Bagi yang ingin mencari kelainan dalam percutian, trip pelayaran kapal mewah ala filem Titanic tidak harus dipersia-siakan. Jika sebelum ini mungkin ramai yang beranggapan percutian dengan ‘cruise’ sangat mahal dan hanya orang yang berduit sahaja yang mampu alami percutian sebegini. Namun hari ini tidak lagi.
Sesiapa sahaja boleh memilih untuk percutian jenis ini dengan memilih pakej yang bersesuaian dalam harga yang rasional.
Ikuti pengalaman wanita ini yang memilih untuk bercuti menggunakan kapal Royal Caribbean selama 5 hari 4 malam untuk laluan Singapura, Port Klang, Phuket Thailand dan kembali ke Singapura.
Post ni guideline utk mereka yg plan bercuti atas kapal,sorylah baru ada masa nk share. Insha’Allah ada rezeki sis pun nk repeat lagi sekali,do everything dari A-Z, sbb masa sis pergi ni 1st time naik cruise,so tak tau sgt yg takut mabuk laut atau jd kes mcm titanic tu,xyh risau sbb bila dh naik nanti xde rasa apa pun,gayat pun tidak sbb mmg tak rasa kapal tu bergerak,mcm dalam istana adalah, kecuali kalau naik tingkat atas sekali pastu diri kt tepi,tgk air bergerak dgn angin tiup kuat sbb atas sekali takde bumbung, adalah sikit rasa takut tu,lagi kalau tak pandai berenang, hahaha.. tp atas ni boleh tgk sunset setiap hari,tgk bulan bintang kt tgh laut dan dlm kapal ni korang akan jumpa pelbagai jenis org dr setiap negara dlm dunia..kalau korang rasa sis tinggi,haa kt dlm kapal ni sis jd org kerdil.
.
.
.
Ads
Day1 : Departs (Singapore)
4:30pm kapal akan gerak dr singapore..tp tolong hadir awal,at least tak kelam kabut sbb sesi register nk masuk tu kena beratur,dia akan scan muka sorang2 dan setiap org akan dapat satu kad..kad ni lah kunci bilik korang,dan kad ni yg digunakan keluar masuk kapal..sepanjang percutian ni tulah id korang sbb dia pgg passport kita..masuk je kapal ni korang mesti rasa teruja sbb setiap sudut setiap ruang hiasan mcm dlm istana,so boleh lah acah2 ank raja dlm tu hari pertama adalah hr suai kenal dgn kapal korang..yg book bilik bhgian tepi sgt bertuah sbb korang ada beranda siap kerusi menghadap laut,boleh tgk view dr bilik je,xpyh keluar..kapal ni ada 15tingkat atau lebih,tak berapa igt,hahaha,dan dlm ni ada byk benda korang boleh buat..ada shopping mall,gym,spa,swimming pool,ice skating,cinema,studio game dewasa & kanak2,n utk non muslim ada casino & nightclub..ap2 je pun yg korang nk buat atas kapal ni termasuk nk makan & tgk show yg diadakan adalah free,kecuali kt shoping mall nk beli apa2,tu kenalah bayar..korang xkn lapar dlm kapal ni sbb terlalu mewah dgn makanan,pilih je nk makan apa,boleh obesiti 5hr dlm ni.
.
.
Day2 : Port Klang (KL)
7am-3pm Hari kedua jalan2 kl,mostly org luar negara yg turun,peluang ni diorang gunakan utk tgk klcc,jalan2 shopping mall kt negara kita & mkn makanan tempatan,tp sis turun juga smpai jeti,hirup udara luar pastu masuk balik kapal..korang takkan buntu fikir apa nk buat sbb setiap lif tepi dia ada skrin besar show setiap aktiviti yg sedang dijalankan,siap ada tulis tingkat berapa & nama aktiviti,so join jelah,kan free..actually jadual aktiviti setiap hari diorang ada bagi notis kt bilik,tv dlm bilik tu pun ada channel inform aktiviti2 atas kapal dan setiap malam akan ada show istimewa,cntoh malam ni Magic show,esoknya teater,esoknya pertunjukan ice skating,nyanyian dan lain2,so kena alert kalau xnk terlepas..in case korang tak minat show yg ada pd mlm tu,korang boleh je buat aktiviti lain,makan ke,nk berendam dlm swimming pool ke,atau tgk movie,xde org marah,suka hati..kalau bosan tgk wayang tertutup boleh pegi tingkat atas sekali yg takde bmbung tu,ada wayang skrin besar,best tau,seronok,smbil dgr bunyi air laut dan pemandangan langit biru gituu.
