Korea Selatan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Ingin melihat sendiri keindahan negara yang terkenal dengan drama Korea dan juga penyanyi K-pop ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri untuk diterokai.
Selain Seoul, Busan juga antara destinasi menarik untuk dikunjungi. Rohaiju Baharuddin dan juga travel buddy yang dikenali sebagai Amni Salma berkesempatan berkunjung ke Korea Selatan selama 10 hari.
Melawat ke Seoul dan juga Busan, trip DIY kedua gadis ini memang menyeronokkan. Bercuti ketika musim sejuk, memberi peluang kedua gadis ini merasai sendiri pengalaman bermain salji dan bercuti ketika musim sejuk.
Berkongsi itinerari percutian mereka, gambar yang dirakamkan juga cukup menarik untuk tatapan kenalan dan juga bagi mereka yang merancang untuk bercuti seperti mereka.
Jom tengok apa yang menarik di Seoul dan Busan yang sempat Rohaiju dan Amni explore!
Trip Annyeonghaseyo Ke Seoul & Busan
Post ini panjang ye. Alhamdulillah diberi rezeki dan kesempatan melawat ke Seoul dan Busan selama 10 hari. Saya pergi berdua sahaja dan secara DIY. Kami duduk di 3 hotel berbeza dan selama di sana dan bergerak menaiki subway dan bas. Kaki dan lutut kena kuat sebab banyak sangat naik turun tangga kalau naik subway dan pergerakan warga korea ni sangat laju terutamanya di Seoul. Boleh kurus dibuatnya..Hahahaha..
Subway mereka sangat efficient. Ada sekali saya tertinggal terus sebab pintu dah tertutup dan kawan dah masuk. Tapi jangan panik, boleh jumpa di stesen berikutnya atau destinasi yang dituju. Tips kalau terpisah, minta kawan tunggu di pintu yang sama masa masuk. Nanti kita akan jumpa dia di stesen yang dituju di pintu keluar yang sama. Kalau naik bas pula, kena alert stesen mana nak turun sebab pemanduan mereka ala-ala formula 1. Tak ada penumpang di stesen tu, dia tak akan berhenti. Kami siap terlepas 3 stesen juga sekali tu. Tindakan kena tangkas, terus turun next stesen dan pergi ke seberang naik bas untuk patah balik.
Orang sana tak friendly. Saya rasa sebab mereka tak boleh cakap English ( maaf jika saya salah tafsir). Tapi ada yang faham dan boleh bercakap melayu. Masa membeli belah tawar menawar macam ayam dengan itik juga tapi berjaya juga membeli.
Berikut adalah itinerary saya :
Day 1 (Seoul)
Gyeongbokgong Palace ( Hanbok rental beli di Klook)
Namsangol Hanok Village
Staz Hotel Myeondong II
Day 2 (Seoul)
Elysian Ski Park
Nami Island
Garden of Morning Calm
(Pakej 3 in 1 di Klook)
Nami Island
Ads
Day 3 (Seoul)
Starfield Library (Gangnam)
Itaewon
Namsan Tower, observatory (Klook)
Day 4 ( Seoul – Busan)
Left luggage di Seoul Station
Train to Busan tanpa zombie ( beli tiket KTX di Klook) – 2 jam 40 minit
Check in The Port Hotel
BIFF Square
Garden Of Morning Calm
Starfield Library, GangnamNamsan Tower
Day 5 (Busan)
Haeundae Beach
Sky Capsule (pergi) – best gila
Beach Train ( balik) – ok je
Ads
Lotte Department Store – naik tingkat 13 ada park cantik
Pulau cantik menjadi pilihan pelancong domestik kita kalau ke Sabah pastinya di sekitar Semporna, Sabah. Jangan tidak tahu, banyak promoter dan agensi pelancong di Semporna ketika ini berlumba-lumba menawarkan pakej percutian berbaloi dan terbaik khas untuk orang kita.
Dapat bercuti ke Semporna sekali seumur hidup pun sudah rasa sangat berbaloi. Tidak perlu risau dengan panorama sekitar atau aktiviti yang ada di sini. Semuanya ada dan pulau-pulau di Semporna adalah bertaraf antarabangsa. Nak tahu cara ke Semporna dengan pakej percutian menarik? Anda boleh baca perkongsian trip daripada sumber FB Alif Ba Ta ini
Trip TawauXSemporna ft Nusukuya Resort
Untuk Day 1, kami stay di Grace Hotel sebab sangat dekat dengan jetty. Breakfast included. Day 2&3 kami ambil pakej dari PAKEJ TERBAIK DI SEMPORNA iaitu Pakej Termurah Sempornaisland (Windia SCUBA Holiday SABAH), sekali penginapan di Nusakuya Resorts. Nusakuya memang cepat fully booked! Kalau ambil under Windia SCUBA Holiday SABAH dapat price RM550 untuk bilik berdua, RM700 untuk bilik bertiga – PALING MURAH serious!Video Nusakuya kita tapau kat bawah. Day 4&5 kami di Tawau, bermalam semuanya di rumah Junaida Manta.
Itinerari, Tips, Kos
Kos Penginapan & Tiket :
Grace Hotel RM85/malam
Pakej Nusakuya RM700/malam
Island Hopping RM80/day × 2
Pakalangan Bay RM2/pax
Taman Bukit Mariatah RM3/pax
Water Bungalow Mabul Resort RM30/pax
Kayak Nusakuya RM30/40minit.
Total Kasar : RM420
Kalau nak turunkan budget, boleh stay dekat area jetty. Then ambil package day trip dari Windia, RM80/day. Pilihan pakej island hopping:
(a) Bohey Dulang-Sibuan-Mantabuan
(b) Mabul-Kapalai-Gusungan
(c) Mataking-Timba Timba-Pom Pom
Masa kami datang Pulau Bohey Dulang trail ditutup, tak dapat hiking tak ada rezeki. Musim PKPP ni SOP dia diperketatkan, jumlah pengunjung yang boleh hiking Bohey Dulang dihadkan. Kemasukan ke Sabah alhamdulillah sangat mudah. Tak perlu risau kena kuarantin. Cuma kena isi Borang Pengisytiharan Kesihatan. Boleh isi online di sm.jknsabah.gov.my atau isi dalam flight, stewardess akan edar borang.
Day 1
AK5746 KUL-TWU
Lunch di Restoran Warisan
Pakalangan Bay
Tanjung Parapat (Jambatan terpanjang di Semporna)
Taman Bukit Mariatah (Bukit Parapat-hiking)
Check-In Grace Hotel
Dinner di Anjung Samudera
Pasar Malam Semporna
Day 2
Breakfast di Anjung Samudera
Check-Out Grace Hotel
Island Hopping (1.0)
Pulau Sibuan
Pulau Mantabuan
Pulau Bohey Dulang
Check-In Nusakuya
Dinner
Day 3
Breakfast
Check-Out Nusakuya
Island Hopping (2.0)
Kapalai Resort
Pulau Mabul
Pulau Gusungan*
Semporna ke Tawau
Dinner di Highway
Day 4
Batu Bersusun, Balung
Pantai Batu Payung
Lunch di Sri Titingan Seafood Restaurant
Pemborong Mutiara (Souvenir)
Pasar Tanjung (Souvenir-makanan)
Tawau Hills Park
Day 5
Lunch di Bibiq Corner – Daging Payau wajib try!!
AK5749 TWU-KUL
1. Kalau stay Nusakuya, tak ambil pakej island hopping pun tak apa. Boleh snorkeling area depan bilik, atau berkayak. Ikan banyak gila kat sini cuma coral tu tak adalah hehe.Kayak di Lautan Celebes.
2. First island kami; Pulau Sibuan.Kalau nak low budget, boleh stay dekat area jetty, masuk island hopping RM70 sahaja under Pakej Termurah Sempornaisland. Serious nama facebook dia tepat sangat sebab memang dia TERMURAH sekali dekat Semporna ni.
3.Sangat ramai adik-adik Bajau Laut dekat sini jual air kelapa dengan seafood (lobster, ketam etc), menaikkan lagi serinya Mabul.
4. Sehari sebelum flight aku singgah ECO Shop tapau jajan enam peket sebab aim singgah Kg. Tatagan boleh bagi gula-gula dekat Adik Bajau Laut. Tapi tak masuk kawasan tu. Rezeki, jumpa mereka dekat Mabul Water Bungalows, Mabul Island, Sabah, Malaysia tengah jual air kelapa.
5. Pakej Nusakuya under Pakej Termurah Sempornaisland;
RM550/2 pax
RM700/3 pax
Bilik berdua ada 10 bilik.
Bilik bertiga ada 5 bilik.
Total 15.
Sebab tu susah sangat nak dapat kekosongan dekat Nusakuya. Semalam whatsapp Ciciek plan nak repeat Oktober pun dia kata dah full hahahaha kbye
6. View dari peak Bukit Parapat. Untuk naik RM2/pax. Dekat atas ada orang jaga sebab untuk turun agak curam.
TawauSemporna, akhirnya sempurna!
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tumpang gembira dengan pencapaian pelakon wanita, Sherry Ibrahim berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu, semalam. Tahniah!
Berjaya sampai ke puncak
Menerusi sebuah posting di Instagram, Sherry berkata, dia tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah.
Tambah Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang cara pendakian sahaja tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental.
7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.
Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental.
Bercerita lebih lanjut, pelakon ‘Dunia Baru’ ini memberitahu pendakian tersebut merupakan pengalaman pertama dan terakhirnya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
Ujar Sherry lagi, kakinya tidak lagi merasa dapat menjejak tanah ketika turun ke kaki gunung tersebut.
Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung.
Terdahulu, Sherry memohon doa daripada pengikutnya di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar.
Hujung tahun ni dah makin dekat. Korang semua dah ada tempat nak pergi habiskan saki-baki cuti yang ada tu tak? Nak main dalam negara atau luar negara? Kalau nak ke luar negara, jom kita ke China!
Dekat sini ada itinerari & tips untuk korang ke sana, jom check it out!
Route : Lanzhou – Zhongwei – Zhangye – Lanzhou
Total Kos Keseluruhan Trip : RM1295
Lanzhou is the capital city of Northwest China’s Gansu province where there is a large population of Muslims. Historically, Lanzhou has been one of the most important cities on the Silk Road and Muslims have been inhabited in Lanzhou since ancient times. Thank you AirAsia sebab memperkenalkan route baru terus dari KL ke Lanzhou. Apabila beli tiket promosi ke Lanzhou terus saya berfikir apa nak buat sepanjang trip 4-9 Sept. Jadi setelah berfikir panjang lebar saya memilih route Lanzhou – Zhongwei – Zhangye.
Last minute decide ke Zhongwei walau pada asalnya hendak ke Xining. Nak masuk Xining tak muat pulak schedule.
So ini dia full itinerary untuk enam hari!
✔Day 1
▪ KLIA2-Lanzhou. (5.20pm – 10.20pm)
Sampai di airport lebih sejam nak clear dari imigresen disebabkan sistem finger print. Machine hanya satu tetapi penumpang gila ramai.Dugaan. ▪ Keluar dari imigresen terus ambil airport bus transfer ke Lanzhou Railway Station. Tiket bus berharga 30yuan. Sampai di Railway Station pun dah 1-2 pagi, maka saya overnight sahaja disini memandangkan train saya pagi.
Zhangye Rainbow Mountain/Zhangye Danxia Landform Geological Park
Jalan jalan solo di Zhangye City
✔Day 2
▪ Tiket dah beli siap-siap online maka apabila sampai di kaunter tiket saya hanya tunjuk segala transaksi pembelian dan terus redeem tiket-tiket sepanjang perjalanan saya di China. ▪ Lanzhou – Zhongwei
Train (9.03am – 14.27pm)
Hard Seat X 1 ▪ Sampai sahaja di Zhongwei Railway Station, saya terus menaiki taxi ke Sunshine Hotel, Zhongwei. Di bandar Zhongwei ini minimum fare untuk taxi adalah 6Yuan. Memandangkan masalah komunikasi dengan driver taxi untuk mencari lokasi hotel maka saya hanya menyuruh pemandu tersebut mengikut apps google maps melalui hp saya sahaja. ▪ Check in Sushine Hotel, Zhongwei. Booking melalui trip.com memandangkan sukar cari hotel di bandar Zhongwei melalui apps booking atau agoda. Sekali lagi untuk memudahkan proses check in gunalah google translate untuk berinteraksi. Memandangkan dah petang full aktiviti pun tak dapat buat lagi so hari ini just santai..jalan2 area town tengok Drum Tower, garden area, mao statue area dan dinner di satu street food area ada je halal food senang cari..siap pelayan tu guna google translate tanya aku dari mana. Di Zhongwei ini agak susah nak jumpa tourist dari luar, kebanyakannya local tourist itu sendiri. Tujuan aku ke Zhongwei ini tidak lain tidak bukan hanya untuk ke Shapotou Desert Area.
Shapotou Desert AreaZhangye Rainbow Mountain/Zhangye Danxia Landform Geological ParkXiguan Mosque, LanzhouBeef Noodle Qing Zhen Xie He Jing Dian Niu Rou Mian No. 273 Zhong Shon Lu (short walk from Zhongshan Bridge) Harga : 18Yuan
✔Day 3
▪ Pagi-pagi lagi dah keluar hotel untuk ke Shapotou Tourism Area. Terus ambil taxi ke Shaptou Tourism Area dengan caj 16yuan. Sampai ke Shapotou Tourism Area saya terus enquiry tentang pakej di sini. So saya decide ambil pakej entrance + shuttle bus dengan harga 110yuan (80+30). ▪ Staff disini friendly siap bawa saya sampai ke tempat tunggu bas yang bawa dari Shapotou Tourism Area ke entrance Shapotou Scenic Area.( dah termasuk dalam tiket). Dalam Shapotou Scenic Area banyak aktiviti2 yang boleh anda terokai. Ada shuttle bus yang bawa anda dari satu point ke satu point sebab tempat ni luas. Yang paling atas sekali tu Desert area. Antara aktiviti disini macam Yellow River 3D Glass Bridge, Sand Skating, Bungee Jumping, Cable Car, The Desert by Camel dan macam2 lagi. Setiap aktiviti berbeza harga masing-masing. Saya cuba cable car dengan harga 25 yuan one way.
Selepas selesai semua point, saya terus ambil shuttle bus di entrance Shapotou Scenic Area ke Shapotou Tourism Area. Sampai di Shapotou Tourism Area baru ambil taxi pulang ke hotel dan siap2 untuk check out. ▪ Check out hotel. Terus ambik taxi ke Zhongwei Railway Station.
Train Zhongwei – Zhangye
(6.24pm – 0056am) Hard Seat X 1.
Shapotou Desert AreaAntara aktiviti di Shapotou Desert AreaBaitashan Park atau White Pagoda Hill Park. Hiking tak sampai 30minit relax relax dah sampai atas nampak view Lanzhou dan Zhongshan BridgeZhongshan Bridge
✔Day 4
▪ Sampai Zhangye Railway Station dalam 1pagi. Terus ambil taxi ke The Silk Road Travelers Hostel (booking.com). ▪ Salah satu sebab ambil hostel ni sebab tiap2 hari ade trip ke Zhangye Danxia Rainbow Mountain. Dalam Al-Quran pun ada menceritakan tentang kisah gunung berwarna warni ini.Share cost van trip pergi dan balik 50yuan sahaja. ▪ Trip ke Zhangye Danxia Rainbow Mountain ni start petang so pagi tu jalan2 area city tengok attraction lain macam MutaTemple dan lain2 lagi. ▪ Antara sebab ke Zhangye sudah tentulah Zhangye Danxia Rainbow Mountain/Zhangye National Geopark (danxia landform). Dekat sini entrance fees adalah 75yuan.Ada 4 platform yang dihubungkan dengan shuttle bus. Tiap2 platform ada keunikan tersendiri. Secara peribadi aku suka platform yg terakhir iaitu yang ke-4. Cantik sungguh pemandangan ❤ ▪ Habis trip balik ke hostel terus bersiap ke railway station. Saya ambil midnight train.
