Trip ‘Gegadis’ Jalan-Jalan Cari Makan Di Kelantan. Ini 14 Lokasi Yang Mereka Singgah. Syiok!

Share

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi selain destinasi pelancongan yang menarik. Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik tradisi dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.

Nak tahu mana lokasi best untuk jalan-jalan di Kelantan sambil makan? Ini perkongsian daripada Nurul, port best untuk singgah jamu selera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai sempena tahun 2020 ni tahun melawat Kelantan kita pusing Kota Bharu jalan jalan cari makan selama 3 hari 2 malam. Trip rawat hati sebab trip Bali postpone ke tahun depan.

  • Yati Ayam Percik (servis agak slow. Maybe orang terlampau ramai n pekerja dia itulah ambik order itulah tukang isi nasi)
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Acu Tera PCB (Sotong & Udang celup tepung dia sedap)
  • Kopitiam Kita (Roti titab dia terbaik)
  • Pantai Mek Mas (yang view macam padang pasir tu)
  • Palestine Art
  • Nasi Kak Wook (Sedap. Cubalah nanti mintak sambal lebih tau)
  • Kaori Cha ( Cukup rasa dan potong kaki)
  • Pantai Senok (Lawa kat sini beratus gambar)
  • D’syaz maggi ketam (ok je kot rasa dia. Tapi ketam dia sedap. Manis isi dia)
  • Jijah Nk Stall (Nasi Kerabu tumis + kambing dia sedap gila. Please pergi kalau ada kat KB)
  • Warung Pak Mat Pulau Pisang (teh ais madu dia sedap bak hang. Pergi lah weh!)
  • Scekok Ran Xahar( bahan-bahan penuh. Tapi kurang rasa)
  • Pasar Siti Khadijah (beli keropok, kain batik, kain pasang bagai kat sini. Sapa pandai kecek kelate mau dapat murah. Kita ni orang pahang duk koi aok jela mana mau dapat murah)

Untuk trip kali ni total habis RM 600 la lebih kurang. Kami pergi bertiga. Sorang kos dalam RM 200. Ni termasuk makan minum hotel dan minyak pergi balik. Hotel tempah kat OYO RM 166 Untuk 2 malam. Bilik lawa dan bersih sangat. Dapat 1 katil queen n 1 single. Cuma agak sempit la. Tapi so far puas hati. Ada heater apa sume.

Next time kita cuba jalan jalan cari makan tempat lain pulak.

P/s : Nak pergi maybe boleh start dari hari Sabtu Ahad Isnin. Sebab hari Jumaat kedai viral ada yang tutup. Kami 1st day agak kecewa la. Sebab sampai hari Jumaat kan. Pape pun duduk Kelantan takdan nak lapar. Kenyang manjang

Oleh
Husna