Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.
Ada yang mengangap lokasi ini umpama sebuah permata tersembunyi dan bak dunia hutan purba dalam filem ‘Jurassic Wolrd’ bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. ‘Mengidam’ untuk ke sini? Ini perkongsian trip ke destinasi istimewa Sarawak daripada saudara Mohd Nizam Zambari.
Bagi menyokong pelancongan di dalam Malaysia khususnya, saya berkesempatan membawa 16 orang dari Semenanjung melawat tempat ‘unik’ di Sarawak pada 16 hingga 19 September 2020.
Dari pelbagai profesion dan peringkat umur, kumpulan kami memulakan perjalanan dari KLIA2 pada 16 September 2020 tepat jam 7.00 pagi. Trip 4 hari 3 malam ini telah dirancang awal, disusun rapi tidak sampai 1 bulan. Kami disambut wakil syarikat kereta sewa di Kuching, dimana kami akan menyewa 2 buah van bagi perjalanan ‘unik’ kali ini.
Terdapat beberapa buah air terjun yang kacak lagi hensem dikawasan ‘Jurassic’ ini.
1. Air Terjun Curtain
2. Ar Terjun Pe’an
3. Air Terjun Susung
Sememangnya anda akan berasa teruja apabila sampai ke dunia ‘Jurassic’ tersebut. Kumpulan kami juga disediakan dengan makanan tradisi suku kaum Bidayuh iaitu masakan pansuh dalam buluh serta sayuran tempatan. Setelah selesai melawat dunia ‘Jurassic’ tersebut, kumpulan kami dibawa ke Kampung Sting yang kami diberitahu ketika ini hanya terdapat 7 keluarga sahaja tinggal disitu. Kami dihidangkan view 180 darjah, pemandangan disini seolah-olah anda berada di Bukit Tabur, Melawati.
Terdapat juga beberapa buah homestay dimana anda boleh bermalam disitu bagi aktiviti tidur beralas bintang-bintang dilangit. Keesokan harinya kami ke Kampung Lobang Batu, Tebakang untuk explorasi dan jelajah gua-gua yang terdapat disitu. Gua Silabur dan Gua Siturib ini pada asalnya adalah lubuk rezeki penduduk kampung mencari sarang burung disitu. Masih ada tangga-tangga pemburu sarang burung terdapat didalamnya.
Gua ini telah dijadikan lokasi pelancongan untuk pelancong tempatan dan juga pelancong asing.
Perjalanan dari Kg Lobang Batu ke kaki gua akan mengambil masa sekitar 40 minit dan bergantung juga kepada kepantasan seseorang berjalan.
Anda perlu melakukan sedikit pendakian untuk masuk ke pintu gua.
Keindahan dalaman dan luaran Gua Silabur akan bertambah cantik sekiranya pancaran matahari menerangi lubang-lubang gua tersebut yang mengakibatkan ada diantara kalangan kami terpukau.
TIP
Negeri Sarawak dan Malaysia masih mempunyai banyak tempat-tempat ‘rare’ yang harus dikongsi pada masyarakat diluar sana.Aktiviti ini juga amat sesuai untuk seisi keluarga.