.
.
Ads
.
.
.
Ads
Day3 : Phuket (Thailand)
10am-10pm Ok,berhenti 12jam kt sini..utk turun ke thailand kena naik bot,nt turun tepi laut..tp xpyh takut sbb botnya cantik & safety siap ada bumbung & tingkap,xyh risau jatuh ke laut k kt sinilah tmpt paling sesuai utk cr souvenir,so dr malaysia korang siap2 kena tkr duit thai utk guna belanja kt sini..antara aktivi laut yg ada termasuklah jetski & paracut,alang2 dh smpai jgn lupa try skli coconut shake dia..pastu korang boleh naik tuk-tuk pusing2 thailand,jalan shoping mall dia,pegi urut sebab murah (yg ni paling femes) dan try makanan2 thai..habis je buat semua ni mmg ngam2 masa yg dia bagi,pkul9 dh naik semula bot balik ke kapal..antara byk2 hari,masa stop kt thailand ni jelah yg ada letih sikit,rasa tak sabar nk smpai bilik,nk mandi pastu nk rest tp tgh malam tu bgun juga teman kawan cr makan..kelebihan kapal international ni semua tmpt open 24hours,walaupun ada masa contoh dinner 6-9pm,after 9pm tu korang boleh pergi tingkat lain makan kt cafe2 yg ada,pun free juga,siap ada org main alat2 muzik lagi..kalau ada yg kena bayar dia akan tulis siap2.
.
.
Day4 : Hari atas kapal
Utk lastday ni,diorang ada buat mini golf,wall climbing & aktiviti2 sport..ni hari terakhir kalau korang nk sauna,main gym,swimming,tgk matahari terbenam dan explore segala jenis makanan dr pelbagai negara yg ada dlm kapal ni..buat je apa yg korang nak,penat tu fikir nombor dua,enjoy kan diri kt sana,nt balik malaysia boleh rehat..sis smpai demam2 balik dari sana tau malam hari terakhir tu ada dinner dgn captain,time ni kena pakai formal,prempuan pakai dress,lelaki pakai kot,tak pun kemeja..nombor meja korang ada tulis kt kad id,so masuk terus cr meja dan dduk,nt ada waiter dtg letak napkin atas peha,bg menu,dan menu dia adalah semua benda yg takde kt tmpt2 makan lain dlm kapal tu..ni pun free juga k habis je dinner malam tu ada majlis tari-menari,hahah,yg pergi dgn husben boleh lah feeling2 mcm atas kapal titanic,konon2 jack dgn rose..malam tu sis balik awal ke bilik sbb nk packing,esoknya nk balik,dh rindu dah kat family.
Day5 : Arrives (Singapore)
8am Pagi2 dah smpai,so korang mmg kena bgun awal kalau xnk beratur pjg..kalau nk cepat,luggage semua bawa sendiri,so nt dah keluar boleh terus balik,takdelah berejam tnggu mana luggage korang tak smpai2 Ok,sekian utk perkongsian yg pjg ni,harap membantu lah mereka2 yg pm tanya psl cruise..kebersihan kt sini jgn risau,kapal ni macam hotel 5star,always bersih dan sepanjang atas kapal sis tak nampk pun sebarang jenis serangga atau haiwan,xtau lah kenapa dlm cerita titanic tu boleh ada tikus pula,hahaha,layanan pula sama rata,tak ada pilih kasih..so macam mana nk booking?ok,korang boleh terus pergi laman web dia www.royalcaribbean.com atau nk mudah pergi under travel agent,sbb diorang akan uruskan semuanya,nt dr jb diorang yg bawa masuk singapore smpai lah korang naik kapal dan nt korang balik turun dr kapal pun diorang dh tunggu dh jemput korang balik.
Ticket price : +-Rm1000 per person
Duit tangan : ni depends korang,tp sis hanya guna Rm200,tu pun belanja kt thailand je.
Mengetengahkan konsep rumah inap berbentuk segi tiga yang unik iaitu bumbungnya mencecah ke lantai antara keistimewaan di Masbro Village Boutique Homestay.
