‘Hanya bekerja sebagai pemetik buah, namun anda mampu meraih gaji minimum hampir lima angka dan ke atas sebulan!’

Ramai anak muda di Malaysia terpengaruh! Ia adalah kata-kata keramat yang sering dihebahkankan ejen-ejen pencari pekerja sebelum mula menjerat mangsa berkerja secara haram di bumi kanggaru itu.

Disebabkan itu juga ramai pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram.

Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan

Perkongsian daripada anak perantau Malaysia di Australia ini diharap dapat membuka mata anda yang bercadang untuk menjadi ‘pemetik buah’ kononya denga cara betul di Australia.


Assalamualaikum semua. Aku dan semua perantau di Australia nak bagi pesanan penting. Mintak baca sampai habis, letak kat semua page utama bahasa Melayu biar satu Malaysia baca ni. Tolong jangan terpedaya dengan iklan-iklan jadi pemetik buah di Australia. Kalau nampak iklan jadi pemetik buah, tolong lari jauh-jauh dan campak handphone sampai mesej tu terpadam. Ini sebab-sebabnya :

Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan

1) Kontraktor/agen tu akan bawa korang masuk Australia secara HARAM. Sape kata aku menipu aku screenshot komen hantar pegi Kedutaan Australia.

Kenapa haram? Dengar sini baik-baik. Agen yang duk bawak korang masuk Australia tu dia sebenarnya bawak korang masuk menggunakan visa PELANCONG. Korang faham tak visa pelancong tu apa. Visa pelancong tu adalah visa yang membenarkan korang melawat Australia selama 3 bulan tetapi anda TIDAK BOLEH BEKERJA di sana. Diulang….TIDAK. BOLEH. BEKERJA. Nehi, haram, yilek salah, illegal.

Meh aku ajar. Bukan nak tunjuk pandai action sebab aku duduk oversea, tapi sbb aku tak nak korang kena tangkap polis Australia! Ok dia macam nie. Agen tu nanti dia akan apply untuk kau seketul benda bernama “visa”. Visa yang dia apply utk kau tu ialah visa 601 iaitu visa “pelancong”. Nama lain visa Ni ialah :

a) tourist visa
b) electronic travel authorization (ETA)
c) visitor visa
d) visa 601

Itu gelaran2 yang kami panggil utk visa tu. Bila korang datang Australia di bawah visa tersebut, korang adalah DILARANG sama sekali untuk buat apa-apa pekerjaan. Tak boleh ambik upah apa-apa pun sepatutnya walaupun upah kerja basuh pinggan di restoran. Sebab ini adalah visa PELAWAT sahaja, untuk melawat lawat dan bercuti di negara diorang.

Apa jadi kalau polis terjah ladang strawberry korang? Kalau polis terjah dan jumpa korang Kat situ sedang bekerja, serta merta dia tahan dan ada beberapa proses selepas tu. Boleh jadi masuk jail boleh jadi dihantar balik ke Malaysia serta merta dan diharamkan datang Australia lagi (beberapa tahun banned).

Tak best pun okay kena tangkap dengan polis, dah sama level dengan orang orang Bangladesh dan Indon dah hidup dalam ketakutan asyik kena lari bila ada operasi. Polis diorang gigih kay cari pekerja haram, kau laki ke kau perempuan ke semua dia cekup.

So, tak payah nak memandai menyalahi undang-undang negara diorang. Australia sekarang nie dah migraine pening kepala dengan lambakan orang orang Malaysia yang masuk secara HARAM untuk petik buah nie. Buah strawberry buah anggur buah pisang ah semua ada la. Kerajaan dia dah tension gila sekarang nie menghadap isu nie, tengah buruk nama Malaysia sekarang ni.

2) Agen banyak menipu.

Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan

Dah ramai yang datang bila sampai je agen tak muncul kutip dia, maka bermalam lah di bus stop di train station hari pertama kami di bumi Australia. Duit dah lesap, agen dah ambik suit korang RM berapa ribu dah sebelum korang fly lagi. Duit dia simpan, korang terkapai kapai cari ladang mana nak kerja. Agen yang bertanggungjawab memang ada tapi nak bagi warning di sini bahawa agen yang menipu adalah WUJUD.

Ads

3) Bayaran dia rendah iaitu jauh lagi rendah dari minimum wage Australia.

Sebabnya, korang adalah pekerja haram so korang takleh complaint. Dia tau korang takleh complaint. So dia boleh bayar sesuka hati sampaikan ada orang orang Kita nak beli makanan pun Kira syiling Kira suit $1 dollar $2dollar. Kiranya agen dah EXPLOITASI rakyat Malaysia lah, diorang memang licik so jangan hairan.

