Bukan sekadar seronok membeli-belah, trip ke Bandung juga memuaskan hati kepada anak-anak bila anda tahu tempat best!
Nak tahu di mana lokasi menarik bawa anak, jemput baca pengalaman DamianaJun Pakar TilamHandmade ini dulu.
Trip Bajet DIY Ke Bandung, Indonesia
Tercapai hajat bawak anak-anak holiday main rainbow slide kali ini.
Kalau ada yang tertanya-tanya mana nak bawa anak pusing-pusing waktu cuti sekolah, tanpa ragu-ragu saya akan cakap “tolong lah bawa diaorang pergi Bandung”.
Sebab sekarang ini cukup banyak taman taman tema yang di bangunkan di Bandung kalau nak compare dgn beberapa tahun lepas.
Ini saya kongsi antara senarai tempat yang memg best dan walaupun berkali-kali sudah pergi, pasti tak bosan untuk diulang.
1. Floating Market & Farm House (ada rainbow slide untuk kids dan dewasa, boleh naik boat pusing pusing, ada taman arnab, ada taman kanak kanak)
2. Dusun Bambu (playground memang best sangat sebab santai sangat, boleh lepas sahaja anak nak main apa. Ada mainan untuk dewasa juga)
3. De Castello (tempat ni pun cantik, tahun lepas pergi tak ada permainan apa sangat tapi tahun ini sudah ada rainbow slide dan ada fun fair)
4. Kawah Putih (tempat ini sejuk, ada strawberry dan boleh ambil gambar pemandangan yang cantik)
Banyak lagi tempat lain sebenarnya tetapi yang ini saya kongsi antara yang paling best kalau bawa anak kecil. Memang fun sangat tengok diaorang lari-lari dan seronok bermain.
Dan paling best, bila lapar boleh makan sedap dekat Bandung. Itu paling penting!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kari Kepala Ikan Salmah dan Kuew Teow Goreng Pak Tam: Dua Hidangan Lokal Yang Popular Di Mambang Di Awan, Perak
Baru-baru ni Libur ke Kampar, Perak. Saja nak berjalan-jalan ke sana, nak tengok apa pembangunan terbaru yang ada di daerah Kampar. Alang-alang dah sampai sana tu, nak cari la spot makan orang-orang dekat Kampar.
Waktu hari kejadian Libur ke Kampar, Libur ditemani oleh rakan-rakan dari sana. Thank you Abang Sham dan Abang Pijoy sebab sudi melayan Libur ronda-ronda daerah Kampar. Ronda punya ronda punya ronda, Libur tanyalah pada diorang apa kedai makan yang best dekat Kampar ni?
Kedai makan orang lokal
Kalau pembaca nak tahu, ada banyak juga tempat makan yang best di Kampar ni. Tapi kriteria pemilihan kami untuk trip ini hanya satu: kedai makan yang special and famous di kalangan orang-orang lokal sahaja. Libur nak tahu la, spot makan mana yang orang Kampar ni suka makan?
Dah puas pusing, kami sampai ke satu kawasan kampung yang Libur rasa, nama kampung ni rare. Sebab apa rare? Nama kampung ni Kampung Mambang Di Awan! Haha ada nama kampung korang yang letak nama mambang? Tak ada kan? Libur yakin budak-budak muda luar negeri Perak mesti tak tahu nama kampung ni kan?
Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan
Kedai makan pertama yang kami singgah adalah Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan. Kedai makan ini kepunyaan Abdul Malik Hassan dan beliau menyediakan menu kari kepala ikan merah yang dimasak dengan menggunakan rempah yang diolah sendiri dan menjadi resipi rahsia sejak daripada zaman bapa beliau lagi.
Kedai makan ni kalau tengok sekali imbas, macam tak ada apa-apa yang special pun. Kalau bawa kereta lalu jalan depan tu memang tak perasan kedai makan kari kepala ikan ni. Tapi jangan terpedaya dengan rupa, nak tahu kena singgah masuk ke dalam dulu.
Kepala ikan dah besar kepala orang
Nak tahu apa yang Libur rasa best pasal kari kepala ikan dia? Kepala ikan merah dia besar la weyhh. Lagi besar daripada kepala Libur! Korang rasa? Puas hati waktu Libur tengok Abang Malik masak kepala ikan tu. Penuh satu periuk. Itu pun Abang Malik masak kepala ikan je, kalau dia masak seekor ikan tu, Libur rasa boleh buat kenduri.