Bagi mereka yang baru berkunjung ke sini, keterujaan itu akan berganda kerana rumah inap berbentuk ala Inggeris ini adalah yang pertama di Malaysia.
Pengarah Urusannya, Masfaizil Khan Ali berkata, idea untuk membina rumah inap yang bercirikan moden klasik ini sebenarnya dari isteri dan anak-anak. Permulaannya adalah untuk membina empat buah rumah khusus untuk anak-anak.
“Ini kerana saya ingin memastikan anak-anak mempunyai tempat yang sesuai apabila pulang ke kampung di Melaka sewaktu cuti hari raya atau pun jika ingin beristirehat. Jadi dengan inspirasi saya dan isteri, Meliza Hanafi akhirnya ia berjaya dilaksanakan.
“Dari empat buah rumah, akhirnya saya telah menambah 14 buah rumah inap lagi di kawasan yang berkeluasan 1.9 ekar dengan konsep sama. Tidak sangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga jika waktu cuti ia tidak mampu menampung permintaan pelanggan.
“Dengan keseluruhan 18 buah rumah inap, kolam renang khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak serta kafe yang akan disiapkan tidak lama lagi, pengalaman percutian bersama ahli keluarga akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya nanti,” katanya yang menyatakan nama Masbro ini di ambil dari idea anak sulungnya, Mas Ridzwan.
Malah kedudukan yang strategik antara bandar raya Melaka selain tujuh kilometer ke Ayer Keroh, 15 kilometer ke Pantai Tanjung Bidara dan 10 kilometer ke Kolam Air Panas Godek memudahkan rancangan percutian setiap keluarga.
Dengan kedudukan pasar raya besar Tesco kira-kira 400 meter sahaja dari rumah inap secara tidak langsung akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan.
Konsep luar Masbro Village yang berwarna-warni dengan penggunaan warna terang untuk setiap rumah inap antara daya penarik. Penulis sangat mengagumi penggunaan warna yang disuai padankan.
Bukan setakat menghidupkan suasana di kawasan tersebut tetapi kombinasi warna ini menunjukkan keberanian pemiliknya mencuba sesuatu yang baharu dan di luar kotak fikiran.
Paling menarik seni bina dan landskap di sekeliling yang begitu kemas dan terasa seolah-olah berada di luar negara juga tidak kurang hebatnya.
Menjengah di bahagian dalam pula, ia cukup luas sangat selesa untuk yang datang bersama ahli keluarga. Boleh memuatkan enam orang dalam satu-satu masa dengan kemudahan dua buah katil besar, satu katil sofa, pendingin hawa, peti ais, televisyen, dapur yang dilengkapi ketuhar, meja makan dan dua bilik air akan memberi keselesaan sepanjang menginap di sini.
Dengan tawaran harga RM280 satu malam, ia cukup berbaloi dan berpatutan. Harga yang ditawarkan adalah sama untuk hari biasa atau cuti hujung minggu dan persekolahan.
Sementara itu, aspek keselamatan dan kebersihan di Masbro Village juga amat ditikberatkan. Pengunjung yang datang tidak perlu risau kerana kawasan ini di kelilingi dengan tembok bagi mengelakkan sebarang pencerobohan pihak luar atau kecurian.
Pengawal keselamatan juga ditugaskan untuk memantau kawasan sekeliling. Di samping aspek keselamatan, kebersihan dalam kawasan ini menjadi perkara utama dengan penyediaan tong sampah serta di sekitar kawasan kolam renang.
Bagi yang berminat untuk mengadakan hari keluarga, perjumpaan bersama rakan-rakan lama atau apa sahaja aktiviti boleh membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Selain tempat yang terhad, lokasi ini juga sentiasa menjadi pilihan pemandu pelancong untuk membawa pelancong dari luar menginap di lokasi ini.
Rasanya sekian lama duduk terkurung di dalam rumah,buatkan kaki travel sudah tidak sabar pergi bercuti. Jika ada cadangan ke belah Pantai Timur, jangan lupa singgah dulu berehat di Adena Beach Resort, Kuantan.
Resort tepi pantai ini menyajikan pantai yang cukup indah. Ditambah ruang lepak disediakan oleh pihak Adena Beach Resort ini untuk pengunjung menikmati keindahan Pantai Balok ini sambil mandi-mandi memang terbaik, seakan terasa berada di Bali menyaksikan pantai indah mereka.
