Wilayah Kaukasus merangkumi timur benua Eropah dan Barat Benua Asia yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Negara-negara yang ada di wilayah ini terutamanya Georgia antara yang jarang disebut dan dilawati kerana kekurangan maklumat jika dibandingkan dengan negara lain.
Berpeluang mengembara bersama 25 orang Malaysia yang lain ke Georgia dan juga Turkiye, Mohd Nizam Zambari berkongsi perjalanan destinasi off-beaten track dan juga tip-tip untuk membantu pengembara lain yang ingin ke sana.
Ikuti perkongsiannya:
Georgia, satu negara yang jarang sekali disebut oleh pengembara kerana tidak tahu apa yang ada dan kekurangan maklumat di negara ini jika dibandingkan dengan negara Turkiye. Saya kongsikan perjalanan destinasi ‘off-beaten track’ pengembaraan 25 orang rakyat Malaysia pada awal September 2022 lepas berserta tips-tips yang boleh membantu anda yang ingin ke sana.
Secara umumnya wilayah Kaukasus (Caucasus region) adalah sebuah wilayah yang terletak di sekeliling banjaran pergunungan Kaukasus, di antara Laut Hitam di barat dan Laut Kaspia di timur.
Banjaran pergunungan Kaukasus besar (Greater Caucasus) membahagi wilayah kaukasus kepada Utara Kaukasus (selatan Russia) dan Selatan Kaukasus (Georgia, Azerbaijan dan Armenia)
Negara Georgia sekarang masih dalam fasa era pembangunan pelancongan, Setelah tamatnya perang pada 2009 dengan Russia. Tidak hairanlah ketika lawatan kami tempoh hari pelbagai rupa bentuk bangunan moden unik terdapat di negara Georgia ini khususnya bandar Tbilisi.
Antara lokasi yang sempat kami sampai:
Georgia:
Pengembaraan kami bermula di ibu negara Georgia, Tbilisi. Untuk merancang perjalanan dalam negara Georgia pun sedikit susah kerana tidak ramai traveller atau website yang kongsi info. Jenuh juga mencari makluat tepat bagi satu lokasi ke lokasi lain. Di masa akan datang, saya pasti ianya akan menjadi mudah, memandangkan sekarang pun Georgia dah banyak menerima travellers dari Eropah terutamanya.
Kebanyakan teksi yang terdapat di sini, tidak mengunakan meter. Kita kena bijak ‘bargain’ dengan mereka. Seperti yang saya cakap pada awalnya begitu susah untuk mendapatkan maklumat tepat. Jalan terakhir adalah mengunakan bahasa áyam itik’paling famous dengan pemandu teksi disini yang rata-rata mereka tidak memahami basic English.
Cara pemanduan mereka juga agak unpredictable, so tak payah la nak mandai-mandai drive di Georgia ini.
Jangan risau dengan sumber maklumat yang anda perlukan nanti, kerana setibanya di bandar Tbilisi anda akan di sapa oleh wanita-wanita cantik yang merangkap staf travel agensi, passing flyers tentang aktiviti yang mereka tawarkan beberapa lokasi di Georgia.
Untuk travellers Muslim, Halal restoran agak mudah juga terdapat di Georgia kerana 2% dari populasi rakyat Georgia adalah Muslim, terutamanya di Tbilisi.
Harga makanan disini bermula dari 15 GEL ke 30 GEL untuk satu pinggan.
Cuma bila kita berada jauh dari radius bandar2 utama restoran halal ini agak sukar sikit nak cari. Untuk tekak Malaysia macam saya, prepack atau preheat foods adalah di sarankan untuk langkah berjaga-jaga. Oh jangan lupa try ikan grill fresh Salmon dan Barbulka di Batumi.
Saya mengunakan bas yang di sewa khas memandangkan kumpulan kami yang ramai serta bagasi yang banyak. Jadi ini adalah pengangkutan paling jimat dan selesa sekiranya anda akan keluar bandar.
Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Georgia, dan untuk pengetahuan semua negara Georgia tidak banyak menerima kunjungan traveller dari Malaysia. Jadi jangan panik kalau sewaktu ketibaan pegawai mereka akan banyak tanya dan tenung kita.
Relax dan muka selamba saja. Maklumkan tujuan kedatangan anda.
Kecantikan pendalaman Georgia memang tiada tandingan. Kawasan perkampungan kecil yang berlatar-belakangkan gunung glacier, orang kampung bawa lembu, kuda atau kambing gurun di hadapan atau belakang kita. Sambil mata mereka terbeliak besar tengok orang mana yang dating ke kampung mereka!
Zaman sekarang, susah sangat nak jumpa elemen traditional macam itu.
Kami meneruskan perjalanan sehingga ke sempadan Turkiye iaitu ke bandar Sarpi.
Turkiye:
Kaya dengan sejarah kebudayaan dan peradaban yang tersendiri. Wilayah serantau Kaukasus ini merupakan lokasi strategik titik silang pertembungan antara 2 peradaban empayar besar iaitu Empayar Russia dan Iran (Persia).
Sama seperti wilayah di Georgia, perkampungan di kawasan pergunungan Ayder dikatakan seperti anda berada di lembah Switzerland!
Anda di kelilingi pokok-pokok pain yang sangat cantik. Makanan halal sangat senang dan mudah dicari.
*Cantik sungguh negara Wilayah Kaukasus & Laut Hitam Georgia & Turkiye ini kan?
Boleh jadikan artikel ini sebagai panduan anda yang ingin travel ke sana di masa akan datang. Selamat menjelajah!
IG: nijaamz