Pakistan negara yang cantik untuk diterokai, namun ramai yang berkongsi untuk ke satu-satu destinasi di negara tersebut ada sesetengahnya agak mencabar namun itu semua tidak menghalang Zulqainain Fadal untuk membawa dua orang anak yang masih kecil turut serta dalam pengembaraan dia dan isteri ke Wilayah Utara Pakistan.
Suka mengembara dan melibatkan anak-anak sejak usia dari setahun lagi, Zulqarnain dan keluarga kecilnya ini pernah menjejakkan kaki ke Indonesia, Thailand, Korea dan Turkiye sebelum ke Pakistan.
Menurut ayah kepada sepasang cahaya mata ini juga, membawa anak kecil ketika bercuti sebenarnya tidaklah terlalu rumit, hanya perlu banyak bersabar dengan karenah si kecil selain perlu berikan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
Ikuti pengembaraan keluarga ini ke Utara Pakistan, memang cantik dan menarik untuk dijadikan destinasi percutian bersama keluarga atau teman-teman.
Northern Pakistan with my little family
Trip kalini banyak saya dapat bantuan info dari kak Travelog Norhayati II. Terima kasih kak
Rezeki dapat jejak kaki ke Northern Pakistan bersama isteri dan 2 orang anak saya (24 Apr – 4 May 2023)
Saya assign local travel guide Asif Hussain bersama kereta dan driver yang juga direcommend oleh kak Yati untuk trip ni. Itinerary Asif propose dan kami edit ikut citarasa kami. Bila bawak anak-anak, tak boleh rushing, lebih santai, banyak ambik masa sikit untuk uruskan makan minum buang air diorang.
Ads
Day 1 : KLIA – Islamabad
Day 2 : Islamabad – Besham – Chilas
Day 3 : Chilas – Nanga Parbat – 3 Mountain Junction View Point – Skardu (Kachura Lake)
Day 4 : Skardu (Mantokha Waterfall, Sarfaranga Cold Desert)
Day 5 : Skardu (Shangri La Lake) – Hunza
Day 6 : Hunza (Passu Cones, Khunjerab Pass)
Ads
Day 7 : Hunza (Hussaini Bridge, Attabad Lake, Altit Fort, Eagle Nest, Karimabad Bazaar)
Day 8 : Hunza – Besham
Day 9 : Besham – Islamabad (Jalan around hotel, di Islamabad kami tidur di Ibex Hotel)
Day 10 : Islamabad (Faisal Mosque, Pakistan Monument, Shopping at G9 Bazaar, Dinner di famous street food)
Day 11 : Flight awal pagi balik ke
Ads
Trip di Pakistan bagi kami ialah satu trip yang adventure kerana perjalanan jauh melalui Karakoram Highway bersama anak anak. Dengan berapa kali stop atas KKH sebab ada road construction. Tapi satu pengalaman baru yang takkan dapat kami lupakan.
Rakyat Pakistan memang baik, ramah dan suka membantu. Cuma kebanyakan akan pelik tengok kami sekeluarga sebab rupa kemelayuan kami ni. Haha In shaa Allah ada rezeki kami akan repeat lagi ke wilayah lain di Pakistan.
Sebut sahaja Sky Mirror di Kuala Selangor, orang ramai pasti tahu sebab tempat menarik tu tengah trending sebagai destinasi pelancongan paling popular di Selangor ketika ini.
Memang ramai yang nak pergi, dan ramai juga yang tengah tercari-cari info macam mana nak ke sana. Jadi di sini Libur nak kongsikan panduan kepada anda yang nak ke Sky Mirror, Kuala Selangor demi sekeping gambar yang marvellous di Instagram.
1) Hubungi operator bot Sky Mirror, Kuala Selangor (0162234788) untuk tahu tarikh dan waktu lawatan yang sesuai ke Sky Mirror. Ini kerana beting pasir yang menjadi lokasi popular itu hanya boleh dilawati sekali sehari sahaja ketika air laut surut. Jadi dalam perancangan anda nak ke sini, call dahulu operator bot untuk tahu tarikh dan waktu yang sesuai.
2) Anda juga boleh membuat tempahan secara online. Taip sahaja www.skymirrorworld.com dan anda boleh membuat tempahan online di.
? TRIVIA Beting pasir yang menjadi tempat pelancongan popular ini berkeluasan lebih kurang 50 padang bola sepak!
3) Bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung adalah RM60 untuk kanak-kanak, RM80 untuk orang dewasa dan RM100 untuk pelancong luar negara.
4) Apabila sudah tahu tarikh dan waktu yang sesuai, booking dan bayaran telah di buat, anda perlu datang ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor bersama rombongan anda.
⭐ PRO TIP Bagi mereka yang berada di luar negeri Selangor, anda boleh jimatkan masa perjalanan dengan menggunakan penerbangan daripada Firefly. Dapatkan tiket penerbangan anda segera di www.fireflyz.com.my.
⚠️ PENTING Hadir ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ikut masa yang telah ditetapkan! Ini kerana, untuk ke beting pasir Sky Mirror ini mengikut arus pasang surut air laut. Sekiranya anda terlewat, anda tidak akan dapat pergi ke sana.
