Trip 3H2M ‘Hiking Backpacker Style’ Bukit Mok Cun, Kedah & Bukit Jernih, Perlis. Bajet RM163 Je Seorang

Share

Nak merasai suasana kedamaian hijau sawah yang terbentang luas dan sangat cantik untuk dijadikan background gambar kenangan anda? Percutiaan ke negeri Kedah dan Perlis merupakan pilihan ideal buat kalian.

Perkongsian trip secara backpack mendaki dua lokasi berbeza di Kedah dan Perlis oleh saudara Mohd Helmi nyata memberi kelainan untuk percutian anda yang suka akan alam semulajadi. Paling menarik, bercuti ketika ini, sangat menjimatkan.

Jom baca!

ITINERARI 3 HARI 2 MALAM

  • Hiking Backpacker Style Ke Negeri-Negeri Jepalang Padi Malaysia: Bukit Jernih, Perlis & Bukit Mok Cun, Kedah.
  • Trip:26-28 Jun 2020
  • Lokasi: Jajaran Pantai Barat Utara Malaysia.

COSTING:

  • Flight Airasia pergi balik KL-Alor Setar: RM24
  • Bee Garden Motel double room: RM26/ malam x 2
  • Total transport (mycar, bas & tren): RM37.70
  • Souvenier: Glove kedai Eco RM2 nak hiking
  • Guider: Harga deal dgn guider sendiri, honestly x mahal.
  • Makan minum:RM37.70

ALL IN COST= RM163.40

Hari 1

  • Flight tujuan KL-Alor Setar 8.30pm terus gerak KLIA lepas kerja.
  • Mycar Airport-Hotel RM12.90 (mahal dari harga flight aku, huhu)
  • Check in Hotel The Space Inn RM52 utk 2 malam.
  • Dinner di warung dan ke Menara Alo Setar je.

Hari 2

  • Mycar RM5 ke Tren Keretapi
  • Tren kedua (pertama terlepas) Alor Setar – Bukit Keteri, Kangar 7.39am, sekitar 1 jam perjalanan sampai di Stesen Bukit Keteri (stesen antara Arau-Padang Bsr) RM3.80
  • Amin anak Cikteh amik di stesen Keteri- naik motor ke Kaki Bukit Jernih (lbh kurang jarak 3km).TQ amin.
  • Pendakian bermula: View Superb kebabom. Siapa2 nak ke atas tolong guna guider (Highly recommended amik guider dgn Citteh BJ, servis dia dan anak dia memang gred A+), kalau x ada diorang belum tentu dpt cari trail ke atas, diorang pun tolong amik kan gambar dan jaga keselamatan kita. Kalau rasa servis diorang overexpectation, sila lah bg extra tips ok sayang.

  • Tengahari: Makhan2 di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer, Perlis. TQ sgt kpd hamba allah yg belanja makan makanan kampung.Sedap. Seronok jumpa kawan2 baru juga, nanti kita hiking tempat lain pulak ya kwn2.
  • Cikgu Pah, time kasih jg hantar pulang ke Arau. Rehat2 dan makan di Arau pula sebelum pulang Kedah.
  • Tren 4.30pm Arau-Alor Setar RM3.20
  • Mycar Alor Setar-Aman Central RM5 .Then makan lagi.
  • Petang:rehat dan tidur
  • Malam: Dinner di Iman Kutiew kerang, TQ kpd hamba allah lain pula yg belanja malam tu.Sedap kutiawnya.
  • Jalan-jalan night walking di sekitar Menara Alor Setar, Dataran dan Masjid Zahir sebelum dihambat balik oleh pak polisi sbb meriah sangat di dataran malam tu tanpa jarak sosial sesuai. Apapun tahniah Kedah dah zon hijau.

Hari 3

  • Tidur sampai 11 pagi
  • 12.00 Makan di warung belakang Aman Central
  • 12.30pm: Naik Bas Mara dari Aman Suri Residence, sebelah Aman Central ke Kampung Kodiang Lama RM4.40-then jalan kaki dalam 15 minit ke kaki bukit Mokcun. Kira mcm warm up dulu. Tapi confirm view sawah bawah tu dah panggil2 korang sebelum daki Mokcun.

  • Pendakian solo bermula seawal 1.45pm mcm tu
  • dalam pukul 6 pm baru turun setelah ke beberapa point seperi Batu Gantung, View Side Kereta Api & Side Lebuh Utama Jitra-Arau dan di Puncak Mokcun.
  • 6 Pm: Bas Mara naik dari Kampung Kodiang Lama-Persimpangan Airport Alor Setar (Depan TH Hotel) RM3.40.
  • Makan Nasi Arab-then jalan kaki ke airport je, TQ ada abang baik tumpangkan otw jalan kaki ke airport. Org2 Kedah sempoi baq hang
  • Flight pulang ke KL 9.30pm

Credited with TQ kpd kawan-kawan yang dah menjayakan trip ni walaupun ada yang hanya jumpa di en-route, belanja-belanja makan dan free ride. Kepada yang tak sempat jumpa kita ketemu di lain masa ok.

Oleh
Husna