Syok juga kalau dapat cuba trip ke Minangkabau, tengok pemandangan pun sudah dapat rasa kepuasan bercuti. Apa lagi kalau betul-betul sampai sini.
Okay, jom tengok apa yang menarik bila anda sampai sana menerusi perkongsian saudara John Leybu ini.
Trip 4 Hari 3 Malam Ke Minangkabau
Bermula dari Padang – Bukittinggi – Lembah Harau selama 4 hari 3 malam di sana, trip ini membawa keluarga dan mertua ke tanah asal usul Minangkabau.
Hari Pertama
Flight AA landed di Minangkabau Airport, Padang sekitar jam 4.45pm dan terus disambut oleh supir. Disebabkan airport Padang agak kecil, proses imigresen agak lambat. Satu jam selepas landing baru kami selesai dengan proses imi dan collect luggage. Boleh krem kaki berdiri lama sebab kena beratur lama.
Terus bergerak ke Bukittinggi yang jaraknya sekitar 90km dari Padang. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 2.5 jam tapi disebabkan laluan utama melalui Lembah Hanai terputus kerana banjir besar pada bulan 4, kami terpaksa gunakan laluan alternatif yang mengambil masa 4.5 jam untuk sampai ke Bukittingi.
Sampai di homestay Bambooshack sekitar jam 10.00pm dan terus berehat sebab dah petak duduk lama-lama dalam van.
Hari Kedua
Bangun pagi sekitar jam 5.00am disebabkan azan subuh yang dilaungkan dari segenap penjuru homestay. Memang di kawasan Kabupaten 50 Kota ini ada beribu-ribu masjid serta musolla. Bak kata supir kami, musollanya banyak, tapi jemaahnya kurang.
Lepak minum kopi di hadapan homestay yang terletak betul-betul di tepi bendang. Lebih kurang jam 6.30am matahari mula naik dan keadaan dah mula terang. Barulah sedar yang homestay Bambooshack ini berhadapan dengan Gunung Marap yakni gunung berapi paling aktif di Indonesia. Berpeluang melihat sendiri Gunung Marapi mengeluarkan debu pada awal pagi dan merupakan pengalaman pertama menyaksikan fenomena gunung berapi. Syok tapi dalam masa sama, cuak juga.
Ads
Tour sekitar Bukittingi dengan melawat beberapa kawasan seperti Panorama Baru, Jam Gadang, Lembah Sianok dan seterusnya menuju ke Pagar Ruyung untuk melihat sendiri bangunan-bangunan lama dan istana orang Minang. Selesai di Pagar Ruyung, supir teruskan perjalanan menuju ke Lembah Harau yang mengambil masa sekitar 3 jam. Perjalanan perlahan disebabkan keadaan jalan yang teruk dan juga hujan lebat sepanjang perjalanan. Tiba di Lembah Harau sekitar 9.00pm. Seharian ke sana sini, orang tua pun dah longlai. Rehat dulu satu malam di Harau.
Hari Ketiga
Penginapan di Abdi Homestay. Memang agak bernasib baik kerana supir kami telah menempah homestay ini agak awal. Bangun subuh dah mula kelihatan samar-samar satu tembok besar di belakang penginapan kami. Sayup-sayup bunyi air terjun dari puncak tembok ini menghempas ke kaki bukit disusuli bunyi unggas dan ayam. Memang tenang jauh dari hiruk pikuk kota.
Kami habiskan waktu pagi dengan menikmati pemandangan di sekitar Lembah Harau. Kenderaan beca boleh disewa di homestay atau boleh ajak supir ronda-ronda kampung dengan van.
Ads
Hari ketiga banyak masa dihabiskan dengan perjalanan pulang semula ke Padang. Namun supir kami melakukan hentian di beberapa kawasan menarik untuk kami mengambil gambar dan merasai beberapa makanan tradisional Padang. Perjalanan dari Lembah Harau ke Padang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ini semua disebabkan laluan utama Padang ke Bukittingi yang putus disebabkan banjir besar. Kata supir, kemungkinan bukan Ogos 2024, laluan ini akan dibuka semula kepada umum.
Hari keempat
Penginapan di UNP Hotel Padang. Selesai sarapan kami terus bergerak ke airport disebabkan flight balik sekitar jam 11.30am. Berhenti sekejap sekadar untuk membeli sourvenier.
Kos 4 Hari 3 Malam
Air ticket AA return – RM250 per pax
Supir (ground package All In) – RM530
1. Jangan lupa bawa universal plug. Kami tertinggal jadi terpaksa pinjam plug dari homestay atau beli sahaja charger yang baru di sana.
2. Cuaca tidak terlalu sejuk di Bukittingi dan Lembah Harau. Siang sekitar 25-27 degree tetapi malam boleh turun sehingga 18 degree. No aircond no hal.
3. Jarak perjalanan antara satu pekan ke satu pekan agak jauh. Jika ada peluang ke tandas, terus pergi sebab kalau tak nanti tak jumpa tandas yang elok.
4. Jalan raya di sana ada yang tidak diselenggara dengan elok oleh kerajaan. Berlopak sana sini dan akan memperlahankan perjalanan dan menyebabkan macet yang sangat-sangat lama . Kalau mabuk kenderaan, makanlah ubat mabuk sebelum perjalanan.
5. Masjid dan musolla di sana kebanyakannya dibina oleh masyarakat setempat menggunakan derma dari pengguna jalan raya di sana. Akan ada anak muda atau orang tua yang berdiri di tengah-tengah jalan sambil meminta derma. Kalau nak buat saham akhirat, bolehlah menderma.
6. Preman menjaga jalan raya terutamanya di simpang-simpang atau selekoh berbahaya. Mereka umpama polis yang tidak diupah oleh kerajaan tapi sekadar mencari pendapatan dengan membantu pemandu kenderaan di kawasan-kawasan bahaya ini. Selalunya supir akan memberikan upah pada mereka.
7. Airport Minangkabau sangat kecil dan padat. Seeloknya untuk proses check in, datanglah 3 jam sebelum waktu flight supaya tak beratur panjang untuk check in. Bukan di atas jalan raya sahaja macet, di dalam airport pun macet.
Haaa.. jadi bagi anda yang nak merasa tempa bercuti tenang-tenang di negara orang, boleh cuba trip ke Minangkabau pula dan senaraikan tempat best awal-awal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pertama kali saya sampai di Sumatera, saya berpeluang untuk menerokai daerah Sawahlunto yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Padang.
Saya akui, Kota Sawahlunto sangat baru kepada saya dan tidak pernah terfikir akan sampai di Sawahlunto kerana ia tiada dalam senarai tempat percutian saya. Namun, apabila sampai sahaja di sini, saya terpesona dengan keunikan Kota Sawahlunto yang dulu terkenal dengan pusat perlombongan Arang Batu pada zaman penjajahan Belanda.
Kota Sawahlunto adalah sebuah bandar di Sumatera Barat, Indonesia yang meliputi 5.9 km persegi dan mempunyai penduduk sekitar 16,000 orang. Kawasan sekitar Sawahlunto dikelilingi rimbunan pokok-pokok yang menghijau dan berbukit bukau serta masih lagi penuh dengan Arang Batu.
Ikon arang batu
Sawahlunto adalah salah satu daripada bandar-bandar perlombongan di Sumatera Barat. Ia telah ditubuhkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1882 oleh Belanda bersama-sama dengan operasi perlombongan arang batu.
Arang Batu ditemui pada pertengahan abad ke-19 oleh Ir. de Greve yang kemudiannya mencadangkan kepada Belanda bahawa arang batu perlu dilombong di kawasan itu untuk keperluan industri dan pengangkutan. Kini, Sawahlunto berkembang menjadi destinasi pelancongan sejarah Arang Batu dan masih banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda terokai apabila berada di sini.
Ia merupakan antara destinasi pelancongan yang unik kerana ia memberikan anda peluang menjengah ke lombong bawah tanah yang merupakan tempat perlombongan asal arang batu sewaktu ia mula ditemui. Di sini terdapat Galeri Arang Batu yang dikenali sebagai Galeri Tambang Batu Bara Dan Lubang Tambang Mbah Soero di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang Arang Batu dan pengalaman masuk ke lubang lombong Arang Batu dan merasai sendiri suasana berada di lombong bawah tanah yang berusia ratusan tahun tersebut.
Dalam 50 meter dari Galeri Arang Batu, anda boleh melihat Muzium Gudang Ransoem yang menempatkan tapak dapur asal yang digunakan untuk memasak makanan para pekerja lombong arang batu. Dapur ini digunakan untuk memasak 3,900 kg beras untuk makanan pekerja lombong setiap hari.
Warisan silam
Tidak jauh dari lokasi Muzium Gedung Ransoem,anda akan dapat melihat sebuat stesen keretapi lamayang kini menjadi tinggalan sejarah di Sawahlunto. Ia dikenali sebagai Muzium Kereta Api Sawahlunto.
Muzium Kereta Api Sawahlunto sebelum inimerupakan sebuah stesen keretapi di Sawahlunto yangdiuruskan oleh Bahagian Wilayah Sumatera Barat2, dan merupakan salah satu stesen perhentian yang sedia ada di Sumatra Barat. Dulu ia digunakan untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan dan juga kelokasi-lokasi tertentu.
Muzium ini terletak di kawasan kampung yang masih menghijau dan berbukit dan Lembah Segar mengelilingi pekan kecil Sawahlunto.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Maldives terletak di Lautan Hindi dan di selatan barat daya Sri Lanka dan India. Negara Republik yang mempunyai 1,190 pulau dan Islam agama rasmi Maldives dan bahasa rasmi Dhivehi tetapi rata-rata rakyatnya boleh berbahasa Inggeris. Perjalanan hanya mengambil masa 4 jam 20 minit bagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Maldives. Salah satu keunikan di Maldives adalah Sandbank iaitu timbunan pasir yang timbul di tengah laut disebabkan paras air laut yang rendah atau surut.
Maldives yang digelar syurga dunia oleh pelancong kerana kecantikan pantai, air laut berwarna kehijauan serta keunikan hidupan dasar lautnya. Namun ramai orang hanya memasang impian sahaja untuk menjejakkan kaki ke pulau ini kerana bimbang kos penginapan mencecah puluhan ribu ringgit untuk satu malam gara-gara cerita dan gambar-gambar penginapan yang dikatakan hanya sesuai untuk golongan berduit sahaja.
No..no..sesiapa sahaj boleh ke Maldives tau. Ini ada rujukan itinerari untuk anda ke Maldives dengan kos RM1853 untuk seorang. Percutian 4 hari pula tu..berbaloi sangat.
Itinerary Maldives 4hari -3 Malam (5-8 September 2018).Total all in :RM1853
Flight Ticket :
Pergi Balik RM540
Meal + Luggage RM 73
Penginapan :
Salt Beach Hotel at Maafushi, Maafushi Island : 87.5 USD (3Malam) include tax 12%, service charge 10% & Green tax 3%
Day 1 (Rabu 5 Sept 2018)
KLIA2 – Velana International Airport
(6.55pm – 8.10pm). 4 jam flight.
Tukar 20 USD ke 300 MVR di Bank of Maldives.
Speedboat private transfer dr Airport to Salt Beach Hotel
150 usd ÷ 4 = 37.50 usd/pax
Day 2 (Khamis 6 Sept 2018)
Buffet Breakfast at House Of Blue (sebelah Salt Beach Hotel)
10 am – 2pm : Snorkelling package include lunch at sandbank,watching dolphin,turtle reef.. 25usd beli dekat Salt beach hotel.
Lepak tepi pantai tggu sunset sambil layan fruit juice 50 mvr
Buffet Dinner 10 usd
ice cream gellato 40 mvr
Day 3 (Jumaat 7 Sept 2018)
Buffet Breakfast at House Of Blue
Excursion private island – adaaran club raanalhi 100 usd. Lpas survey semua tempat area maafushi so far ini yg plg mnarik & murah ikut pandangan kami berempat
9am – 6pm all-in buffet lunch,unlimited drinks,towel,entrance fees etc..(kami kat sana dr pkul 10 a.m to 3 p.m ja..dh rasa puas jd kaya skejap)
Jalan2x area maafushi beli sourvenir:Mohana Shop sbb murah & bleh tawar mnawar sambil snyum. Dinner fried rice at House Of Blue at 80Mvr
Day 4 (Sabtu 8 Sept 2018)
Buffet Breakfast at House Of Blue
Lunch fried rice at House Of Blue 10mvr
Maafushi to Airport by Speedboat 25 usd
Ice cream + smoothies = 5 usd
Velana International Airport to KLIA2
(9.20 pm- 5.00 a.m)
Nota Kaki
1. Trip ke Maldies ni kami pergi berempat. Setiap kos yg dinyatakan dia atas adalah kos utk per person.
2. Sepanjang di Maldives, kami menginap di Salt Beach Hotel at Maafushi Island.Itu rate paling rendah & saya book melalui booking.com. Sangat berpuas hati dgn servis, location & staff. Tanya je apa2x soalan mereka akan sedaya upaya cuba membantu.
3. Trip kali ni xbeli sim card pun. Decide utk guna wifi hotel spenuhnya. Alhamdulilah, mmg sangat laju.
4. Wlupun sebelum ni bnyak baca negatif review drpd blog. Kami ttp Ambik private island excursion sebab private island lagi cantik dan superb dari public island. Mcm rugi plak dh sampai sana xamik pakej pg private island. Mmg superb & awesome view . Sangat2x berbaloi. Ada bnyak pilihan utk private beach excursion, bleh pilih ikut bajet masing2x.
5. Makanan halal senang cari sebab negara muslim so tidak ada masalah di Maldives. .Kalau nak save budget boleh bawak makanan dari Malaysia.Saya tak bawak apa-apa kali ni just nak santai & plan semua makan kat sana. Breakfast masuk hr ketiga tekak dh rsa muak makan capati.
6. Secara keseluruhannya, abam bleh bg rate 9/10 utk trip kali ini. Benarla bagai dikata..Maldives punya view & pantai mmg awesome.
Total keseluruhan perbelanjaan adalah RM 1853. Tak termasuk shopping sourvenir yer.
P/s: xkisahla korang travel cra mana pun, backpack @ tarik beg waima beg bergerak sendiri pun, yg penting ikut bajet & keselesaan masing2x & kita happy ngan trip tersebut. Abam share ni bkan nak buat comparison ” trip yg plg jimat di dunia utk ke Maldives”..sekadar berkongsi utk bacaan & rujukan bsama. Tq all & gud bye Maldives ❤
will see you next year (eh, tetiba)
Penulis dan beberapa media lain diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman mendapatkan udang galah yang diberi jolokan ‘Si Jenggo’ ini oleh pihak Tourism Malaysia Perak dan peluang ini sama sekali tidak akan disia-siakan.
Kami berkumpul tepat jam 9.30 pagi di Jeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu, Hilir Perak untuk taklimat oleh Pengarah Negeri Perlancongan Malaysia Perak, Haji Ibrahim Sediqi Bin Talib dan seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang sahaja kerana bot kecil yang akan membawa kami hanya boleh memuatkan tiga orang termasuk ‘tekong’.
Pada pukul 10 pagi, kami berpecah di jeti, mengikut tekong masing-masing untuk ke tempat pilihan bagi memulakan aktiviti memancing udang galah. Penulis sangat bertuah kerana tekong yang membawa penulis merupakan tekong yang popular di kalangan penduduk di sini.Tiba sahaja di tempat ‘rahsia’, kamimula menurunkan joran masing-masing.
Oleh sebab ini merupakan kali pertama penulis memancing, jadi Abang Abu, iaitu tekong kami banyak membantu tunjukkan itu ini sehinggalah kami berjaya menaikkan seekor udang galah besar hampir 400g!
Tawan Si Jenggo
Dikatakan udang galah boleh membesar sehingga satu kilogram dan cabaran bertarung dengannya amatlah menyeronokkan.Dengan kepakaran Abang Abu, penulis dapat belajar bagaimana untuk menangkap udang galah ini dengan cara yang betul.
Udang galah yang diberi jolokan nama Si Jenggo ini rupanya sangat mudah untuk dipancing di Sungai Perak jika kena dengan caranya. Hanya berbekalkan umpan dua ekor udang beras untuk setiap joran dan kepandaian mencari lokasi sesuai, pemancing pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Kumpulan penulis sendiri berjaya menaikkan lebih 2kg udang galah pelbagai saiz dan inilah kepuasan yang tidak dapat diungkapkan setelah hampir enam jam berjemur di Sungai Perak!
Udang galah yang diberi jolokan nama Si Jenggo ini rupanya sangat mudah untuk dipancing di Sungai Perak jika kena dengan caranya. Hanya berbekalkan umpan dua ekor udang beras untuk setiap joran dan kepandaian mencari lokasi sesuai, pemancing pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!