Trip Ke Dubai, Ini Antara Tempat Menarik Patut Anda Singgah

Share

Sesekali nak merasa trip ke Dubai, anda kena banyak tahu info dulu sebelum pilih negara ini sebagai tempat percutian.

Istimewanya kali ini, Puan Wan Zaimah berkongsi tempat menarik sepanjang dia berada di sana. Jom ikuti percutian menariknya.

Trip Ke Dubai

Perjalanan mengambil masa transit 22 jam di Dubai berjalan lancar.

Lepas chop paspot dapat free simcard.
Dubai Airport. Bawah tu immigration counters

Saya ambil Dubai City Tour, book dekat KLOOK. Sekarang low season sebab panas melampau (suhu sekitar 35°C waktu saya tiba) jadi tour package murah dalam RM95 je cover both New and Old Dubai.

Free shuttle bus

Free shuttle bus ini boleh naik dari airport

ke hotel. Available 24/7 every 15 minutes.

Cara nak ke bas ni ialah naik ke departure floor, keluar bangunan tu dan lintas jalan sampai jumpa signboard stesen bas.

Keluar stesen tu ke kiri, ada shuttle bus ni. Kalau tak ada, tunggu sampai datang.

Tetapi banyak tempat singgah, sampai tak larat nak bergambar.

Anda boleh discuss dengan tour team untuk pick up point. Mereka tak datang airport jadi mereka suggest saya tunggu di Holiday Inn Express Dubai Airport, an IHG Hotel.

Tunggu kat lobi hotel ini untuk tour driver pick up.
Al-Fahidi Historical Neighbourhood, Old Dubai

Jangan risau, tiada caj tambahan ke sana kerana ada free shuttle.

Tour drop saya di lokasi terakhir iaitu Dubai Mall. Dari Dubai Mall saya ambil Metro (train) ke airport dengan harga AED8.

Cantik uniform polis Dubai, macam pramugari. Yang penting kereta polis adalah Mercedes AMG GT 63 S

Plan asal nak ambil Night Desert Safari Tour tetapi atas nasihat kawan-kawan saya batalkan niat kerana risau terlewat tiba di airport dan terlepas penerbangan seterusnya. Lagipun saya rasa lebih baik saya pergi lain kali dengan family.

Abra ride, Dubai Creek
Abra ride, Dubai Creek
Aneka pilihan rempah dan teh. Tapi harga boleh tahan.
Jumeirah Mosque
Burj Al Arab
Airconditioned bus stop
Wild Wadi Waterpark
Burj Khalifa
Dubai Mall. Dari tempat ni ke Dubai Mall Metro Station kena berjalan dalam 20 minit. Tapi jangan risau sebab laluan berhawa dingin dan ada travellator.
Tandas yang ada shower kat Dubai Airport. Betul-betul depan departure gate B19. Kebetulan flight ke Manchester gate B18, jadi sempat lah mandi manda sebelum fly.

Makan Tiga Kali

Dalam tempoh 22 jam, saya makan 3 kali sahaja. Sarapan AED 65, lunch AED119, dinner AED35. Semua perbelanjaaan guna BigPay dengan kadar AED1 = MYR1.29.

Arabic Breakfast ini, makan kat Delzie, departure floor, Dubai Airport. Harga makanan AED50, teh AED15.
Middle East Restaurant at Dubai Mall
Ni lunch dekat Asma. Maqloobah chicken AED79, Marinated Olives AED12, apple juice 28.

Makan malam pula, makan McD di aiport, beef burger, air mineral dan dan kentang goreng.

Nota penting: Walaupun kat sana semua tempat terima kad, tapi transaksi bawah AED30 di Dubai Souq dikenakan charge 9%. Elok standby cash juga lah kalau nak jimat.

Menarik, bukan? Banyak boleh jimat. Apa pun, semoga perkongsian ini membantu kawan-kawan yang akan transit atau visit Dubai nanti.

Oleh
Nadia