Sebelum pandemik ramai rakyat Malaysia yang suka bercuti ke Korea Selatan. Tempatnya yang cantik dan juga dek kerana pengaruh daripada K-Drama dan kumpulan K-Pop membuatkan negara ini menjadi pilihan pelancong Malaysia.
Selepas terkesan dengan pandemik COVID-19, Korea Selatan juga kini sudah membuka sempadan negaranya untuk kemasukan pelancong namun memerlukan beberapa SOP yang masih perlu dilengkapkan sebelum bercuti ke negara tersebut.
Berpeluang mengunjungi negara tersebut pada musim panas baru-baru ini bersama anak perempuannya, Yaya Mohammad II berkongsi maklumat lengkap untuk memasuki negara Korea Selatan.
Perkongsiannya itu cukup terperinci dan boleh digunakan buat anda yang ada perancangan untuk bercuti ke Korea Selatan nanti.
Ikuti perkongsiannya!
TRIP KOREA MUSIM PANAS 2022
( Seoul Edition)
Alhamdulillah , berjaya akhirnya sampai ke tanah Korea. Walaupun sedikit leceh untuk kemasukan kali ini tapi memang berbaloi. Untuk trip kali ini, saya hanya pergi berdua dengan anak kerana cuti musim sekolah. Menaiki Vietnam Air, kos tiket hanya RM1300 seorang dan transit di Saigon. Di sini saya share cara-cara terkini untuk mendaftar masuk ke South Korea! Kali terakhir saya ke Korea adalah pada tahun 2020 sebulan sebelum lockdown! Waktu tu anak masih kecil lagi, kali ni dia lebih excited.
K-ETA
Untuk masuk ke SK (South Korea), rakyat Malaysia dikehendaki mendaftar K-ETA di website rasmi mereka. Hati-hati dengan website palsu. Kos pendaftaran hanyalah RM40/application. Jika application gagal, anda harus membayar kos yang lain. Ramai yang gagal untuk memasukkan detail informasi termasuk saya juga. Saya daftar dengan 3 kali percubaan, pertama denied sebab informasi salah. Yang kedua denied sebab gmbr passport terlebih saiz. Yang ke 3 baru la approved, itu pun selepas saya menelefon sendiri Call Centre K-ETA. Proses approval hanya setengah jam jika detail semua diisi dengan betul. Saya juga ada mendengar keluhan beberapa rakyat Malaysia yang gagal dalam K-ETA, saranan saya apply K-ETA dulu guna dummy alamat di Korea, dah approved baru beli tiket. Ramai yang burn tiket penerbangan gara-gara gagal dalam K-ETA. Print K-ETA kerana airline akan check sebelum checkin-flight.
QCode
Selepas K-ETA Visa approve, anda perlulah mendaftar keadaan kesihatan di website rasmi QCode. Proses ini hanya boleh dilakukan setelah mendapat result negatif PCR atau RTK yang dilakukan di Malaysia. Saya hanya melakukan RTK 24 jam sebelum berlepas dengan kos RM40 di Klinik Anda. Requirement ini perlu sehingga 3 September 2022. Selepas tarikh ini, anda masih perlu mendaftar QCode untuk memasukkan detail PCR di Korea. Print result RTK kerana akan di periksa sebelum berlepas. Dan print juga Qcode kerana akan digunakan di airport Incheon/Jeju. Di airport Incheon, mereka hanya scan Qcode kita, check suhu and done!
Safe2pass ( PCR )
Ads
Proses seterusnya ialah booking slot untuk PCR post-arrival di Incheon Airport. Kos PCR ialah KRW 80000( RM276) seorang. Kanak-kanak jugak tidak terkecuali untuk diwajibkan PCR. Ada 2 lokasi Covid – Testing di Incheon Airport ( East & West).Jika anda tidak reserved slot kemungkinan anda perlu beratur panjang di barisan walk-in. PCR dilakukan di terminal 1, exit 10. Bayaran dilakukan di cashier dan boleh menggunakan Cash/kredit card. Result akan keluar pada hari yang sama dan result perlu di upload di webiste Qcode yang sama dalam masa 24 jam selepas tiba di Korea.
SimCard
Untuk simcard saya beli Travel Simcard di Malaysia sahaja. Di Shopee hanya RM60. Anda juga boleh mendapatkan Egg-wifi atau portable wifi dongle di Inchian Airport.
Discover Seoul Pass
Trip kali ini saya membawa anak bercuti, kebanyakan aktiviti dan lokasi adalah berkisarkan hiburan anak-anak. Huhu. Saya mendapatkan DSP di Klook untuk 48jam. Banyak attraction menarik yang boleh saya masuk dengan percuma menggunakan kad DSP ini. Kos untuk DSP 48hour ialah RM165/pax. ( pre-booked) . Oleh kerana membawa anak, aktiviti yang saya pilih juga berkisarkan kegembiraan anak saya. Antara lokasi yang saya sempat pergi untuk 2 hari ini ialah :
– Lotte World Adventure & Magic Island
– Namsan Tower
– Coex Aquarium
– SM Museum ( BTS)
Ads
– Gyeongbokgubg Palace
– Hanboknam( hanbok rental) free
– AREX ( train dr Incheon – Seoul )
– Mok Dong Ice Rink
– Alive Museum
– Bike Rental ( free)
– Eland Cruise ( Han River Cruise)
– 63 Buliding ( Art Observatory & Aqua Planet)
Sebenarnya lebih banyak lokasi boleh pergi secara PERCUMA, cuma masa tak mengizinkan.
Owh ya, kad DSP juga boleh digunakan sebagai T-Money card. Hanya perlu topup di kiosk. Kad ini saya gunakan di subway dan bas kota. Kali ini saya banyak menggunakan perkhidmatan bas, kerana perkhidmatan bas agak efisien, tepat dan dapat explore Seoul dengan lebih meluas! ( di subway kan gelap jer)
Ads
APPLIKASI
Banyak aplikasi yang saya install di phone dan membantu perjalanan saya di sini, KakaoTaxi, NaverMAp, Kakaobus, dsb. Tiada Uber di sini, Kakao Taxi jugak sy efisien. Terutamanya bila saya sesat huhu.
BIGPAY
Untuk transaksi pembayaran, kebanyakan saya menggunakan Bigpay kerana rate Bigpay lebih bagus dari money exchange. Saya hanya tukar KRW 300,000 won dan hanya digunakan untuk topup T-money. Makan di restaurant, pembelian di CU, 7 Eleeven dan aktiviti lain semuanya menggunakan Bigpay!
Penginapan
Untuk di Seoul, saya menetap di area tourist Myeongdong kerana mudah utk access ke mana2. Ada banyak Guest House di area sini dan yang paling best ialah Guest House saya ada rooftop menghadap Namsan Tower. Boleh la feeling-feeling mcm dalam kdrama kan.
Halal Food
Restoren Kampungku di Myeongdong sudah ditutup, jadi saya makan di restoren Bakso di sebelahnya dan banyak jugak restoran halal yang lain masih dibuka.
So sesiapa yang nak pergi ke SK, i think jangan risau. Saya tidak pernah pergi ke Korea semasa musim panas. Dan ternyata vibes nya sangat berbeza. Rakyat Korea sangat ramai keluar rehat dan santai-santai di Hangang river mcm dalam Kdrama tu. Waktu musim panas ni ramailah oppa-oppa keluar.
Thailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pantai Pattaya
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Cartoon Network Amazone
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Nong Nooch Botanical Garden
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Sanctuary of Truth
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Info!
Cara Ke Sini
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
Makan-Makan
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dianggarkan kira-kira 104 juta pengunjung di China dilapor mengunjungi lokasi pelancongan domestik sempena cuti umum negara itu.
Menurut Kementerian Budaya dan Pelancongan China, angka tersebut diperoleh selepas empat hari pertama percutian panjang yang bermula 1 Mei hingga 5 Mei 2020. Memetik sumber kementerian, kemasukan pengunjung dapat menghasilkan pendapatan sekitar AS$6 bilion
Setiap pengunjung yang datang melawat lokasi tumpuan pelancong di China dilihat memakai penutup hidung dan mulut selain penjarakkan sosial turut diamalkan.
Foto: lufkindailynews
Walaupun kes COVID-19 pertama kali dilapor dan menular di China, negara itu kini berjaya mengawal wabak itu daripada terus merebak.Pada bulan lalu, Wuhan iaitu bandar China yang menjadi pusat wabak negara itu kembali kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas menjalani perintah berkurung sejak 23 Januari.
China melaporkan lebih 83,000 kes jangkitan koronavirus termasuk 4,637 kematian.
Memilih percutian ke Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia juga sangat menarik untuk menyaksikan pelbagai keindahan dan keajaiban ciptaan Tuhan di dunia ini.
Sebenarnya Kepulauan Florest ini kurang mendapat tumpuan dan tempat di hati pelancong walaupun banyak destinasi best untuk singgah. Mungkin ramai yang masih tidak tahu daerah ini, jadi Libur akan bantu perkenalkannya agar ada yang ingin jejak ke sini.
Kebanyakan destinasi yang ditawarkan masih berada dalam keadaan terpelihara. Kejernihan air lautnya mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala keindahan pulau-pulau yang berada dalam wilayah Flores juga mampu memukau pengunjung yang datang ke sini.
Antara lokasi menarik yang boleh dilawati adalah ke Danau Kelimutu, Perkampungan Wae Rebo, pelayaran dari Labuan Bajo ke Taman Negara Komodo (Komodo National Park), Pulau Padar, Gili Lawa, Pink Beach, Pulau Kelor, Pulau Rinca, dan Pulau Kanawa.
Danau Kelimutu antara tempat paling menarik mesti jejak kerana di situ terdapat kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Terdapat tiga kawah di situ mengandungi air yang warnanya mampu berubah-ubah.
Perkampungan Adat Wae Rebo pula ialah sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah pergunungan dan pengunjung perlu mendaki lebih kurang empat jam untuk sampai ke destinasi berkenaan. Kampung ini kaya dengan adat dan masih menjalani kehidupan mengikut tradisi nenek moyang mereka di samping ia bebas daripada segala bentuk pencemaran serta mampu memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung.
Pulau Rinca pula ialah salah satu pulau yang berada dalam Taman Negara Komodo. Pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman bertemu dengan Biawak Komodo yang semakin pupus populasinya di dunia ini.
Pulau Padar merupakan sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengujakan. Pendakian hampir 40 minit langsung tidak terasa kepenatannya kerana keterujaan penulis terhadap keindahan landskap pulaunya sepanjang pendakian itu.
Pantai Pink menjadi salah satu lokasi snorkelling terbaik di wilayah Flores dengan pasir di pesisiran pantai yang berwarna merah jambu.
Pengunjung dapat melihat pemandangan di sekeliling Pulau Kelor dengan mendaki lebih kurang 30 minit ke tempat yang lebih tinggi di situ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!