Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.

Ada yang mengangap lokasi ini umpama sebuah permata tersembunyi dan bak dunia hutan purba dalam filem ‘Jurassic Wolrd’ bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan

Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. ‘Mengidam’ untuk ke sini? Ini perkongsian trip ke destinasi istimewa Sarawak daripada saudara Mohd Nizam Zambari.

Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni!

Bagi menyokong pelancongan di dalam Malaysia khususnya, saya berkesempatan membawa 16 orang dari Semenanjung melawat tempat ‘unik’ di Sarawak pada 16 hingga 19 September 2020.

Ads

Dari pelbagai profesion dan peringkat umur, kumpulan kami memulakan perjalanan dari KLIA2 pada 16 September 2020 tepat jam 7.00 pagi. Trip 4 hari 3 malam ini telah dirancang awal, disusun rapi tidak sampai 1 bulan. Kami disambut wakil syarikat kereta sewa di Kuching, dimana kami akan menyewa 2 buah van bagi perjalanan ‘unik’ kali ini.

Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni!Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni!

  • Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dari bandar Kuching ke lokasi pertama kami iaitu bandar Serian.
  • Bandar Serian adalah sebahagian dari jajahan daerah di Samarahan dan merupakan kawasan yang strategik dimana ianya terletak dilaluan menuju atau balik daripada bahagian-bahagian lain seperti Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri.
  • Bandar yang agak moden ini juga dihiasi indah dengan taman dan landskap yang menarik.
  • Kami juga amat bertuah kerana menginap disalah satu hotel yang agak baru di bandar Serian.
  • Perjalanan hari kedua kami adalah menjelajah ke hutan ‘Jurassic’ ataupun ‘dunia Jurassic’ yang terletak di Empangan Bengoh, Padawan.
  • Jarak perjalanan yang mengambil masa sekitar 40 minit dari bandar Serian untuk sampai ke jeti Empangan Bengoh.
  • Disini anda perlu menaiki bot yang telah disediakan oleh jurupandu kami dan akan mengambil masa 20-30 minit perjalanan ke jeti seterusnya iaitu jeti Pengkalan Dayak. Ingat,jangan sesekali mengunakan aplikasi waze untuk ke jeti Pengkalan Dayak.
  • Awas, sekiranya lewat sampai dan anda perlu harungi cuaca panas terik ketika perjalanan didalam bot ini nanti.
  • Anda juga disarankan agar datang seawal waktu pagi bagi menyaksikan suasana empangan dan banjaran kelilingnya yang sangat cantik.
  • Dari jeti Pengkalan Dayak, anda perlu berjalan melalui denai serta tangga-tangga buluh ‘rare’ khususnya bagi kumpulan kami yang pertama kali melihatnya sebelum sampai ke lokasi ‘Jurassic’ tersebut.

Terdapat beberapa buah air terjun yang kacak lagi hensem dikawasan ‘Jurassic’ ini.
1. Air Terjun Curtain
2. Ar Terjun Pe’an
3. Air Terjun Susung

Ads

Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni!

Sememangnya anda akan berasa teruja apabila sampai ke dunia ‘Jurassic’ tersebut. Kumpulan kami juga disediakan dengan makanan tradisi suku kaum Bidayuh iaitu masakan pansuh dalam buluh serta sayuran tempatan. Setelah selesai melawat dunia ‘Jurassic’ tersebut, kumpulan kami dibawa ke Kampung Sting yang kami diberitahu ketika ini hanya terdapat 7 keluarga sahaja tinggal disitu. Kami dihidangkan view 180 darjah, pemandangan disini seolah-olah anda berada di Bukit Tabur, Melawati.

Terdapat juga beberapa buah homestay dimana anda boleh bermalam disitu bagi aktiviti tidur beralas bintang-bintang dilangit. Keesokan harinya kami ke Kampung Lobang Batu, Tebakang untuk explorasi dan jelajah gua-gua yang terdapat disitu. Gua Silabur dan Gua Siturib ini pada asalnya adalah lubuk rezeki penduduk kampung mencari sarang burung disitu. Masih ada tangga-tangga pemburu sarang burung terdapat didalamnya.
Gua ini telah dijadikan lokasi pelancongan untuk pelancong tempatan dan juga pelancong asing.

Ads

Perjalanan dari Kg Lobang Batu ke kaki gua akan mengambil masa sekitar 40 minit dan bergantung juga kepada kepantasan seseorang berjalan.
Anda perlu melakukan sedikit pendakian untuk masuk ke pintu gua.
Keindahan dalaman dan luaran Gua Silabur akan bertambah cantik sekiranya pancaran matahari menerangi lubang-lubang gua tersebut yang mengakibatkan ada diantara kalangan kami terpukau.

Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni! Trip Nature 4H3M Ke ‘Jurassic World’ Sarawak. Rare Hutan Ni!

TIP

  • Guna kasut yang sesuai untuk aktiviti ini seperti kasut getah atau dikenali sebagai ‘adidas’ kampung.
  • Pastikan anda ada stamina yang cukup untuk aktiviti lasak ini.
  • Buat tempahan awal dengan jurupandu disini supaya ada bot-bot yang akan membawa anda ke dunia ‘Jurassic’ tersebut.
  • Duduk diam dan sopan ketika berada didalam bot.
  • Jangan memetik sebarang tumbuhan ataupun daun ketika aktiviti.
  • Dan jangan lupa atau buat-buat lupa kamera anda, untuk rakamkan keindahan tempat ‘unik’ ini.

Negeri Sarawak dan Malaysia masih mempunyai banyak tempat-tempat ‘rare’ yang harus dikongsi pada masyarakat diluar sana.Aktiviti ini juga amat sesuai untuk seisi keluarga.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI