Trip ‘Family By Train’. Dari Penang Ke Hatyai, Bangkok & Lopburi

Share

Travel menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia hari ini.

Kereta api menjadi pilihan bukan sahaja kerana harga tiket yang dikenakan berpatutan tetapi tahap kemudahan yang ditawarkan semakin hari semakin baik dan begitu selesa. Kalau sebelum ini untuk melancong ke negara jiran menggunakan kereta api sering menjadi pilihan anak muda atau individu bujang sahaja. Kini, trip keluarga kecil atau besar juga sudah banyak yang dirancang menggunakan laluan sebegini.

Ini idea dan cadangan daripada Azz Lan’s yang berpeluang membawa keluarga tersayang bercuti dari Pulau Pinang, Hatyai, Bangkok dan Lopburi menggunakan kemudahan pengangkutan kereta api.

Itinerary: Penang – Hatyai – Bangkok – Lopburi
7 Hari 6 Malam (14/12/2019 – 20/12/2019)

Kereta Api:

  • Bukit Mertajam – Padang Besar: 1 jam 30 minit
  • Padang Besar – Hatyai: 45 minit
  • Hatyai – Bangkok: 17 jam
  • Bangkok – Lopburi: 3 jam

1st class sleeper
Special Train Express Hatyai – Bangkok
Luar kabin – cctv pn ada
Connection room

Day 1 (Penang – Bangkok)

  • 12.30 tengahari (Komuter Bukit Mertajam ke Padang Besar) – naik komuter lebih murah berbanding naik ETS
  • 2.20 petang – tiba di stesen Padang Besar – Jalan ke hujung stesen untuk beli tiket train ke hatyai – ada servis isi borang putih rm2 (kami isi sendiri free)

-Waktu Thailand 1 jam lewat berbanding Malaysia.
-Ada jual Sim DTAC Thailand RM26, 6 days unlimited internet
-Atas stesen padang besar ada restoran naseer – boleh bungkus makanan siap-siap.

  • 3.00 petang (waktu Thailand) : imigresen dibuka untuk cop pasport sebelah Malaysia & Thailand.
  • 3.40 petang : train bergerak dari stesen Padang Besar ke Stesen Hatyai – perjalanan lebih kurang 45 minit.
  • 5.30 petang : tiba di stesen Hatyai : boleh ke kaunter informasi untuk pengesahan tiket & terminal.
  • 6.50 petang : Train bergerak dari Hatyai ke Bangkok (17 jam perjalanan)

Tips:

  • Train dari Hatyai jam 6.50 petang ialah train special express – hanya ada koc kelas 2 & kelas 1 sahaja.
  • Tiket boleh dibeli secara online
  • https://www.thairailwayticket.com/eTSRT/
  • Kami beli ticket 1st class (kabin) – beli 2 kabin & ada connection room – sangat selesa untuk perjalanan 17 jam – harga 2 kabin TB6200 – tiket 1st class kena beli awal sebab hanya ada 12 kabin sahaja.
  • Bawa selimut tambahan, dalam kabin sangat sejuk.

Day 2 (Bangkok – Chatuncak Weekend Market)

  • 12.00 tengahari : Selepas 17 jam perjalanan – tiba di Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Search grab hotel penginapan kami di Gusto Pratunam Hotel (online booking via Agoda) – tak naik nama hotel di Grab Apps, atau sebab naik nama tulisan Siam.. Oleh itu kami ke MRT Hua Lamphong (blue line) ke MRT Makasan. Interchange naik ARL Makasan (red line) ke ARL Rachaprarop- Hotel sekitar stesen ini. Menapak ke hotel jalan kaki 40 minit ke hotel gusto pratunam (sesat, banyak jalan mati)
  • 3.00 petang : Naik Grab (return) ke Chatunchak Weekend Market (lebih jimat banding BTS- sebab keluarga 6 orang) – kekurangannya jalan jem – Chatunchak Weekend Market hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja)

– Night Life – Sekitar Pratunam

Tips:

  • Metro Train di Bangkok ialah MRT, BTS & ARL
  • MRT Hua Lamphong di sebelah kiri pintu keluar Hua Lamphong Railways Station.
  • Download apps ‘Bangkok Metro’ untuk memudahkan kita menyemak stesen Metro di Bangkok. (Sangat membantu)
  • Lebih baik tinggal di hotel yang berhampiran stesen BTS @ Metro untuk memudahkan perjalanan – & lebih baik lagi hotel berdekatan stesen interchange BTS-MRT (contoh stesen Siam & Phaya Thai)

Day 3 (Bangkok: Maeklong Railways Market- Damnoek Floating Market- Chang Puak Camp)

  • 8.00 pagi: Bertolak ke Damnoek Floating Market (sampai jeti sahaja- sebab ramai orang cakap harga boat mahal, kurang berbaloi & banyak scam, mereka minta TB2500 untuk 2 jam- jadi kami tak naik boat)
  • 10.00 pagi : Singgah si Chang Puak Camp- berbaloi boleh tengok gajah, harimau putih – sesuai untuk anak-anak- kami ambil gambar & bagi makan gajah sahaja – kalau nak naik gajah harga lain- kami tak naik gajah …tanjak tajam
  • 11.00 pagi: tiba si Maeklong Railways Market – tunggu train sampai pukul 11.15 pagi – Maeklong Railways Market sangat unik.
  • 12.30 tengahari: Pulang semula ke Bangkok.

