Travel

Trip Bajet DIY Ke Bandung Dengan Anak-anak, Ini Senarai Tempat Wajib Pergi

Share

Bukan sekadar seronok membeli-belah, trip ke Bandung juga memuaskan hati kepada anak-anak bila anda tahu tempat best!

Nak tahu di mana lokasi menarik bawa anak, jemput baca pengalaman DamianaJun Pakar TilamHandmade ini dulu.

Trip Bajet DIY Ke Bandung, Indonesia

Tercapai hajat bawak anak-anak holiday main rainbow slide kali ini.

Kalau ada yang tertanya-tanya mana nak bawa anak pusing-pusing waktu cuti sekolah, tanpa ragu-ragu saya akan cakap “tolong lah bawa diaorang pergi Bandung”.

Sebab sekarang ini cukup banyak taman taman tema yang di bangunkan di Bandung kalau nak compare dgn beberapa tahun lepas.

Ini saya kongsi antara senarai tempat yang memg best dan walaupun berkali-kali sudah pergi, pasti tak bosan untuk diulang.

1. Floating Market & Farm House (ada rainbow slide untuk kids dan dewasa, boleh naik boat pusing pusing, ada taman arnab, ada taman kanak kanak)

2. Dusun Bambu (playground memang best sangat sebab santai sangat, boleh lepas sahaja anak nak main apa. Ada mainan untuk dewasa juga)

3. De Castello (tempat ni pun cantik, tahun lepas pergi tak ada permainan apa sangat tapi tahun ini sudah ada rainbow slide dan ada fun fair)

4. Kawah Putih (tempat ini sejuk, ada strawberry dan boleh ambil gambar pemandangan yang cantik)

Banyak lagi tempat lain sebenarnya tetapi yang ini saya kongsi antara yang paling best kalau bawa anak kecil. Memang fun sangat tengok diaorang lari-lari dan seronok bermain.

Dan paling best, bila lapar boleh makan sedap dekat Bandung. Itu paling penting!

Oleh
Nadia