Trend Berbasikal, Kayuhlah Dilokasi Selamat. Elak Mengundang Cacian Ramai

Share

Sejak kebelakangan ini ramai penduduk di Malaysia cukup agresif melakukan aktiviti berbasikal mengelilingi daerah seluruh tanah air.

Fenomena sukan berbasikal dalam kalangan masyarakat Malaysia ketika ini sangat ‘in’. Aktiviti berbasikal ini dianggap sebagai aktiviti sihat. Ia bukan sahaja menyihatkan, malah dapat mencipta kenalan baharu yang sama-sama berkongsi hobi dan minat sama.

Antara tempat menarik yang menjadi tumpuan penunggang basikal di Lembah Klang yang baru berjinak dalam aktiviti berbasikal ialah:
-Taman Botani Negara Shah Alam,
-Taman Botani Putrajaya
-Taman Bukit Kiara.

Ada dalam kalangan mereka yang lama dan pakar dalam aktiviti ini dan mencuba trek lebih mencabar seperti:
-Mayor’s Hill
-Fraser’s Hill
-Bukit Tinggi

Hobi yang semakin mendapat tempat ini bagaimanapun timbul beberapa isu kurang enak khususnya berkaitan keselamatan selain turut mendapat kritikan warga maya di laman sosial.Dalam keasyikan mereka menikmati sukan itu berkemungkinan ada pihak yang tidak sedar mereka sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain terutamanya bagi pendatang baharu yang masih belum memahami garis panduan keselamatan.

Kalau perasan, beberapa laluan lebuh raya ketika ini menjadi tumpuan kelompok berbasikal tidak kira sama ada pendatang baharu mahupun yang sedia ada. Isu ini sangat trending dan turut mendapat perhatian pihak berkuasa. Nak berbasikal tidak salah sekiranya kalian:

  • Tahu isu keselamatan. Masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana cara menunggang basikal dengan selamat dan cara hormati pengguna jalan raya lain.
  • Ketua kumpulan berbasikal tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi. Bercampurlah dan belajar dengan individu yang dah ada ilmu pengetahuan mengenai sukan ini kemudian baru boleh bimbing kumpulan sendiri.
  • Belajar bagaimana nak guna laluan dengan betul, terutamanya di laluan jalan raya yang sibuk.

image via pexels.com | sumber: astroawani

Oleh
Husna