Tapi pemandangan indah ini turut ada di negara kita. Malah Adena Beach Resort Kuantan turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap bagi pengunjungnya. Bermula dari kolam renang yang luas, jalan sisir ke tepi pantai, kanopi kecil dan ruang lepak di tepi pantai, ruang makan yang luas, makanan yang sangat enak termasuk ada chalet yang mengadap laut, ruang parking kenderaan yang luas dan banyak lagi, ternyata ia satu tarikan yang sangat menarik untuk ke sini.
Terletak Mukim Sg Karang, Kuantan Pahang, pengunjung dapat menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam dan suasananya cukup indah sekali. Malah suasana malamnya yang cukup santai menambah tarikan di resort ini.
Jangan lupa masukkan list percutian korang kalau ke Kuantan nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai rindukan suasana ketika kecil dahulu. Kala itu kita bebas berlari-larian bermain kejar-kejar, police entry, main sorok-sorak, konda kondi, bermain dengan alam serta banyak lagi tanpa ada rasa risau sedkit pun kita akan diculik.
Sebabnya kita merasakan zaman itu, jiran tetangga masih ambil peduli si polan anak siapa, pergi ke mana dan kalau ditegur, kita sendiri akan mencicit lari balik ke rumah.
Lagi pun kalau balik rumah dah masuk Maghrib, siaplah kaki kena rembat dengan ranting kayu atau paip getah. Paling rare kalau mandi sungai, terserempak dengan mak bapak kau yang di tangannya sudah siap ranting kayu. Jawapannya, sendiri mau ingat.
Namun hari ini, anak-anak kita sudah tidak lagi merasai semua itu. Bergelumang dengan alam, bermain permainan tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti menangkap ikan di sungai.
Sebabnya terlalu banyak rasa bimbang dalam diri mak ayah generasi hari ini kerana tinggal di bandar besar dan duduk di kawasan yang tiada tempat bertanah (kalau ada agak kecil). Paling pasti, dari kecil, anak-anak sudah disua dengan gajet canggih hingga anak lupa cara berkomunikasi dengan dunia luarnya.
Bagi korang yang ada peluang nak ajar anak bermain dengan alam, bolehlah cuba melancong ke Setiu, salah satu daerah dalam Negeri Terengganu.
Apa yang menariknya di daerah ini terutama homestay Setiu Wetland Discovery.
Setiu Wetland merupakan kawasan yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau dengan keluasan 23,000 hektar. Jadi ada banyak aktiviti boleh dilakukan termasuk mencari kepah dan lokan di mana kita merasai sendiri suasana tersebut.
Tapi paling best, tentunya menginap di Rumah Tok yang terletak di perkampungan nelayan Kampung Mangkuk. Ia adalah rumah tradisional lama milik nelayan dan dibaik pulih untuk percutian homestay.
Jadi ia sangat mengimbau kenangan lama zaman kanak-kanak kita. Baca perkongsian oleh Adah Radzali yang bercuti singkat di Rumah Tok pada 12 dan 13 November lalu.
Nak merasa balik kampung macam rumah atok nenek kita dulu? Boleh datang sini. Rumah ni dekat dengan terrapuri. Kos menginap di sini RM140.30 (booking di Airbnb) termasuk dua dewasa, dua kanak-kanak dan infant.
Masa check in dalam jam 12 lebih dan boleh ambil dalam box peti surat saja.
.
Rumah ini ada dua bilik, satu katil single dan satu double bed. Rumah ini siap ada balkoni dan bilik jenis open air. Ada sinki cuci tangan dan dalam bilik ada lampu, satu kipas berdiri dan kelambu besar.
Untuk sarapan memang tak disediakan tapi ada dapur kecil untuk memasak dan dilengkapi peti sejuk, rice coocker, pinggan mangkuk selain sudu garfu. Kami bawa beras sendiri untuk masak.
Bestnya di sini, ada Pantai Penarik yang sangat indah dan boleh makan ikan celup tepung yang sangat sedap. Dan akuinya, tempat ini sangat relax, sesuai untuk kanak-kanak tapi pastikan bawa semburan nyamuk (esp musim hujan dan nyamuk).
Jadi kalau rasa nak ajar anak tentang alam dan suasana kampung, di sinilah tempatnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!