Train Zhangye -Lanzhou
(11.59pm – 6.40am). Hard Sleeper X 1
Dapat katil atas atas skali..sebab tiga tingkat. 😢
Camel @ Shapotou Desert AreaTrip dari The Silk Road Travelers Hostel. Saya ambil ke Zhangye Danxia Landform Geological Park (75 entrance + 50 kos van pergi balik)Baitashan Park atau White Pagoda Hill Park. Hiking tak sampai 30minit relax relax dah sampai atas nampak view Lanzhou dan Zhongshan BridgeMutaTemple, Zhangye
✔Day 5
▪ Sampai di Lanzhou dalam 6.40pagi. Nama je trip Lanzhou tapi tak check in pun hotel kat Lanzhou. Haha. Ok sebab flight ke KL pun 11.50 malam memang full day aktiviti ni mana nak letak bag ni? So jangan risau dekat Lanzhou Railway Station ada luggage storage. Caj hanya 10 yuan. ▪ Antara tempat yang saya kunjungi di Lanzhou City adalah
– Zhongsan Bridge (dekat sini wajib foto atas jambatan)/Yellow River
– Gansu Museum (masuk free je)
– Xiguan Mosque
– Lanzhou Water Mosque
– Baitashan Park/White Pagoda Hill Park (hiking sampai atas dapat tengok view city) ▪ Mee Tarik. Lanzhou terkenal dengan Mee Tarik. Saya dah try memang sedap.
Ini lokasinya. Mazilu Restaurant, No.86 Da Zhong Xiang, Lanzhou. Harga cuma 8Yuan. ▪ Qing Zhen Xie He Jing Dian Niu Rou Mian
Beef Noodle
No.273 Zhong Shan Lu
(short walk from the Zhongshan Bridge).
Yang ni lebih sikit 18Yuan sebab saya order beef.
Habis ronda-ronda satu Lanzhou terus ambil bag di luggage storage dan ambil bus ke airport. ▪ Lanzhou – KLIA2
(11.50pm – 4.55am)
Zhangye Rainbow Mountain/Zhangye Danxia Landform Geological ParkShapotou Scenic Area Map. Atas skali desert area. Ada shuttle bus ke ke desert area.Mee Tarik @ Mazilu Restaurant. No. 86 Da Zhong Xiang, Lanzhou Harga : 8 Yuan
✔Day 6
▪ Arrived KLIA2
(Total Kos Keseluruhan Trip : RM1295 ) ▪ Total Makan/Minum = 172Yuan/RM100 ▪ Total Kos Taxi = 136Yuan/RM80 ▪ Total Kos Bus = 60Yuan/RM35 ▪ Total Kos Aktiviti = 260Yuan/RM152 ▪ Total Tiket Train = RM236 (travelchinaguide.com) ▪ Total Penginapan = RM125 ▪ Tiket Flight Pergi Balik = RM407 (AirAsia) ▪ Visa China = RM160 (The Passport Project)
Pasal visa ke China memang saya tak sempat nak ke ofis nak submit dan collect so guna servis FB:The Passport Project. Kos semua dah termasuk dengan servis caj runner datang collect passport dan return balik passport dengan visa yang sudah lulus. Semua diuruskan oleh mereka.
Diharap perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua yang ada perancangan hendak ke Lanzhou.
Moga jumpa lagi.. #SoloTraveller#Lanzhou#Gansu
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...