Waktu kari kepala ikan ni menjengah masuk je dalam mulut Libur, terasa kepekatan kari yang Abang Malik masak ni. Maklumlah, resipi turun temurun. Libur ada juga try hijack resipi daripada Abang Malik ni, tak dapat.. Hehehe.
Famous waktu masak kari kepala ikan guna dapur kayu
Ikut kisah daripada orang lokal di sini, kedai makan Abang Malik ni memang selalu orang kampung datang makan lebih-lebih lagi di zaman ayahnya, Pak Cik Hassan yang mengusahakan kedai makan ni. Sebabnya, ayah Abang Malik masak kari kepala ikan ini dengan menggunakan dapur kayu. Itu yang membuatkan aroma kari kepala ikan Pak Cik Hassan lebih menyengat.
Tapi kini Abang Malik yang mengusahakan kedai makan, beliau menggunakan teknik moden iaitu menggunakan dapur biasa sebab asap daripada dapur kayu takut mengganggu penduduk sekitar. Walaupun tidak lagi menggunakan dapur kayu, keenakkan dan keaslian resipi kari kepala ikan merah Abang Malik ini masih lagi asli daripada warisan bapanya.
Sesiapa yang nak singgah ke kedai Abang Malik ni Waze sahaja Kampung Baru Mambang Di Awam. Kedai makan beliau betul-betul terletak berhadapan jalan besar.
Warung Pak Tam Kuew Teow Goreng
Warung yang kedua Libur dan rakan-rakan singgah adalah Warung Pak Tam. Juga terletak di mukim Kampung Mambang Di Awan. Nama kampung mambang, tapi banyak kedai makan sedap dekat sini rupanya, hahaha.
Di warung Pak Tam ni, menu special yang selalu orang lokal pesan adalah kuew teow goreng chinese style, nasi goreng sotong, char kuew teow (kuew teow basah la kalau orang Melayu faham sebab ‘char’ tu dalam bahasa mandarin, goreng), sup fishball dan mee kari. Air minuman specialnya pula adalah teh ais buih.
Daripada tukang kebun ke tukang masak
Pak Tam atau nama sebenarnya Abdul Latiff Iskandar, ni memang dikenali oleh masyarakat lokal di sekitar Kampung Mambang Di Awan dan beliau dah berniaga lebih 8 tahun di sini selepas bersara daripada menjadi tukang kebun di sebuah sekolah.
Menurut orang kampung, warung Pak Tam ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat tapi juga orang luar, cuma tidak la terkenal seperti kedai-kedai makan yang lain. Rata-rata yang singgah ke sini nak makan mee kari dan kuew teow goreng chinese style air tangan Pak Tam sendiri.
Kuew toew goreng chinese style terbaik
Secara peribadinya, Libur suka dengan kuew teow goreng chinese style Pak Tam. Libur bertanyakan kepada Pak Tam, apa ramuan yang beliau letak dalam masakannya. Jawab Pak Tam, sos kicap yang digunakan untuk menggoreng kuew teow itu tadi mempunyai ramuannya yang tersendiri berupa sos tiram, kicap dan dua lagi bahan yang beliau rahsiakan sebab bahan rahsia itulah yang menjadikan kuew teow goreng chinese style beliau cukup terkenal dikalangan orang kampung.
Tapi Pak Tam tak kedekut ilmu. Beliau kata kepada Libur, sekiranya ada sesiapa yang nak belajar resipi rahsia tersebut, datang sahaja ke kedai beliau. Insha’Allah beliau akan turunkan semuanya kepada yang sudi belajar, dengan syarat, “jangan buka kedai sebelah kedai beliau sahaja,” ujar Pak Tam berseloroh.
Usaha tangga kejayaan pesan Pak Tam
Berborak pasal resipi rahsia itu tadi, Pak Tam bagitahu beliau sendiri menuntut daripada kawan beliau sejak tahun 1990. Pernah dalam pengalaman Pak Tam, masakan yang beliau masak tu dibuang keluar tingkap sebab tak sedap. Macam itu lah asam garam Pak Tam dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan resipi masakan.
Selepas beberapa tahun baru beliau dapat resipi tersebut berserta teknik menggoreng kuew teow yang terbaik untuk menjadikan kuew toew goreng itu tadi lebih sedap berbanding biasa.
Pesan Pak Tam, selain daripada resipi, teknik memasak itu juga kena betul, barulah masakan kita itu tadi menjadi
Kepada sesiapa yang terasa nak singgah ke kedai Pak Tam, boleh sahaja Waze Kedai Koperasi Haji Dahlan, Mambang Di Awan, Perak dan waktu operasinya adalah dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Hari Selasa sahaja kedai Pak Tam tutup.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Solo Trip Ke Lanzhou, China: Sesuai Untuk Korang Yang Nak Habiskan Cuti Hujung Tahun Ni!
Hujung tahun ni dah makin dekat. Korang semua dah ada tempat nak pergi habiskan saki-baki cuti yang ada tu tak? Nak main dalam negara atau luar negara? Kalau nak ke luar negara, jom kita ke China!
Dekat sini ada itinerari & tips untuk korang ke sana, jom check it out!
Route : Lanzhou – Zhongwei – Zhangye – Lanzhou
Total Kos Keseluruhan Trip : RM1295
Lanzhou is the capital city of Northwest China’s Gansu province where there is a large population of Muslims. Historically, Lanzhou has been one of the most important cities on the Silk Road and Muslims have been inhabited in Lanzhou since ancient times. Thank you AirAsia sebab memperkenalkan route baru terus dari KL ke Lanzhou. Apabila beli tiket promosi ke Lanzhou terus saya berfikir apa nak buat sepanjang trip 4-9 Sept. Jadi setelah berfikir panjang lebar saya memilih route Lanzhou – Zhongwei – Zhangye.
Last minute decide ke Zhongwei walau pada asalnya hendak ke Xining. Nak masuk Xining tak muat pulak schedule.
So ini dia full itinerary untuk enam hari!
✔Day 1
▪ KLIA2-Lanzhou. (5.20pm – 10.20pm)
Sampai di airport lebih sejam nak clear dari imigresen disebabkan sistem finger print. Machine hanya satu tetapi penumpang gila ramai.Dugaan.
▪ Keluar dari imigresen terus ambil airport bus transfer ke Lanzhou Railway Station. Tiket bus berharga 30yuan. Sampai di Railway Station pun dah 1-2 pagi, maka saya overnight sahaja disini memandangkan train saya pagi.
✔Day 2
▪ Tiket dah beli siap-siap online maka apabila sampai di kaunter tiket saya hanya tunjuk segala transaksi pembelian dan terus redeem tiket-tiket sepanjang perjalanan saya di China.
▪ Lanzhou – Zhongwei
Train (9.03am – 14.27pm)
Hard Seat X 1
▪ Sampai sahaja di Zhongwei Railway Station, saya terus menaiki taxi ke Sunshine Hotel, Zhongwei. Di bandar Zhongwei ini minimum fare untuk taxi adalah 6Yuan. Memandangkan masalah komunikasi dengan driver taxi untuk mencari lokasi hotel maka saya hanya menyuruh pemandu tersebut mengikut apps google maps melalui hp saya sahaja.
▪ Check in Sushine Hotel, Zhongwei. Booking melalui trip.com memandangkan sukar cari hotel di bandar Zhongwei melalui apps booking atau agoda. Sekali lagi untuk memudahkan proses check in gunalah google translate untuk berinteraksi. Memandangkan dah petang full aktiviti pun tak dapat buat lagi so hari ini just santai..jalan2 area town tengok Drum Tower, garden area, mao statue area dan dinner di satu street food area ada je halal food senang cari..siap pelayan tu guna google translate tanya aku dari mana. Di Zhongwei ini agak susah nak jumpa tourist dari luar, kebanyakannya local tourist itu sendiri. Tujuan aku ke Zhongwei ini tidak lain tidak bukan hanya untuk ke Shapotou Desert Area.
✔Day 3
▪ Pagi-pagi lagi dah keluar hotel untuk ke Shapotou Tourism Area. Terus ambil taxi ke Shaptou Tourism Area dengan caj 16yuan. Sampai ke Shapotou Tourism Area saya terus enquiry tentang pakej di sini. So saya decide ambil pakej entrance + shuttle bus dengan harga 110yuan (80+30).
▪ Staff disini friendly siap bawa saya sampai ke tempat tunggu bas yang bawa dari Shapotou Tourism Area ke entrance Shapotou Scenic Area.( dah termasuk dalam tiket). Dalam Shapotou Scenic Area banyak aktiviti2 yang boleh anda terokai. Ada shuttle bus yang bawa anda dari satu point ke satu point sebab tempat ni luas. Yang paling atas sekali tu Desert area. Antara aktiviti disini macam Yellow River 3D Glass Bridge, Sand Skating, Bungee Jumping, Cable Car, The Desert by Camel dan macam2 lagi. Setiap aktiviti berbeza harga masing-masing. Saya cuba cable car dengan harga 25 yuan one way.
Selepas selesai semua point, saya terus ambil shuttle bus di entrance Shapotou Scenic Area ke Shapotou Tourism Area. Sampai di Shapotou Tourism Area baru ambil taxi pulang ke hotel dan siap2 untuk check out.
▪ Check out hotel. Terus ambik taxi ke Zhongwei Railway Station.
Train Zhongwei – Zhangye
(6.24pm – 0056am) Hard Seat X 1.
✔Day 4
▪ Sampai Zhangye Railway Station dalam 1pagi. Terus ambil taxi ke The Silk Road Travelers Hostel (booking.com).
▪ Salah satu sebab ambil hostel ni sebab tiap2 hari ade trip ke Zhangye Danxia Rainbow Mountain. Dalam Al-Quran pun ada menceritakan tentang kisah gunung berwarna warni ini.Share cost van trip pergi dan balik 50yuan sahaja.
▪ Trip ke Zhangye Danxia Rainbow Mountain ni start petang so pagi tu jalan2 area city tengok attraction lain macam MutaTemple dan lain2 lagi.
▪ Antara sebab ke Zhangye sudah tentulah Zhangye Danxia Rainbow Mountain/Zhangye National Geopark (danxia landform). Dekat sini entrance fees adalah 75yuan.Ada 4 platform yang dihubungkan dengan shuttle bus. Tiap2 platform ada keunikan tersendiri. Secara peribadi aku suka platform yg terakhir iaitu yang ke-4. Cantik sungguh pemandangan ❤
▪ Habis trip balik ke hostel terus bersiap ke railway station. Saya ambil midnight train.
Train Zhangye -Lanzhou
(11.59pm – 6.40am). Hard Sleeper X 1
Dapat katil atas atas skali..sebab tiga tingkat. 😢
✔Day 5
▪ Sampai di Lanzhou dalam 6.40pagi. Nama je trip Lanzhou tapi tak check in pun hotel kat Lanzhou. Haha. Ok sebab flight ke KL pun 11.50 malam memang full day aktiviti ni mana nak letak bag ni? So jangan risau dekat Lanzhou Railway Station ada luggage storage. Caj hanya 10 yuan.
▪ Antara tempat yang saya kunjungi di Lanzhou City adalah
– Zhongsan Bridge (dekat sini wajib foto atas jambatan)/Yellow River
– Gansu Museum (masuk free je)
– Xiguan Mosque
– Lanzhou Water Mosque
– Baitashan Park/White Pagoda Hill Park (hiking sampai atas dapat tengok view city)
▪ Mee Tarik. Lanzhou terkenal dengan Mee Tarik. Saya dah try memang sedap.
Ini lokasinya. Mazilu Restaurant, No.86 Da Zhong Xiang, Lanzhou. Harga cuma 8Yuan.
▪ Qing Zhen Xie He Jing Dian Niu Rou Mian
Beef Noodle
No.273 Zhong Shan Lu
(short walk from the Zhongshan Bridge).
Yang ni lebih sikit 18Yuan sebab saya order beef.
Habis ronda-ronda satu Lanzhou terus ambil bag di luggage storage dan ambil bus ke airport.
▪ Lanzhou – KLIA2
(11.50pm – 4.55am)
✔Day 6
▪ Arrived KLIA2
(Total Kos Keseluruhan Trip : RM1295 )
▪ Total Makan/Minum = 172Yuan/RM100
▪ Total Kos Taxi = 136Yuan/RM80
▪ Total Kos Bus = 60Yuan/RM35
▪ Total Kos Aktiviti = 260Yuan/RM152
▪ Total Tiket Train = RM236 (travelchinaguide.com)
▪ Total Penginapan = RM125
▪ Tiket Flight Pergi Balik = RM407 (AirAsia)
▪ Visa China = RM160 (The Passport Project)
Pasal visa ke China memang saya tak sempat nak ke ofis nak submit dan collect so guna servis FB:The Passport Project. Kos semua dah termasuk dengan servis caj runner datang collect passport dan return balik passport dengan visa yang sudah lulus. Semua diuruskan oleh mereka.
Diharap perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua yang ada perancangan hendak ke Lanzhou.
Moga jumpa lagi..
#SoloTraveller #Lanzhou #Gansu
Artikel ini adalah perkongsian oleh Romi Zunaidi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Taiwan hanya sebuah negara pulau yang kecil, tetapi pembangunannya cukup pesat membangun, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kepakaran hebat dalam bidang teknologi.Taiwan turut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Taiwan juga seperti negara-negara Asia yang lain turut mempromosikan makanan halal, sekali gus mengejar pengiktirafan sebagai negara pelancongan yang mesra Muslim. Hal tersebut terbukti melalui penyediaan makanan halal dan tempat-tempat solat yang banyak terdapat di negara tersebut.
Mendapatkan makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang sukar dan perlu dikhuatirkan. Terdapat banyak restoran yang diiktiraf halal di sana. Majoritinya menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang sinonim dengan adat dan budaya orang Taiwan itu sendiri.
Disebabkan itu Taiwan menjadi pilihan lelaki ini untuk travel secara solo selama 8 hari baru-baru ini. Ini perkongsiaan daripada saudara Indra Sadewa di sebuah laman sosial.
Malaysia – Taiwan
(30 November 2019 – 7 December 2019).
Day 1
- Sabtu KUL – TPE (MH066) ETA 1410. Beratur panjang di Immigration. Amik luggage terus gerak ke hotel.
- Check in, rest and early dinner kat Khana Khazana.
- Selesai dinner, jalan kaki ke Sun Yat-Sen Memorial Hall. Dekat je tak sampai 7 minit. Dari situ, patah balik ke Taipei City Hall building. Browsing Eslite (kedai buku) dan window shopping kat Breeze. Dari situ, jalan kaki ke 101 dan balik hotel. Rest.
Day 2
- Ahad. Lepas sarapan, sy jalan kaki ke Sun Yat-Sen untuk tengok Change of Guard pukul 9.
- Udah siap round round kat dalam tu, sy gerak naik MRT Sun Yat-Sen (line biru), sy turun kat Longshan Temple. Kat situ, ronda dalam temple kejap, singgah herbal dan historical lane kat situ, kendian patah balik ke Ximen Station (line biru).
- Sampai di Ximen Station pukul 1130 untuk daytrip je Yehliu Geopark, Shifen dan Jiufen (book kat Klook). Package ni kita kena gather pukul 1150.
- Sementara menunggu bas, sy call Starbucks 101 @ 35 F dan dapat slot hari Selasa pukul 11 pagi. For info, Starbucks 101 @ 35F ni kena call untuk naik ke atas. Tak boleh walk in ya.
- Additional payment adalah tiket masuk ke Yehliu (NT80) dan tiket shuttle bas Jiufen (NT15 pergi balik). Kalau amik package ni, kena tunggu bas kat Ximen station (exit 6) Line Hijau boleh, Line Biru pun boleh. Group saya hari tu ramai Filipino. Malaysian saya dan ada sorg akak dari Kuala Terengganu. Journey from one point to another lebih kurang 1 jam.
- Kat Yehliu Geopark, kami dapat 1 jam untuk ronda, kat Shifen dengan Jiufen dipendekkan jadi 45 minit je. Akhir tour, semua orang diturunkan kat Taipei 101. Dari situ, sy jalan kaki ke Khana Khazana untuk dinner dan balik hotel terus.
Day 3
- Monday. Dari hotel, sy naik MRT ke CKS Memorial Hall (line merah). Sy sampai sana pukul 8.45, terus beratur untuk tengok Change of Guard pukul 9.
- Dah puas amik gambar kat area ni, sy jalan kaki ke East Gate. Cuma boleh amik gambar dari jauh je.
- Lalu NTU Hospital. Lepas tu, ke 228 Peace Park. Muzium tutup pulak hari Isnin. Xpa.. xda rezeki. Sy jalan kaki ke Presidential Hall pulak. Polis cakap boleh amik gambar dari seberang jalan je. Lepas tu, sy ke Court pulak amik gambar.
- Patah balik ke Presidential Hall dan beratur untuk free tour. Rezeki di pagi hari, tak beratur panjang dan terus masuk. Dah tu, sy jalan kaki lagi ke Red House, Bell Tower and ke Ximending area.
- Dari situ, sy naik MRT ke Daan Park (line merah) untuk ke Taipei Grand Mosque.
- Selesai urusan, sy naik MRT turun di Taipei 101 (line merah). Sy ke Shin Kong Mitsukoshi A9 untuk makan Chang Beef Noodles. Lepas tu, jalan kaki balik hotel dan rest.
Day 4
- Selasa. Dari hotel, sy jalan kaki ke MRT Taipei 101 (line merah) ke Xianghsan (last stop. Jalan kaki pelan pelan ke Elephant Mountain. Sy pergi awal pagi sebab tak ramai pelancong melainkan locals yang naik trails jugak. Best sebab ramai greet good morning in Mandarin. Sy singgah ke pointview 1 (yang ada platform), pointview 2 (yang ada batu), dan pointview 3 (ni pointview terakhir sebelum lajak ke puncak sebelah bukit ni (sy tak pergi).
- The whole journey turun naik took me about 2.5 jam sbb sy banyak rehat in between. Dah sampai kat MRT station, sy jalan kaki balik hotel. Rest kejap dan gerak ke Starbucks 101 @35F. Staff Starbucks akan turun 5 minit sebelum assigned time. Dia akan confirmkan no booking dan akan bagi nombor giliran. Sampai je kat atas, masuk dalam cafe ikut no giliran. Sy nombor 8 dari 10. Tp rezeki sebab sy solo, jadi dpt duduk kat bench dan view cantik. Dah order food dan settle semua, sy balik hotel rest.
- Petangnya, sy naik MRT ke Taipei Nangang Exhibition Centre (warna biru last stop). Sy turun kat sini sebab nak makan Fried Chicken Master.
- Dah siap makan, sy naik MRT dari situ ke Jianan Road (Brown line). Sy ke Miramar Entertainment Park. Naik ferris wheel dan ingat nak tengok wayang tp sold out. Kalau anda gayat macam sy, skip jelah Miramar ni. Habis segala surah zikir sy baca. Gayat sbb dah lah atas bumbung, angin kuat, cabin goyang goyang pulak. Tp xpa.. yg penting dah experience. Dari sini, sy sambung turun naik MRT ke Zhongxiao Fuxing. Sy dinner kat Taj. Pastu, naik MRT balik hotel dan rest.
Day 5
- Rabu. Sy gerak naik MRT ke Taipei Zoo (brown line last stop) dan kendian, naik Maokong gondola. Petang, sy naik MRT ke Tamsui (line merah paling hujung). Konon nak ke Fisherman’s Wharf / Lovers Bridge tp feri dah habis. Sy terlupa nak tengok jadual feri. Jadi, jalan jalan je area town dan balik terus ke hotel naik MRT. Malam, sy dinner di Khana Khazana je lagi sebab tak larat.
Day 6
- Khamis. Hujan dari malamnya. Sy tak keluar pun cuma ke Taipei 101 dan window shopping kat Breeze dan Bellavita je. Malam, sy ke Ximending beratur beli boba milk tea dalam hujan lesak.
Day 7
- Jumaat. Masih hujan. Tak keluar lagi sebab malas hujan. Lepak hotel dan window shopping kat Taipei 101. Beli pineapple tart kat Sunny Hills To Go (B1) dan makan snowice mango.
Day 8
- Balik KL MH 367. Plan nak datang lagi untuk cover Taroko, Beitou, Yamingshan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI