Trip ‘Last Minute’ Percutian Keluarga 3H2M Ke Pulau Hidden Gem Mersing, Pulau Besar. Ini Bajet Yang Korang Perlu Tahu

Share

Mersing pekan kecil yang memiliki beberapa pulau indah sekitar Johor.

Pulau-pulau di sekitar in mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Antara pulau yang jarang didengar tetapi punya 1001 keistimewaan adalah Pulau Besar

Pulau Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Walaupun pulau ini agak kecil berukuran 4km panjang dan lebar 1km terdapat beberapa pilihan resort untuk menginap. Meskipun bahagian tengah pulau ini berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Pantai di sini sangat bersih, cantik dan putih. Maka aktiviti bersantai di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam jangan dilepaskan. Kalau sudah pantai pun cantik, dalam laut pastinya lebih menarik. Menyelam skuba dan snorkeling juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini, selain itu anda juga boleh akses ke Pulau Harimau yang berdekatan.

Jika ada yang baru merancang ingin bercuti ke sini, ini panduan perkongsian percutiaan ‘saat akhir’ daripada Feesya Ab Rahim ke Pulau Besar baru-baru ini yang boleh dijadikan sedikit rujukan buat anda.

Sebenarnya plan nak pergi Cameron tapi memikirkan last minute ramai yang ambil peluang bercuti selepas pengumuman sekolah mula dibuka mulai 15 Julai 2020, so kami surrender la taknak terjebak dalam jem kat atas Cameron tu. Fikir punya fikir, terlalu pula pasal Pulau Besar Mersing di kat wall fb. Terus usha resort yang ada kat Pulau Besar di Agoda.

  • Surprisingly, ada promo bilik yang murah sangat kat D’coconut Island Resort. Dapat bilik yang berharga RM174 semalam. Gedebak gedebuk lepas tambah tax dapat la RM396 untuk 2 malam with breakfast. Bilik family masa tu tak appear so kami decide nanti dekat chalet request untuk tambah bed for the kids. Extra bed kosnya RM85 semalam. Kami tak ambil pakej sebab taknak buat aktiviti snorkeling dan island hopping. Just nak enjoy scenery dan aktiviti kat resort.

  • So pendek kata, esok nak pergi malam ni baru buat booking bilik dekat Agoda dan terus whatsapp resort untuk arrangement boat. Kalo last minute macam ni memang kena buat arrangement dulu ya kang korang dah book tak dapat pulak naik bot nanges la korang kat jeti.
  • Untuk boat transfer, harga untuk dewasa adalah RM110 pergi dan balik dan untuk budak 4 tahun ke atas RM95. Tapi boleh lah nak kowtim minta kurang atau exceptional utk yg umur 6-7 tahun badan kecik 😉 Bertolak dari jeti Mersing pukul 12.30 tenghari. Perjalanan dari Mersing lebih kurang 25-30 minit je.

  • Alhamdulillah pulau ni cantik sangat. Air pun jernih. Pulau Besar ni nama asalnya Pulau Babi Besar. Adalah cerita mitos asal usul nama pulau ni dulu korang tengok dalam gambar makbos ada bagi. Huh, tak in langsung kan nama dia dan dah ditukar pun kepada Pulau Besar. Komersial la sikit kan. Tak ada sekor pun babi kat situ (yang kami jumpa la).
  • Kat pulau ni tak silap ada 4 buah resort. Ada lagi satu Asenia tu sebelah je dengan resort kami tapi dia punya mahal ya rabbi tatau la pasal apa. Hahaha. Kami pilih D’coconut Island Resort sebab pertama harga yang sangat affordable (diskaun banyak kat Agoda). Tempat dia cantik sangat-sangat memang tak menyesal pilih. Bilik chalet yang selesa dan bersih. Staffnya pun baik sangat.
  • Memang best place untuk holiday, santaikan minda dengan view pantai, view pool dan view coconut yang sangat mengasyikkan. Kalau nak minum air kelapa, nanti staff dia terus kait fresh² dari pokok RM5 je sebiji. Besar dan manis sangat air kelapa. Sangat-sangat recommended la stay sini.
  • Petang-petang boleh tengok sunset jugak. Just doalah tak ada terlindung awan atau mendung nak hujan 😉 Alhamdulillah 3 hari kami di sini cuaca sangat best. Oh ya kami tak ambil pakej makan sebab mereka hanya offer the whole pakej. Tapi boleh la order ala carte untuk lunch dan dinner. Dinner kena order before pukul 3 petang. Kalau lapar lagi sebelah resort ada yang jual burger RM4 jer.

  • Aktiviti kami kat sini, mandi pantai, mandi kolam, main basikal sepanjang pantai, main pool, bergambar dan enjoy the beautiful moment je 😉 Ringan rasa kepala. Ok korang. Nanti sudi sudikan tengok gambar k. Tq kerana membaca sharing ni.

Tip: Bawa insect repellent ok sebab kat pantai dia ada agas(sandfly).

Oleh
Husna