– Night Life: Pratunam Night Market

Maeklong Railway Market

Tips:

  • Kami dapat harga TB400 untuk trip dengan kereta (Toyota Fortuner baru) ke Maeklong Railways Market, Damnoek Floating Market & Chang Puak Camp- sangat berbaloi untuk trip separuh hari (boleh PM untuk detail contact driver)

Day 4 (Bangkok – Lopburi)

  • 6.00 pagi – naik Grab ke Hua Lamphong Train Station: beli tiket untuk train ke Lopburi TB50/pax- jam 7.00 pagi (train classic 3rd class sahaja)- tiket hanya boleh dibeli pada hari bertolak sahaja.
Train Bangkok – Lopburi
Train 3rd Class ke Lopburi.. 3 jam

  • 7.00 pagi- train dari Bangkok ke Lopburi (ada orang jual makanan dalam train tapi tiada kepastian status halal (bawa makanan siap-siap dari hotel)
  • 10.00 pagi : tiba di Stesen Keretapi Lopburi- ada orang akan menawarkan khidmat truck ‘pick up’ ke Sunflowers Farm- Boleh bargain dapatkan harga terbaik – kami di bawa ke sunflowers farm yang 1 (saiz kecil sahaja)- Kami tidak pergi ke Sunflowers Farm 2- cuaca sangat panas lik-lik (kurang sesuai untuk anak-anak kecil)
  • 12.30 tengahari: kami singgah makan di restoran muslim berhampiran surau @masjid sekitar Stesen Keretapi Lopburi (lintas landasan keretapi- jalan sebelah kiri- kedai makan kecil.
  • 1.30 petang: Pulang ke Bangkok menaiki minivan TB120/ pax (stesen minivan hadapan 7E sebelah stesen keretapi- ada beberapa van putih)- boleh juga balik ke Bangkok menaiki keretapi jam 2.40 petang (2nd class)- oleh kerana tiket keretapi habis, kami naik minivan sahaja.
  • 4.00 petang: tiba di hotel, Bangkok

-Night Life: Pratunam Night Market lagi

Day 5: Bangkok (Siam Paragon- Siam Center- Siam Discovery- MBK Mall- Icon Siam- Asiatique Riverfront)

Chatuchak Weekend Market
Chang Puak Camp Bangkok
Icon Siam, berlatarkan chao phraya river
  • 10.00 pagi: Bersiar-siar sekitar City Complex Pratunam dan The Platinum Fashion Mall.
  • 11.00 pagi: Kami naik BTS Phaya Thai & turun di BTS Siam – Singgah di Siam Paragon, Siam Center & Siam Discovery (‘touch & go’ sahaja)
  • 3.00 petang: Singgah MBK Mall- solat kemudian makan tengahari di Yana Restaurant, tingkat 5- sangat sedap, mesti singgah kepada mereka yang datang ke MBK Mall.
  • 5.00 petang (Icon Siam & Asiatique) : Dari MBK Mall, kami naik BTS National Stadium ke BTS Saphan Taksin: exit 2 atau exit 3 ke Jeti Sathorn Pier.

-Sathorn Pier: jeti kiri ferry ke Asiatique, jeti kanan ferry ke Icon Siam (pastikan naik ferry PERCUMA) – nikmati pemandangan menelusuri Chao Phraya River .

  • 8.00 malam: balik ke hotel dengan grab

– Night Life: Pada mulanya kami bercadang ke Ramkamhaeng Night Market, tetapi dapat maklumat bahawa night market ni tutup pada setiap rabu- jadi kami bersiar-siar sekitar pratunam sahaja.
– Sesiapa datang ke Bangkok dicadangkan berkunjung ke Ramkamhaeng Night Market kerana dikhabarkan banyak gerai makanan halal di sana. Buka setiap hari kecuali hari Rabu.

Day 6 (Bangkok – Hatyai)

  • 9.00 pagi – naik Grab ke Don Mueang Airport untuk flight Bangkok-Hatyai jam 12.10 tengahari.
  • 2.00 petang: tiba di Hatyai- naik Grab dari Hatyai Airport ke Hotel Raise Hatyai- Hotel terbaik, bilik selesa & serba baru- jarak jalan kaki 5 minit sahaja ke Greenway Night Market & 15 minit ke ASEAN Night Baazar.
  • 5.00 petang: Jalan kaki ke ASEAN Night Baazar untuk makan malam & singgah ke Greenway Night Market.
  • 8.00 malam: naik grab ke Lee Garden Night Market.

Tips:
– Hotel Raise Hatyai (recommended), booking via Agoda RM120 semalam.

Day 7 (Hatyai – Padang Besar – Bukit Mertajam, Penang)

Hatyai
  • 12.30 tengahari: naik Grab ke Hatyai Railway Station. Makan tengahari di restoran muslim depan stesen keretapi.
  • 2.00 petang (waktu Thailand): naik train Hatyai ke Padang Besar (TB50).
  • 4.00 petang (waktu MAS): tiba di stesen Keretapi Padang Besar- cop pasport Thailand & Malaysia.
  • 5.25 petang: naik komuter Padang Besar-Bukit Mertajam.
  • 7.05 Malam: tiba di stesen komuter Bukit Mertajam.

Tips:

  • Train Hatyai – Padang Besar ada 2 kali sehari. Jam 7.30 pagi & 2.00 petang (waktu Thailand).
  • Breakfast di Hatyai boleh cuba makan Chabura Dimsum @ makan pagi di Kelantan Restaurant- boleh search sahaja di apps grab- katanya sedap dan berbaloi- tapi kami breakfast percuma di hotel sahaja.
Restoran Muslim- depan train station Hatyai- sebelah kiri – kedai warna hijau – sedap dan harga berpatutan
Hua Lamphong Railway Station
Chatuchak Weekend Market
Oleh
Admin