Dia patutnya bayar korang AU$22 sejam sbb itu undang undang Australia :- sejam pekerja perlu di bayar AU$22. Tapi sebab korang nie bukan pekerja yang sah, dia bayar je la AU$13 ker…AU$15 ke. And korang Tak leh bising takleh mengadu kat sesape. Kadang kadang tu lepas tolak duit area rumah, last last baki yang tinggal tu jadi macma korang berhutang pulak. Samada zero atau negative. Agen yang jujur memang ada tapi siap siaga la nak terkena dengan agen yang macam Ni

4) Kondisi rumah teruk.

Duduk di ladang kadang2 rumah yang dah buruk, atau cabin, share sumbat ramai ramai tidur atas tilam. Ladang Pulak bukannya dekat dengan bandar, so tak perlu imagine boleh pegi enjoy di bandar setiap Hari atau setiap minggu

5) Kerja teruk & hazab.

Dari awal pagi boleh membawak sampai ke malam, ladangnya berkilo-kilo meter so jalan lah itik sepanjang kilo-kilo tu petik buah. Atau membongkok. Atau sesat dalam hutan pokok pisang. Kerja teruk, ada yang tak tahan so balik Malaysia terus.

6) Tidak Adil.

Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan

Buat pengetahuan korang, rakyat kita yang dah sedia ada kat Australia ni iaitu Melayu Cina India, mereka telah masuk ke Ausralia menggunakan saluran-saluran yang betul dan mematuhi undang-undang Australia. Mereka telah memohon visa -bekerja yang sah, iaitu susah payah Naik turun pejabat Dan Naik turun Kedutaan Australia semata Mata untuk dapat Visa Bekerja yang sah.

Kos? Tak payah cakap la. Diorang terpaksa keluarkan modal RM berbelas ribu Dan puluh ribu untuk mengikut saluran yang betul nie. Demi visa yang sah utk Cari rezeki di Ausralia, mereka kumpul suit belas belas ribu nak bayar kerajaan. Tiba tiba orang Malaysia lain masuk selamba pakai visa pelawat yang 20sen tu.

Ads

Bukan la 20sen, tapi nak cakap yg perbezaan dari segi kos tu macam langit dan bumi maka sebab itu lah orang orang Malaysia lain di sini (Melayu, Cina, India) sangat sangat marah dengan tindakan segelintir orang Kita yang ikut jalan belakang dan langgar law negara lain. Tidak adil maka tiada keberkatan dalam rezeki.

Dalam Islam adalah wajib untuk kita mematuhi undang2 sesebuah negara termasuk negara Barat misalnya undang-undang tentang visa, tentang citizenship mahupun jalanraya. So di mana nak cari keberkatan kalau cara masuk pun dah salah dari awal. Orang lain berusaha sungguh sungguh cari RM2k atau RM30k demi mendapat visa bekerja, tapi kita masuk pejam mata bayar visa pelancong je RM50. Sedih weh orang orang Cina orang India yang dapat tahu benda nie, kesian la kat diorang.

7) Salah guna proses.

Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan

Lepas dah masuk bekerja cara salah, lepas tu nanti Agen tu suruh korang stay jangan balik lepas 3 bulan. Padahal syarat maximum boleh duduk 3 bulan je weih, tapi Agen pandai la dia apply pulak visa lain untuk korang. Licik kan. Masalahnya, visa yang dia apply nie sepatutnya hanya untuk golongan tertentu SAHAJA, kerajaan sediakan visa tu untuk golongan tertentu TAPI orang orang kita nie ambik kesempatan dan apply jugak reramai visa tu. Mana Tak pening kepala Immigration Australia??

Atas sebab perbuatan orang Kita lah sekarang Ni golongan yang betul2 memerlukan visa tu terpaksa queue panjang gila Dan Tak dapat proses visa tu cepat sebab berlambak file depan Mata pegawai nak proses orang orang Kita punya permohonan.

Ok faham korang nak sangat duduk oversea dah seronok Tak nak Balik, dah dapat upah hensem. Tapi kesianla Kat golongan yang layak dapat visa khas tu! Member aku dah 2 tahun lebih kut tak jumpa suami dia sbb duk queue tunggu visa khas nie, buruk lagi sekali nama Malaysia sebab salah guna system negara lain, grrr..

8) Malu weih!

Orang orang Malaysia yang dah sedia menetap Kat sini sekarang ni malu nak tunjuk muka dekat Immigration sebab Immigration dah cop Malaysia sbg negara yang suka ambik kesempatan atas negara diorang. Tolongla kesian la kat kitorang yang cari rezeki Kat sini (ye tau la korang pun nak bagi alasan cari rezeki jugak tapi buat la guna saluran yang betul!!! Sabar la tunggu proses yang betul!).

