Bercuti sendirian atau mengembara secara solo cukup mengujakan kerana pengalaman yang diperoleh pastinya cukup bermakna. Paling kurang sekali dalam hidup cuba pilih melancong ke destinasi pilihan secara berseorangan. Banyak manfaat dan pengalaman menanti anda ketika melancong.
Antara destinasi yang boleh anda pilih jika baru berjinak-jinak untuk melancong seorang diri adalah ke negeri Sarawak.
‘More to Discover’ boleh dikatakan negeri Sarawak ada segala-galanyanya untuk diterokai. Ibu negeri Bumi Kenyalang ini sering menjadi destinasi pilihan pengunjung dalam negara dan juga pelancong luar kerana mempunyai keunikan tersendiri, merangkumi kebudayaan, alam semula jadi, sajian dan kesenian.
Apa yang anda boleh lakukan jika bercuti secara solo ke Terengganu? Ini aktiviti ringkas yang dikongsi oleh saudara Romi Zunaidi
Salam, untuk Hari Malaysia yang lalu aku nak share backpack trip aku ke Kuching, Sarawak pada 16-18 September 2020. Semuanya last minute plan dan flight ticket & penginapan dibuat dua hari sebelum travel date. Tiada plan khusus dan semua aktiviti dirancang sebaik tiba di Kuching.
– Naik bas ke jeti bako dari Kuching. Tunggu bas depan electra house. Aku naik first bas pada pukul 7am dan ada offer RM1 one way sahaja.
– Taman Negara Bako atau Bako National Park terletak 40km dari bandar Kuching. Ianya antara taman negara yang terkecil di Sarawak. Apa yang menarik tentang Bako adalah pelbagai hutan hujan, flora dan fauna, pelbagai hidupan liar termasuk monyet Proboscis yang hanya terdapat di Borneo, 150 spesis burung, air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan dan pantai terpencil. Apabila sampai ke jeti Bako aku kena bayar entrance ke Bako National Park sebanyak RM10 dan bot return RM40.
– Bot akan jalan kalau minimum ada 6orang katanya. Perjalanan dari jeti Bako ke Bako National Park mengambil masa dalam lebih kurang 10-15minit. Apabila sampai Bako National Park,kita kena turun redah air sebab tiada jeti so standby siap-siap pakai selipar dulu dan simpan kasut. Aktiviti yang aku buat disini adalah hiking.
– Kena daftar dulu di office yang terletak di Bako National Park. Aku pergi waktu weekday, pagi tu aku seorang sahaja yang register. Dalam 9.30 aku start hiking secara solo. Banyak trail kat sini. Setiap trail ada view tersendiri. Ada yang trail ambil masa 8jam, ada yang tak sampai sejam.
– Tapi semasa PKPP ini hanya dua trail sahaja open to public iaitu Telok Paku dan Telok Pandan Kecil. Untuk trail Pandan Kecil aku habiskan hiking dalam masa satu jam setengah tanpa stop dan just santai tak rushing. Habis hiking kene ikut laluan lain untuk turun di Telok Pandan Kecil dan botman dah siap tunggu.
– Sebelum balik ke Jeti Bako kena pergi dulu ke office Bako National Park untuk check out hiking dan sign dekat registration book. Ini just pengesahan yang kita dah selesai hiking bagi tujuan keselamatan. Hari tu memang takde orang. Masa aku register dan sign out pun aku seorang masa tu. Pengalaman baru juga seorang-seorang dalam hutan masa tu. Nasib tak jumpa babi hutan sebab kat sini memang ada babi hutan kata staff dekat situ.
– Bila sampai Jeti Bako macam biasa aku tunggu bas balik ke Kuching tapi untuk tunggu bas kena berjalan kaki ke depan sikit sebab bas tak berhenti betul-betul depan jeti. Kalau ada benda yang aku tak sure aku terus tanya orang dekat sana.
Alhamdulillah so far semua orang tempatan banyak membantu aku.
MAKAN-MAKAN
Tak sah kalau tak cuba makanan kat sini. Antara tempat aku yang sempat terjah (actually banyak nak pergi tapi tak sempat):
-De’Zafron Kopitiam (Mee Kolok)
-Swee Kang Ais Kacang (ABC)
(fuh kat Swee Kang ni beratur tunggu table kosong. ramai guys)
-Rumah Makan Hanis (Laksa Sarawak, Mee Kolok)
-Warung Nusantara (Roti Canai)
-Mira Cake House (Kek Lapis)
Ini semua kat sana aku google mana yang best tapi kalau korang ade suggestion tempat lain boleh comment kat bawah mana tahu kalau aku pergi lagi boleh singgah. Overall semua budget kali ini tak sampai RM500. Tapi terpulang pada style masing-masing yang penting enjoy your trip ok.
Jom cuti-cuti Malaysia