Hujung tahun 2020, anda boleh la rancang percutian seperti keluarga ini. Cari lokasi musim sejuk yang terpilih, untung-untung bajet percutiaan anda tidak lah terlalu besar.
Baca perkongsian sumber daripada catatan perjalanan pemilik facebook AfSyah Travelogue
Lokasi pertama bagi penjelajahan musim sejuk yang kami sekeluarga pilih kali ini adalah ke Rome, Itali
Mungkin ramai yang beranggapan percutian musim sejuk ke Eropah memerlukan kos yang agak tinggi. Anda sudah silap tanggapan kerana pada musim sejuk itulah musim off-peak bagi industri pelancongan mereka. Semua pelancong tempatan dan luar benua eropah akan lari bercuti ke negara-negara beriklim panas. Kita akan dapati harga untuk hotel-hotel dan pakej rombongan di eropah jatuh mendadak lebih dari separuh harga jika anda pandai dalam membuat pilihan.
Perjalanan kami di mulakan dengan keberangkatan dari london gatwick menaiki penerbangan easyjet. Penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke terminal 3 Leornardo da Vinci-Fiumicino Airport. Proses imigresen kami agak cepat kerana bukan waktu puncak.
Lebih kurang 5 minit berjalan dari balai ketibaan dengan dibantu gambar signboard kami tiba di bahagian kaunter tiket bas. Disini kami membeli rome day pass untuk tempoh 48jam. Sangat mudah. Dari airport kita ada pilihan untuk ke kota Rome.
Keretapi laju EUR 14 satu hala.
Bas EUR 9 dua hala.
Teksi +- EUR 48 sehala.
Kami memilih untuk menaiki bas. Pastikan waktu bas bertolak sebelum membeli tiket kerana setiap satu syarikat mempunyai jadual bertolak, tempoh perjalanan dan harga yang berlainan. Baca dan tanya dulu sebelum membeli. Syarikat bas T.A.M yang ada wifi percuma menjadi pilihan kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam ke Termini Station. Tempat ni lebih kurang macam KL sentral dimana semua pengangkutan awam berpusat di sini.
Untuk pengetahuan semua,seperti juga di mana-mana airport di seluruh dunia pengajaran pertama ketika tiba di negara orang ialah jangan mudah melayan ulat-ulat atau orang yang kononnya baik dan ingin menolong anda. Ini kerana setelah mereka menolong, mereka akan meminta bayaran untuk perkhidmatan yang tak seberapa.
Setelah sampai ke stesen termini kami berjalan kaki ke hotel yang telah di tempah melalui Booking.com beberapa bulan sebelumnya. Jarak hotel dari stesen termini hanya lebih kurang 150meter. Kami memilih hotel ini kerana harganya yang berpatutan disamping terdapatnya bilik yang sesuai dengan kami berenam. Selain itu, di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai makan halal. Jadi tidak susah untuk kami mencari kedai makan bila lapar kelak.
Waktu siang yang singkat juga perlu diambil kira. Rancang aktiviti harian anda kerana subuh hampir pukul 6 pagi dan maghrib pada pukul 4;40 petang. Jadi anda boleh agak-agak pukul berapa langit mulai gelap.
Selepas subuh, kami bersiap untuk menjelajah kota Rome. Waktu siang pendek, jangan buang masa. Nikmati udara nyaman setiap pagi. Kami bersarapan secara ringkas di cafe yang terletak didalam stesen termini. Setelah selesai bersarapan, kami memulakan penjelajahan kami. Tempat-tempat yang telah dirancang untuk di lawati adalah seperti berikut:
1. Piazza di Spanga
2. Spanish Steps
3. Trevi Fountain
4. Pantheon
5. Castel Sant' Angelo
6. Arch of Constantine
7. Roman Colosseum
Most of attraction places kami dah lawati. Hari ini adalah hari terakhir kami di kota rome so kami decide kami pergi window shopping kat area yg sangat popular bagi mereka yang suka membeli belah. Perjalanan seterusnya adalah ke Berlin, Germany.
PENGAJARAN PERJALANAN :
Sejarah membuktikan mentadbir negara dengan hawa nafsu akan merosakkan negara itu sendiri dari dalam. Keruntuhan empayar yang berlandaskan hawa nafsu semata memang akan ada tahap tepu. Harta kekayaan juga tidak akan kekal untuk dipertahankan sehingga lah kita mati. Harta bukan apa yang kita simpan tapi adalah apa yang kita gunakan.
Total damage :
Flight ticket LGW/FCO = RM560
Accommodation = RM750
Rome Pass 48hrs = RM280
Airport transfer = RM206
F&B = RM690.00
Grand total = RM2,540 for 6pax
***Pesanan Penaja : Kepada pencinta Starbucks, kat sini takde yer. Rumors kata nak buka suku ke4 tahun 2019 tapi so far takde nampak signboard nyer lagi.