diangkat menjadi lokasi yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.

Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana.

Begitu juga dengan Tasik Kenyir, bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur. Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.

Teringin nak cuti-cuti Terengganu? Ikuti perkongsiaan daripada saudari Aziera Dianza

yang berkesempatan bercuti ke negeri ini di daerah Kuala Terengganu dan juga Tasik Kenyir. Memang puas hati trip sebegini.

(Itenary Kuala Lumpur -Kuala Terengganu – Tasik Kenyir -Pantai Cherating)

4D3N Vacation 20 Aug 2020 – 23 Aug 2020 (PKPP). Terengganu Negeri Cantik, Budaya Menarik

Day 1
Sampi je Kuala Terengganu lepas subuh teros beratur di Nasi Dagang Atas Tol. Sarapan pagi di Nasi dagang atas tol
Ada 3 Cawangan
1. Atas Tol
2. Padang Negara
3. Losong
Dibuka seawal 630am-12tnghari.. Makanan murah n sedap..

Checkin Baiduri Homestay Kuala Berang
RM200
– 5 Bilik Tido (1 Bilik Aircond)
– 3 Bilik Mandi (Ade water heater)
Homestay yang sangat lengkap dan selesa

Air Terjun Sekayu (Sekayu Waterfall)
Tiket masuk RM2
Kena jalan sejauh 800m untuk naik keatas.. Nak mandi kt bawah pun boleh.. Tp view atas lg menarik..

Pasar Payang
Port untuk membeli keropok, batik Terengganu.. Mcm2 ada disini.. Tp terasa rindu suasana pasar payang yg dulu.

Drawbridge Kuala Terengganu
Boleh bergambar disitu dengan view jambatan yang menarik.. Boleh jugak membeli makanan di Terengganu Food Trucks, Dataran Drawbridge.

Sekati Emas Boat Tour
Kami menaiki boat dari Jeti Bot Penambang Pasar Kedai Payang

  • Dewasa : RM30
  • 5-12 Tahun : RM15
  • 4 Tahun Kebawah : FREE

Route :
Pulau Sekati-Taman Tamadun Islam-Masjid Kristal-Pulau Duyong-Kg Cina-Pasar Kedai Payang -Drawbridge KTganu
Tempoh tour :

  • 1 jam – 1 jam setengah
  • Schedule :
  • Pagi – 6.45am (sunrise), 830am,1015 & 1130am
  • Ptg – 2pm,330pm,5pm, n last trip 630pm (sunset)

Medan Ikan Bakar Kuala Ibai


Better booking dulu kalau nk makan kt sini..

Day 2
Breakfast di Kedai Makan Seri Lawit Corner. Harga sangat murah. Pelbagai pilihan nasi minyak nasi kerabu nasi dagang nasi lemak. Roti canai kuih muih pun ada.

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Tasik Kenyir. Menempatkan sebanyak 18 ekor gajah yang mempunyai penjaga dikenali sebagai Mahut. Aktiviti menarik memberi gajah makan, memberi gajah susu & melihat gajah mandi. Kenyir Elephant Conservation Village mempunyai pelbagai fasiliti asas seperti Surau, Tandas, Bilik Persalinan, Ruang Rehat, Mini Kafeteria dan Kiosk Jalan. Tarikan yang menarik disitu ialah Jambatan Gantung (Canopy Walkway) sepanjang 600 meter dengan 5 Menara Tinjau dan 6 Platform.
Harga Tiket Promosi

  • Warganegara (MyKad)
  • 11 bulan kebawah : Percuma
  • 1 hingga 6 Tahun : RM 5.00
  • 7 hingga 12 Tahun : RM 15.00
  • 13 Tahun Keatas (Dewasa) : RM 25.00
  • Makanan Gajah : RM5/bakul
  • Susukan Gajah : 500ml – RM5 / 1liter – RM10
  • Waktu operasi jam 9.00 pagi – 5.30 ptg

Lunch di Restoran Lembah Warisan. Bagi peminat masakan ikan air tawar boleh cuba masakan di restoran ni.. Ikan kelah n ikan patin pun ada. Sedap. Pilihan lain boleh cuba makanan di Warung Mr. Baung. 500m dri Lembah Warisan.

Jeti Pengkalan Gawi
Tiket parking kereta RM5

Kenyir Eco Resort. Di Tasik Kenyir kami menginap di Kenyir Eco Resort. Milik bumiputra. Resort atas air di Kenyir. Sangat selesa. Makanan sedap. Facilities lengkap. Setiap bilik ade aircond. Harga mampu milik.


Aktiviti disediakan di Resort

  • Berkayak n Jetski
  • Banana Boat
  • Berenang kt tasik
  • Karaoke + bbq
  • Fishing

Day 3
Menaiki boat ke Kelah Santuary. Kena berjalan sejauh 1600m utk ke Lubuk Kelah. Standby air minum. Kat atas ade gerai kecik utk bli jajan n makanan ikan.Mandi manda n lunch di Air Terjun Lasir. Wajib pakai safety jacket ketika mandi . Aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir:

  • Kelah Santuary
  • Air Terjun Lasir / Saok
  • Taman Orked
  • Taman Herba
  • Hiking di Gunung Gagau
  • Melawat Gua Bewah n Gua Taat
  • Gua Taat terletak bersebelahan Gua Bewah.. Semasa air tinggi, pintu masuk gua tenggelam di dasar dan pengunjung kena menyelam untuk masuk.

Day 4
Singgah mandi manda di Pantai Cherating n balik ke KL

Tamatlah sudah percutian 4d3n kami. So kalau ada sebarang soalan n pertanyaan boley tanye hakak ye. Teruskan Support Industri Pelancongan Kita. Jom Cuti-cuti Malaysia

Oleh
Husna