5) Register diri anda dan kumpulan. Selepas pendaftaran, tour guide akan memberikan anda jaket keselamatan dan wajib dipakai sepanjang masa berada di atas bot.
6) Jarak perjalanan dari Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ke beting pasir Sky Mirror lebih kurang 45 – 60 minit. Taklimat ringkas berkenaan aktiviti akan diberikan di atas bot.
⭐ PRO TIP Ada masa lawatan akan dilakukan di awal pagi kerana arus pasang surut air laut yang tidak tetap. Bawa sedikit makanan dan minuman untuk anda jamah di atas bot bagi mengelakkan kelaparan.
7) Tiba sahaja di beting pasir Sky Mirror, anda akan nampak puluhan pelancong yang berada di sana. Kenali siapa tour guide anda dan ikut beliau ke mana sahaja yang beliau bawa. Tour guide akan bawa anda ke lokasi sesuai dan setup mini studio bagi menghasilkan gambar sky mirror yang terbaik untuk anda dan kumpulan anda.
8) Akan ada banyak prop yang di bawa. Jadi siap sedia dengan aksi-aksi menarik untuk pengambaran anda di sana sebagai kenangan. Buat apa sahaja aksi, balik nanti baru pilih mana yang terbaik untuk diupload ke Instagram. Anda hanya dapat peluang ini sekali sahaja tau. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
⚠️ PENTING Di sekeliling anda sewaktu berada di beting pasir Sky Mirror ini terdapat ramai lagi pelancong lain. Jadi berhati-hati ketika melalui kawasan ini kerana anda mungkin akan mengganggu sesi pengambaran mereka. Perhatikan laluan yang diberitahu oleh tour guide anda.
9) Anda akan berada di beting pasir Sky Mirror ini lebih kurang satu jam sebelum tour guide akan memanggil anda pulang. Jangan lengahkan waktu balik kerana sekiranya terlambat, bot akan tersangkut di kawasan air cetek dan anda mungkin akan menghabiskan masa berjam-jam sambil ber’huhuhu’ di atas bot.
10) Sampai sahaja di jeti, kembalikan jaket keselamatan anda kepada tour guide dan pergi ke ruangan menunggu. Makanan akan disediakan kepada anda berupa nasi lemak dan air mineral.
? TRIVIA
Sky Mirror ini dilawati hampir 200 pelancong setiap hari dari dalam dan luar negara. Tempat ini juga sangat popular dikalangan pelancong dari Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.
11) Berikan nombor telefon anda kepada tour guide kerana gambar-gambar anda akan dihantar menggunakan Google Drive. Dapat sahaja gambar, anda boleh upload gambar anda di Instagram, Facebook dan Twitter untuk men’jealous’kan kawan-kawan anda yang lain. Hahaha.
12) Jangan lupa tag sekali Majalah Libur di Facebook dan Instagram.
Okay, itu sahaja panduan untuk anda yang ingin ke Sky Mirror, Kuala Selangor. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan enjoy your trip!
Penghargaan
Libur ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Selangor, Firefly dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur kerana sudi membawa kami rakan-rakan media ke trip yang sempoi ini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kagum dengan semangat melihat tempat orang, seorang lelaki, Muhammad Syauqi berkongsi pengalaman pergi China menaiki kereta api dari Arau, Padang Besar.
Jelasnya, kesemua perbelanjaan tidak mencecah sehingga RM600 dan sangat menjimatkan. Sekiranya anda ingin mencuba cara pergi China menggunakan kereta api, baca artikel ini sehingga habis.
Pergi China Naik Kereta Api Dari Arau Padang Besar
Malaysia to China by train. Route : Arau-Kunming
Arau-Padang Besar (15 minit komuter): RM 3.20
Padang Besar-Hatyai (1 jam train): RM 8
Hatyai-Bangkok (16 jam 3rd class train): RM 45
Bangkok-Nong Khai (10 jam sleeper train): RM 124
Nong Khai-Thanaleng (15 minit train): RM 3
Thanaleng-Vientiane (minivan): RM 50
Vientiane-Luang Prabang (2 jam train): RM 76
Luang Prabang-Boten (2 jam 30 min train): RM 38
Boten-Immigration (minivan): RM 11
Immigration-Mohan (bas): RM 3
Mohan-Kunming (6 jam train): RM 175
Total: RM 536
Tiket semua beli di kaunter train station kecuali Bangkok-Nong Khai online website State Railways Thailand (SRT).
Tiket ada yang dibayar dengan Baht (Thailand), Lao Kip (Laos) dan Renminbi (China). Cuma saya convert siap-siap dalam duit ringgit untuk memudahkan orang yang membaca.
Saya bukanlah orang pertama naik train ke China. Belambak dah orang buat. Cuma berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, mana tahu ada yang terinspirasi untuk turut sama mengembara cara sebegini.
Kalau nak mudah dan jimat masa, terbang sahaja ke negara China. Tapi, nak adventure dan banyak cerita, boleh guna jalan darat dari Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah pergi ke Da Nang, Vietnam? Mesti ramai yang belum berkesempatan ke sana kan? Berbeza dengan tempat-tempat lain di Vietnam yang popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, Da Nang ni baru nak menempa nama sebagai destinasi pelancongan.
