Bangkok kota metropolitan yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Mempunyai pelbagai tarikan dan juga turut terkenal dengan aneka makanan enak serta barang-barang yang murah antara faktor menjadikan Bangkok destinasi pilihan pelancong dan juga pengembara.

Tak hairan kalau yang ramai ke sini semata-mata untuk food hunting dan shopping. Bagi Hamidah Hamdan kesempatan berkunjung ke ibu kota Thailand itu tidak dilepaskan.

Mempunyai agenda utama iaitu fanmeet dengan salah seorang ahli kumpulan 2PM, gadis ini tak lepaskan peluang untuk jalan-jalan dan makan-makan sambil membeli-belah. Turut disertai oleh ibu dan adiknya, Hamidah berkongsi beberapa maklumat yang boleh korang jadikan panduan bagi yang ingin ke negara Gajah Putih ini.

Jom ikuti perkongsiannya dan juga gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang percutiannya kali ini:

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!

Short trip to Bangkok (6/8/2022)

Pergi : AA

Balik : MAS

Sewaktu mendarat :

Ads

Mula ingat semua flight turun BKK (Survanabumi) sebab ada kawan yang naik flight AA 6 pagi turun Airport Don Muang (DMK) dan saya naik flight pukul 11 lebih turun di BKK. Di BKK procedure agak mudah saya sudah siap-siap print certificate vaccine sepertinya sekali imbas dilihat, minta boarding pass dan tanya soalan berapa hari di sana.

Boarding pass saya kebetulan payah nak cari jadi sempat tanya pegawai kalau e boarding pass dia accept atau tidak dan pegawai cuma anggukan kepala untuk verifikasi namun akhirnya jumpa juga physical boarding pass .

 

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!
agenda utama Hamidah ke sini untuk fanmeet dengan 2PM member

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!

Urusan immigration mudah dan ambil bagasi. Takde diminta scan bagasi dan terus keluar dari custom area. Airport survanabumi ni bagi saya luas lagi dari KLIA dan sibuk dia mcm di Doha / Dubai airport.

Telco

Ads

 Untuk telco saya pre order DTAC dari KLOOK Rm28.89 -15GB untuk 8 hari. Nak ambil kena naik tingkat 4 bahagian departure di kaunter K (area check in british airways) sebelah KBank booth.

Kalau turun DMK opposite international arrival immigration. Tunjuk passport dan pekedai akan tolong install simcard dalam phone.

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!

Tempat tinggal

Saya stay di Noursabah Boutique Bed Bangkok di kawasan petchaburi soi 7. Ke BTS Phaya Thai pun dekat senang nak berjalan sekitar Bangkok. Jika ke sini menaiki airport railway train boleh turun di station Phaya Thai. Pilih kawasan ini atas rekomendasi dan boleh muatkan 3 org satu bilik kerana kejiranan muslim jadi mudah makanan halal sekeliling tempat tinggal.

Hotel sangat bagus dan bersih. Pekerja hotel siap kirakan waktu sesuai saya balik dengan airport transfer supaya cukup masa check in, immigration dan kastam.

Ads

Kalau rasa hassle pilih grab yang ada pelbagai pilihan dari airport ke hotel atau destinasi lain. Berpeluang rasa dari kereta mewah sampai van pelancong pun ada yang jemput.

Ada satu lagi kawasan Ramkamhaeng dimana ada hotel meroz inipun saya dpt review bagus serta mudah untuk pergi makan termasuk restoran bingsunom dan restoran sophia.

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!

Membeli belah

Chatucak lebih pada pelancong. Pilihan saya Pratunam Night Market masih mood seperti dulu nak cari baju copy ori. Jodss fair lebih pada jalan jalan suasana ala ala tapak urban street dekat KL tapi ada jual barangan lain selain makanan. Bangkok meriah adanya.

Dilihat Bangkok hari ini dengan jejak kali pertama 2011 sangat berbeza. Pilihan makanan halal lebih pelbagai. Ramai dari Selatan Thai maka komunikasi lebih mudah seperti pekerja airport, di Seven Eleven dan tempat lain.

Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore! Trip Fanmeet, Makan-makan & Shopping Di Bangkok, Gadis Ini Kongsi Info Best. Baru Syok Nak Explore!

sumber: Hamidah Hamdan

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI