Trip Hujung Minggu Ke Selangor Fruit Valley. Paling Best Dapat Makan Buah Free Je!

Share

Cuti hujung minggu ramai yang sudah bijak menguruskan waktu yang terluang dengan membawa keluarga atau menghabiskan masa bersama rakan-rakan mencari lokasi percutian yang menarik.

Anda dicadang ke dusun buah-buahan di Selangor iaitu Selangor Fruit Valley. Ramai yang belum berkesempatan menjejakkan kaki di sini. Tetapi percayalah di sini pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan. Percutiaan hujung minggu anda dan keluarga pasti terasa terisi.

Baca perkongsian sumber daripada saudara Fariz Ali yang berkesempatan ke sini.

Dusun Buah Mega Di Selangor


Jika anda ingin mengalami pengalaman berada di dusun buah, namun tidak tahu hendak ke mana, saya sarankan anda untuk pergi ke SELANGOR FRUIT VALLEY. Ia terletak di Bestari Jaya, Selangor. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari KL.

Tempat ini sangat menarik untuk mendedahkan anak2 kepada dunia pertanian moden buah2an tempatan di negara kita. Mana tidaknya, pelbagai buah2an tropika terdapat di sini. Seusai sahaja anda tiba di pintu gerbang Selangor Fruit Valley ini, terus dapatkan tiket masuk. Harga tiket amat berpatutan dengan RM15 (dewasa) & RM10 (kanak-kanak, warga emas). Anda boleh membeli tiket seawal 830am setelah pejabat dibuka.




Selepas itu anda akan dibawa menaiki keretapi mini hasil idea daripada Zull Design, pakar autotronik negara kita. Terdapat beberapa stesen yang akan dibawa di dalam ladang yang luas ini. Jangan risau…naik keretapi mini sahaja..! Sambil menghirup udara yang sepoi2 bahasa di ladang, sambil mata melilau2 menikmati kawasan2 ladang ini. Tanaman dibahagikan mengikut kategori buah2an. Anda tidak kenal buah? Jangan risau….dengar sahaja pemandu pelancong berceloteh.




Turun sahaja di stesen pertama anda akan dibawa ke Cafe buah. Di sini, sajian buah2an tempatan akan dihidangkan. PERCUMA ya!!! Kemudian, mohon ke Carambola Pavillion yang terletak berhadapan dengan Cafe. Anda akan dibentangkan dengan pemandangan ladang yang luas dari atas bukit. Sayup sahaja rasanya.


Ladang ini bukan sekadar buah2an sahaja. Terdapat juga stesen2 lain yang ada seperti:-
1. Mini Petting Zoo
2. Ladang rusa, kambing & ayam
3. Rumah tradisional Selangor
4. Aktiviti air seperti kayak di Jeti Keranji
5. Ternakan Madu Kelulut
6. Taman Herba
7. Makmal Tisu Kultur

Bagi anak-anak saya, mereka amat menggemari stesen Mini Petting Zoo. Budak2 memang suka pegang2 binatang. Selain itu, teruja betul mereka dapat melihat lebah kelulut di ‘rumah’nya keadaan agak terkawal. Jangan risau.




Tetapi bagi saya, kawasan rumah tradisional Selangor yang terbaik. Sudahlah senibina rumahnya menarik, di lamannya pula terdapat gerai menjual air kelapa. Sesungguhnya, nikmat minum air kelapa di tengah2 panas ladang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anak-anak memang bagi ‘thumbs up’ untuk trip ini. Masih bercerita pengalaman mereka sehingga sekarang.Saya pasti anda juga akan menikmati trip di SELANGOR FRUIT VALLEY ini…!Ayuh kita serbu tempat yang menarik ini.






Selangor Fruit Valley
KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Selangor
Waktu operasi : 9.30am – 3.30pm (tutup hari Jumaat)
Tiket : RM15 (dewasa) & RM10 (kanak2, warga emas)

Oleh
Husna