Lokasi air terjun bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar sebelum ini.

Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ‘rare’ dan jauh daripada pengujung yang ramai.

Keindahan lokasi air terjun yang masih ‘dara’ sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Walau bagaimanapun, untuk ke lokasi air terjun sebegini selalunya pengunjung perlu menggunakan akses kenderaan pacuan empat roda. Kenderaan biasa memang tidak dapat membawa anda berkunjung ke destinasi sebegini dek kemudahan jalan yang tidak sesuai.

Ads

Nak tahu tahap keseronokkan trip sebegini? Ini pengalaman oleh Ella Isabella yang mengikuti trip offroad ke lokasi air terjun yang indah.

Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau!

Ads

Trip ni bermula dari Kedai Makan Nasi Kukus Pokok Terajang. Wahh gangster tak nama pokok tu? Heee. Kami berkumpul dan breakfast kat sini dengan semua ahli trip. Haaaa kali ni aku awal ok. Jam 9am lebih kami mulakan perjalanan ke Lata Y. Eh, sebelum ke Lata Y kami singgah dulu sekejap mengambil gambar view cantik di Lata Berangin, Sg Pas, Kuala Krai. Jalan ke sini boleh masuk dengan kereta ya hadirin dan hadirat sekalian. Suasana pagi yang damai dan tak ramai orang membuatkan kami bahagia bergaloks dan mengambil gambar. Auchhh. Setelah selesai berposing maut like a model, kami meneruskan perjalanan kembali. So sesiapa yang dah meroyan nak pergi tu, tapi takde kenderaan 4×4 macam aku, so boleh la contact Ella untuk next trip.

Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau! Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau! Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau!

Ads
  • Melalui jalan on road seperti biasa hinggalah ke Kg Mengkebang, Kuala Krai. Then, kami offroad selama sejam ke tempat yang di tunggu-tunggu the Lata Y.
  • Jalan offroad takde la menyakitkan sangat pinggang dan urat-urat kentut korang sebab agak cantik kerana banyak lori balak keluar masuk.
  • Di separuh perjalanan kami, leader trip berhenti di Sungai Y di mana ramai orang bercamping di sini. Patutlah kami berselisih dengan banyak 4×4 tadi, siap bermalam di sini rupanya. MasyaAllah, sungai yang sangat tenang, bersih dan dara.
  • Sekali lagi kami bergambar dengan riang, walaupun dalam hati aku tak sabar dah nak mandi wehhh. Haishhhh sabar naniey, aku tau lepas ni kau mesti jumpa waterfall yang paling awesome tu. Kata hati aku. Hahahaha
  • Eh, sebelum tu aku nak bgtau korang kenapa nama dia Lata Y. Ok sebabnya sangat senang. Air terjunnya yang mengalir ke bawah berbentuk Y. Haaaaa hebat kan kebesaran Allah ni. Subhanallah.

Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau! Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau! Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau!

  • Ok, teruskan saja perjalanan dari Sungai Y dari tempat camping tu. Dalam 20 minit lagi maka sampai lah ke Lata Y. Masyaallah, subhanallah memang cantik yakmat gais. Air terlalu sejuk, bersih dan sangat suci. Ala-ala berada di alam lain pun ada. Sangat dara! Haishhh geram. Ya lah, sebab tak ramai yang data sini kecuali geng-geng yang ada 4×4 la kan?
  • Setelah angkat barang, kami masak bersama, ber BBQ bersama sambil mandi dan ada juga yang trekking ke atas hutan Y ni. Tapi aku tak join hiking sebab jaga anak . Hehehe.
  • Yang penting pengalaman pertama makan ubi kayu bakar. Haaaaa generasi Y sangat kan hakku.

Trip Offroad Ke Lata Y, Ulu Temeling. Tak Ada Kenderaan Sendiri Pun Boleh Join Tau!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI