Bangkok dan Kanchanaburi bukanlah satu destinasi asing buat rakyat Malaysia. Info berkaitan perjalanan juga mudah didapati.
Ini trip saudari Nur Syuhada ke sana bersama keluarga kecilnya bersama 2 orang dewasa dan 1 kanak kanak dengan tujuan utama untuk memenuhkan tangki emosi anak. Jadi aktiviti yang santai, mesra kanak-kanak dan jadual yang tidak terlalu padat dititikberatkan bagi memberikan keselesaan kepada anak.
Saya kongsikan itinerary ringkas selama 7H 6M berdasarkan pengalaman ke sana baru-baru ini. Oh ya, trip ni memang tak pergi shopping, masuk MBK sebab host dinner saja (Nilai tukaran THB 1,000 = RM134)
Hari Pertama – Bangkok
Tiba di BKK
Check in Sala Daeng
Hari Kedua – Bangkok
The Ancient City
Lunch @ Nissareen
Children’s Discovery Museum *
Chao Phraya Sightseeing Cruise
Muzium interaktif yang terletak bersebelahan Chatuchak Market ini bukanlah sekadar muzium, ia menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak bermula usia 3 hingga 12 tahun.
Kawasan yang sangat luas dan mempunyai 6 zon utama: Sai Rung Building, Tho Tawan, Chakkrawan Building, Unilever Building, Water Play Zone, Kids Playground & Jungle Adventure. Antaranya permainan role play seperti kidzania, Dino Detective (proses eskavasi tulang dinosaur), taman air berskala kecil dan lain-lain. Lebih menarik, masuk adalah PERCUMA.
Jadi, alang-alang nak ke Chatuchak Market, boleh masukkan sekali muzium ini.
Hari Ketiga – Bangkok
Safari World Bangkok *
Dinner @ Chaolay Seafood MBK Center
Hanya 45 minit dari bandar Bangkok, turut mempunyai Safari Park dan Marine Park. Safari Park menawarkan pengalaman pandu dan lihat haiwan yang bebas berkeliaran menggunakan kenderaan persendirian atau menaiki shuttle coach dengan bayaran tambahan 100baht.
Manakala Marine Park pula mempunyai pelbagai attractions (Eggs World, Walrus, Lemuria, Parrot Lane dll.), show yang fun (Dolphin, Orang Utan, Cowboy Stunt, Spy War, Sea Lion, Elephant dll.) dan aktiviti seperti River Safari, Open Air Studio, Tree House Aviary & Kitchen, Giraffe Terrace (boleh bagi giraffe makan dan bergambar di atas teres) dan banyak lagi.
Hari Keempat – Kanchanaburi
River Kwai Bridge
Skywalk Kanchanaburi
Check in Nex Station Kanchanaburi (hotel konsep kabin tren) *
Hari Kelima – Kanchanaburi
Meena Café
Hellfire Pass Interpretive Centre *
Lunch @ Halal Kitchen
Tham Kra Sae Station
Check in Tara Villa Kanchanaburi
Hari Keenam – Bangkok
Check out
Lunch at Nuatair Kingkeaw
Check in hotel near Suvarnabhumi Airport
Dinner @ Ramkhamhaeng Night Market
Hari Ketujuh – Kuala Lumpur
MAS KL-BKK-KL
Etiqa Takaful 360 – Gold + Covid19: RM166.37
Nexstation Kanchanaburi: RM581.60 *promo Agoda
Tara Villa Kanchanaburi: RM707.20 *promo Agoda
Pakej driver ke Kanchanaburi (3H 2M): THB 2,500/ hari untuk 8jam.
The Ancient City: RM37.31/ pax *promo Klook + Visa
Sewa golf cart 2-seater: THB 450 baht/ 2 jam
Children’s Discovery Museum: Percuma
Chao Phraya Tourist Boat: THB 150/ hari
BTS Skytrain One Day Pass: RM14.38/ pax *promo Klook + Visa
Safari World Bangkok: RM101.02 *promo Klook + Visa
Hellfire Pass Interpretive Centre: Percuma
Antara highlight untuk trip kali ini adalah penginapan kami di Nexstation Kanchanaburi, hotel yang berkonsepkan kabin tren dengan pemandangan gunung, padang yang luas untuk anak berlari bermain berbasikal, ada tasik kecil untuk main canoe, reban ayam, taman herba dan lain lain.
Tambah menarik sebab hanya kami saja yang guest pada waktu tersebut. Hotel ini juga menekankan konsep layan diri, bahan untuk breakfast disediakan, peralatan masak semua lengkap, cuma kekurangannya adalah dari sudut lokasi dan aspek keselamatan. Terletak 30 minit dari pekan Kanchanaburi, 8 minit dari Meena Café, lokasi hotel ini boleh dikatakan agak ke dalam dan sunyi.
Tak recommend kalau datang solo/ group perempuan sahaja. Kalau rancang menginap di sini, beli siap-siap bahan masak di pekan, sebab tak ada kedai runcit berdekatan.
Tempat yang bertanda * kita recommend untuk keluarga yang bawa anak kecil. Penerangan lanjut ada pada gambar-gambar di bawah.
1. BTS One Day Pass sangat berbaloi kalau trip memang guna tren sahaja ke mana mana. Boleh semak sini https://www.bts.co.th/eng/routemap-mb/ fare bagi setiap perjalanan untuk buat perbandingan beli tiket setiap kali naik atau one day pass sahaja.
2. Untuk pembelian data, selain beli sim, dicadang beli lah e-sim di Klook (RM28). Cara nak aktifkan pun mudah, internet pun stabil.
3. Alternatif lain dari airport Suvarnabhumi ke Bangkok selain Bolt dan Grab, boleh juga ambil teksi di Level 1. Harga pun okay – THB 380 termasuk tol ke Sala Daeng.
4. Disebabkan pakai e-sim, jadi bila Bolt caj prabayar, transaksi tak lepas guna kad kredit sebab dia minta TAC, so tukar saja mod bayaran pada cash.
5. Bangkok ini boleh tahan panas, jadi bawa sentiasa mineral water, mini fan & payung untuk anak.
Okay, selamat bercuti ke negara jiran!