Trip DIY Ke Jordan 5H4M, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Indah Lihat Sendiri Kota Petra & Terapung Di Laut Mati, Mahal Tapi Berbaloi!

Share

Jordan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat dan mempunyai banyak tinggalan sejarah sejak dari zaman purba. Ia merupakan salah satu destinasi percutian paling menakjubkan dan telah merentasi pelbagai tamadun terkenal dalam peradaban dunia.

Meskipun kos untuk ke sana agak mahal, namun peluang untuk bercuti ke sini seharusnya tidak dilepaskan.

Mount Nebo – Tongkat Nabi Musa

Mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati sambil mengenali dan belajar tentang sejarah-sejarah tamadun manusia sejak zaman dahulu kala, Yaya Mohammad berkongsi pengalaman bercuti selama 5 hari 4 malam ke Tanah Syam itu.

Sempat melawat ke empat tarikan utama di sana, trip wanita ini semuanya tanpa menggunakan perkhidmatan ejensi pelancongan.

Sangat menarik gambar-gambar yang dikongsikan Yaya dan menurut wanita ini kunjungannya ke Jordan agak mahal tapi berbaloi!

Dead Sea
Petra

JORDAN – Mahal Tapi Berbaloi

Siapa pernah pergi Jordan? Search dalam group ni masih belum ramai yang jejak kaki ke Jordan. So saya nk share sedikit pengalaman saya ke Jordan dengan trip DIY ( bukan ikut TA), so boleh la uols pergi pasni.

Nak masuk Jordan ikut airport Amman, Visa Free dan proses immigration sangat mudah.

Mungkin Jordan bukan negara yang sering dikunjungi oleh Malaysian kerana matawang dia agak tinggi berbanding matawang lain. 1 JOD bersamaan RM7 pada waktu sekarang.

Bayangkan untuk masuk ke Petra sahaja ( 7 Wonders) kosnya ialah 50 JOD ( RM350) , jauh beza dengan kos nak masuk ke Piramid Giza. Tapi kos-kos lain seperti makan dan hotel agak reasonable, so jangan la risau.

Walaupun mahal itu semua bukan penghalang untuk saya menjejaki kesemua 7 wonders of the world!

Trip di Jordan hanya la selama 5 hari 4 malam, trip ini adalah sambungan dari trip ke Egypt dan Lebanon. Saya menyewa kereta siap pemandu di sini, kos lebih kurang RM770 seorang.

( minivan), untuk yang nak drive sendiri, jalan ke Petra pada waktu malam agak mencabar sedikit. Selain itu, jaringan jalan raya di Jordan agak baik. Harga petrol ketika ini 1 L = RM7.

Trip hanya fokuskan kepada 4 destinati utama ialah Dead Sea, Wadi Rum, Petra. Agak malang kerana Wadi Mujib ditutup ketika kami sampai dan terpaksa membatalkan ekspedisi itu. Walaupun agak penat, tapi view dan pengalaman sangat berbaloi.

Aqaba Port
Wadi Rum di waktu malam

Antara 5 tarikan utama wajib anda kunjungi ketika ke Jordan

Wadi Mujib – sungai dan waterfall yang cantik di dalam canyon

Wadi Rum – Permukaan padang pasir umpama planet Marikh

Wadi Musa – Petra

Dead Sea – Air laut termasin di dunia

Aqaba – border Israel, Saudia n Egypt

Secara keseluruhan, trip kami sangat ringkas, padat dan cepat tapi view dan pengalaman was so priceless. Nak repeat Jordan lagi? Mungkin, untuk masuk ke Israel skali.

Amman Citadel
Roman Theater of Amman

Kredit: Yaya Mohammad II

CONTEST!!CONTEST!!CONTEST
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke KL Museum of Illusions ni.
Syarat mudah nak menang tiket Museum of Illusions
  • LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
  • Share video ni di wall korang (PUBLIC)
  • Tag 2 orang kawan &…
  • Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen
1. Berikan nama 3 bilik ilusi yang ada di Museum of Illusions KL?
2. Bilakah waktu operasi Museum of Illusions KL?
HADIAH HADIAH HADIAH!!!
12 Pemenang dengan jawapan paling tepat dan pantas akan memenangi:
*** 4 Tiket Museum Of Illussions KL Setiap Seorang
Tarikh tutup: 30 NOVEMBER 2022
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

 

Oleh
SAHR