Dek kerana masih lagi tak ramai pelancong Malaysia yang ke Da Nang ni, Libur ingin berkongsi beberapa tip pelancongan kepada anda daripada Norbainon Baharudin. Semoga tip ini bermanfaat dan anda mendapat sedikit gambaran mengenai tempat tersebut, langsung dapat merancang percutian anda ke sana!
1. Di sini kebanyakkan tempat menggunakan VND melainkan Lapangan Terbang Da Nang saja yang menggunakan USD. Adalah lebih baik anda tukar dahulu matawang di Malaysia. Sekiranya tidak cukup duit, anda boleh tukar di kedai emas berdekatan Han Market.
2. Kebanyakkan tandas awam tidak ada air. Anda dinasihatkan sentiasa bawa botol berisi air untuk membasuh dan mencuci. Sekiranya tiada, boleh gunakan tandas OKU atau tandas keluarga kerana selalunya tandas-tandas ini mempunyai air.
tiada masjid berikutan tiada komuniti muslim yang tinggal di sini.
3. Teksi Vinasun berwarna hijau adalah teksi yang paling dipercayai. Kadar bacaan meter eksi bermula dari 6k. teksi berwarna kuning dan hijau pula bermula dengan kadar meter 8k. Ini kadar untuk teksi Vios. Kadangkala ada teksi yang menawarkan kereta yang lebih besar walaupun anda berdua sahaja. Anda boleh tolak tawaran dengan baik dan katakan ingin menaiki teksi yang biasa sahaja. Hati-hati dengan teksi di kawasan Han Market kerana mereka tidak meletakkan harga mengikut meter kepada pelancong. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Grab sahaja sekiranya rasa was-was dengan teksi awam yang ada di sana.
4. Perkhidmatan Grab Bike ada di sini dengan harga separuh lebih murah daripada harga teksi. Kalau anda travel berseorangan atau dalam kumpulan kecil, lebih mudah menggunakan Grab Bike untuk pusing-pusing di sekitar kawasan bandar Da Nang.
5. Makanan halal sangat terhad. Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan halal siap-siap dari Malaysia. Antara restoran halal di sana adalah Simpur Brunei, Omar Halal Indian Restaurant, Family Indian Restaurant, Nan Kebab & Mumtaz. Harga makanan halal di sini sangat mahal, jadi bersiap sedia untuk membayar harga makanan tersebut. Restoran halal yang dicadangkan kepada anda adalah Family Indian Restaurant kerana menyediakan makanan yang sedap berbanding yang lain. Sekiranya anda ingin makan makanan Vietnam yang halal, ada satu sahaja restoran iaitu Than Ly. Restoran halal di Hoi An pula adalah Zeytun dan Khazanah1992 Indian Restaurant.
6. Kalau anda nak membeli-belah barangan seperti air mineral, roti, kopi atau makanan ringan, anda boleh ke Big C Supermarket yang berdekatan dengan Parkson Da Nang. Di sana juga menjual nugget dan ayam perap halal. Barang-barang yang dijual di Bic C Supermarket lebih murah dan lebih banyak pilihan. Antara kesemua hypermarket, di Big C Supermarket menawarkan harga kopi Vietnam yang lebih murah dan banyak pilihan.
7. Pasang aplikasi Foody atau Vietnamm.com di telefon pintar anda sekiranya malas nak keluar mencari makanan pada waktu malam. Boleh bayar COD semasa penghantar makanan menghantar makanan kepada anda. Tapi, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan nombor telefon Vietnam untuk mereka hubungi bagi tujuan pengesahan pesanan.
8. Kebanyakkan warga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Cara yang mudah untuk anda berkomunikasi adalah menggunakan google translate atau tangkap gambar dan tunjukkan kepada pemandu teksi untuk menghantar anda ke mana-mana. Wifi di sana mudah untuk diakses dan laju. Kebanyakkan hotel dan kedai-kedai makan menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Tapi jika anda kerap berjalan, beli kad sim yang mempunyai data internet.
9. Barangan cenderahati boleh di beli di Han Market. Beg rotan yang tular di Malaysia cukup murah di sana tapi, anda harus ingat supaya tidak membeli di dalam Han Market. Beli di kedai-kedai yang terletak di tepi-tepi Han Market kerana harga di situ lebih murah. Con Market berdekatan dengan Big C Supermarket lebih murah tetapi peniaga kurang mesra dengan pelancong. Peniaga di Han Market lebih mesra dan mereka pandai bertutur dalam bahasa Korea kerana pelancong Korea ramai berkunjung di sana.
10. Jangan lupa untuk singgah di Tourist Centre di Han Market. Boleh ambil gambar peta kawasan sekitar, buku kupon, dan buku panduan travel di Da Nang. Kesemua barangan tersebut boleh didapati secara percuma dan anda akan lebih mudah faham fan tahu tentang tempat-tempat menarik di sana. Jadi mudalah untuk anda merancang ke mana destinasi selepas itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!