9) Visa visa pelancong dah diketatkan :

Ads

Oleh kerana orang orang Malaysia duk masuk bekerja kutip buah guna visa pelancong, Immigration sekarang nie dah perketat dan asyik reject visa -visa yang dimohon oleh sedara mara kita yang betul betul nak bercuti. Orang orang yang ikhlas betul2 nak datang melawat melihat keindahan Australia, visa visa diorang sekarang nie banyak yang ditendang. Tak Lulus. Padahal diorang takde kes APA pun, Tak de buat salah apa pun tau tau visa kena Rendang. Ada yang dah beli tiket dan book homestay, burn macam tu je duit. Gara gara perbuatan orang lain, orang lain yang kena.

10) Hakikat Sebenar

Hakikatnya kerja kutip buah tu adalah sangat memenatkan dan ada yang kata dia dah lama tak sembahyang sebab terlalu penat bekerja pagi sampai malam. Ada yang terlalu penat sampai mula minum alcohol nak hilang stress, ada yang ambik dadah. Tak semua la ye, tapi ada. Last last tak tahan kerja ladang maka diorang pun pegi bandar dan mula cari kerja kerja buruh lain.

Kepada yang nak cakap “Ala biar la orang lain pun nak cari rezeki jugak, ingat di Malaysia ni senang Cari job ke? Tak payah nak dengki la orang nak GI kutip strawberry ke kutip grape ke” haa nie jawapan aku

Kau nak cari rezeki tolong Mak Ayah tolong keluarga tu dah betul, Allah suka dah just tu. Tapi, CARA kau salah!

  • Langgar undang undang negara orang.
  • Menyusahkan pihak immigration dan polis dia.
  • Menggunakan $50juta wang pembayar cukai untuk Kos menapis permohonan-permohonan visa khas tu sedangkan 50juta dollar tu kerajaan Aussie boleh guna untuk benda lain.
  • Memalukan nama Malaysia di mata Australia.
  • Boleh menyebabkan Australia bertindak membatalkan nama Malaysia dari system ETA. Kalau ini terjadi, menangis la lepas ni orang orang yang nak bercuti ke sini sebab nak apply visa pelancong tu saja pun dah jadi susah, bukan senang mcm system skrg nie.
Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan
Trend Petik Buah Dan Kerja Tanpa Permit Jejaskan Pelancong Malaysia Ke Australia
Gambar Sekadar Hiasan

So tolonglah Tak payah nak bagi alasan yang korang pun nak cari rezeki ‘halal’, kesan benda ni adalah amat dirasakan kami di sini sampai malu sangat sangat sebab asyik masuk berita pasal illegal workers dari Malaysia. Pihak kerajaan pun tolonglah buat sesuatu supaya peluang pekerjaan di Malaysia bercambah, tak perlu rakyat Kita duk masuk secara haram gini di negara orang. Media media tolong la highlight benda nie

Mana budak budak filem budak Masscom semua tu? Project final year tahun nie tolong la buat kempen ke movie pendek ke pasal PENIPUAN SINDIKET PEMETIK BUAH AUSTRALIA. Gitew. Buat kempen kesedaran besar2 sikit biar orang orang di kampung pun fahu sbb agen agen ni dia cerdik, dia Cari orang orang yang Tak tahu menahu pasal visa bagai nie. Orang tu ingat oh gi Australia, duit mahal, kaya la aku weeheee. Hampeh.

Tak de nya kaya, ramai tu Balik malaysia semula duit cukup cukup je atau lebih sikit je la pun. Agen kalau buat iklan mmg janji bulan bintang la, Mana dia nak cerita realiti sebenar. Yang korang percaya bulat bulat tu kenapa.

Lain Kali, kalau nampak iklan petik buah tu, korang hantar nama orang iklan tu kat polis atau pejabat buruh atau Kedutaan Australia. Pihak berkuasa memang tengah Cari agen agen licik nie sebab diorang nak eksploitasi buruh. Ni ialah proses eksploitasi tenaga buruh. Yg untung ialah supermarket dan agen agen (sebab cheap labour).

Baiklah itu lah amaran penting dari kami semua di sini, sape kat bawah komen,

“Alaaa abang aku aritu kerja kutip buah kat Aussie okay je balik Malaysia berkepuk kepuk duit”

Sape komen macam tu kau dikira menggalakkan jenayah rekrut pekerja haram dan menggalakkan orang ramai nak buat. Komen akan di screenshot dan dihantar kepada Kedutaan, huh. Buat benda biar berkat, fikir sikit kesan kat orang lain.

Sekian khidmat pesanan masyarakat dari kami warga Malaysia di bumi kangaroo.

Sumber: Mohd Melbournizam (Bukan nama sebenar)

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI