Lokasi air terjun bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar sebelum ini.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ‘rare’ dan jauh daripada pengujung yang ramai.
Keindahan lokasi air terjun yang masih ‘dara’ sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Walau bagaimanapun, untuk ke lokasi air terjun sebegini selalunya pengunjung perlu menggunakan akses kenderaan pacuan empat roda. Kenderaan biasa memang tidak dapat membawa anda berkunjung ke destinasi sebegini dek kemudahan jalan yang tidak sesuai.
Nak tahu tahap keseronokkan trip sebegini? Ini pengalaman oleh Ella Isabella yang mengikuti trip offroad ke lokasi air terjun yang indah.
Trip ni bermula dari Kedai Makan Nasi Kukus Pokok Terajang. Wahh gangster tak nama pokok tu? Heee. Kami berkumpul dan breakfast kat sini dengan semua ahli trip. Haaaa kali ni aku awal ok. Jam 9am lebih kami mulakan perjalanan ke Lata Y. Eh, sebelum ke Lata Y kami singgah dulu sekejap mengambil gambar view cantik di Lata Berangin, Sg Pas, Kuala Krai. Jalan ke sini boleh masuk dengan kereta ya hadirin dan hadirat sekalian. Suasana pagi yang damai dan tak ramai orang membuatkan kami bahagia bergaloks dan mengambil gambar. Auchhh. Setelah selesai berposing maut like a model, kami meneruskan perjalanan kembali. So sesiapa yang dah meroyan nak pergi tu, tapi takde kenderaan 4×4 macam aku, so boleh la contact Ella untuk next trip.