Trip Cuti Sekolah Ke Kuala Rompin, Bermalam Kat Rumah Rakit Ramai-ramai. Dapat Memancing, Buat BBQ & Main Flying Fox, Meriah!

Share

Bila cuti sekolah memang banyak plan nak buat tapi nak kumpul ramai-ramai tu yang susah. Sekali dapat berkumpul memang seronok sangat tambah pula ada yang baru pulang dari menunaikan Haji. Kesempatan cuti sekolah digunakan untuk berkumpul bersama mengekalkan lagi ukhwah yang ada.

Biarpun pada mulanya agak berbelah bahagi untuk sertai percutian yang dianjurkan oleh keluarga kakaknya ternyata keputusan untuk bercuti bersama lebih 20 orang ahli keluarga  adalah keputusan yang tepat buat Siti Zurina Mat Saman.

Menginap di Rumah Rakit Chemperai Chalet & River Site Camp memberikan satu pengalaman baharu buat wanita ini dan keluarganya. Sempat melakukan beberapa aktiviti seperti menyelusuri Sungai Rompin, memancing ikan dan udang, buat BBQ dan juga main flying fox.

Rombongan bercuti ke rumah rakit di Kuala Rompin

Pendek kata semuanya happy dan seronok dengan percutian selama dua hari satu malam itu. Meskipun terletak agak pedalaman, namun menurut Siti Zurina, tempat ini mempunyai fasiliti yang cukup dan selesa, malah ia telah ditempah habis sehingga tahun depan.

Dua bulan persiapan yang dibuat oleh kakak wanita ini bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, siap dengan segala makanan dan peralatan, memang perfect!

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Siti Zurina Mat Saman tentang percutian bersama keluarga ke Kuala Rompin, Pahang!

Dua Bulan Plan, Dapat Kumpul & Bercuti Rama-ramai Ke Kuala Rompin, Meriah!

Tak perasan rupanya minggu ni start cuti sekolah. Lepas Hajj hari tu budak-budak mintak BERCUTI, tapi mama is BLUR.

Bila abang ipar sis, Cik Amin plan cuti di ROMPIN, sis macam 50/50 nak follow tidak. Dengar kata nak staycation di Rumah Rakit, sis bayangkan di tengah sungai.

Rupanya rumah rakit diikat kukuh di tebing sungai. Bukan satu ada 5 biji unit (termasuk 1 ada aircond) dan dua daripadanya kami checkin.

Bergambar di atas rumah rakit
naik bot menyelusuri Sungai Rompin
Senja di Sungai Rompin

Mula-mula agak pening kerana rumah berkenaan ‘dibuai’ air sungai, tapi dah setengah jam ONZ. Unit kami kecil saja dengan kemudahan dapur, satu bilik dan bilik air. Untuk toilet disediakan di luar.

Aktiviti utama adalah memancing dan menyusur Sungai Rompin. Sesekali jiran sebelah unit menjerit gembira bila berjaya dapat udang galah mata biru. Rezeki kami hanya dapat beberapa udang (kali ni no luck, padahal Cik Amin terror bab memancing nih).

Malamnya keluarga kecil kami layan BBQ, sambil main Mini Flying Fox (disediakan) & lompatan skipping. Rezeki kami, kawan Acu Zamaliyah Mat Saman hantar Ketam segar yang ditempah (manis giler isinya)

Jalan menuju ke rumah rakit

Esoknya kami menikmati angin laut Cina Selatan di kawasan yang terkenal dengan Udang Galah ini. Wow, pasirnya memang memutih & bersih (mayb berdekatan dengan Pulau Tioman). Yes, budak2 enjoy berendam dalam air masin walau cuaca terik di kepala (apa depa heran kalau bab mandi)

Biarpun hanya shortvacay, kami enjoy bercuti jauh dari kesesakan jalan atau hotel yang fully book. Walau hanya sehari semalam, sesi taaruf sangat bermakna dengan senda gurau ahli keluarga #matsamanfamily

Untuk Cik Noor, Cik Amin, Cik Nuar, Cik Ayu, Acu dan semua anak-anak buah korang memang ohsem

P/: Dengar cerita tempat ini walau jauh di pedalaman, tapi glamer among kaki pancing. Bandar/pekan paling dekat Bandar Muadzam Shah atau Kuala Rompin. Menurut owner, sehingga next year sudah fully booked.

Oh ye, kakak sis, bila dengar #shortcavay ONZ, hampir dua bulan buat persiapan. Segala macam barang keperluan dibawa, ibarat satu rumah. Sayang Cik Noor ketat-ketat

Kredit: Siti Zurina Mat Saman

 

 

Oleh
SAHR