Berita

Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia Edisi Aidiladha. Tambang Serendah RM55, Boleh Beli Tiket Mulai 15 Jun!

Share

Berita baik untuk warga Pantai Timur yang nak pulang menyambut perayaan Aidiladha pada Julai nanti, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi menawarkan perkhidmatan tren khas Keluarga Malaysia dari KL Sentral ke Tumpat.

Menariknya tren ini menawarkan kadar tambang yang berpatutan iaitu kadar tambang satu harga untuk semua kategori penumpang. Tak perlu risau tentang kemudahan lain terutamanya ruang solat kerana turut tersedia Koc Chillax yang digunakan sebagai ruang untuk solat para penumpang.

kredit foto: KTMB

Mempunyai 516 kapasiti penumpang, tren khas ini mempunyai 3 koc tempat tidur dengan 120 katil, 360 tempat duduk kelas dua dan 36 tempat duduk kelas satu.

Tren khas ini akan memulakan perjalanan ke Tumpat pada 8 Julai dan 12 Julai untuk laluan balik ke KL Sentral.

Dengan tambang serendah RM55, tiket tren akan mula dijual pada 15 Jun 2022 mulai jam 12.15 tengah malam. Tiket boleh didapati di website utama KTMB atau melalui aplikasi KTMB Mobile dan di semua medium pembelian tiket KTMB.

Jadi warga Pantai Timur yang nak balik beraya tu, dah boleh ready nak dapatkan tiket tren khas dari KTMB!

Sumber: Instagram ktmbofficial

Pakai baju ni baru selesa naik train sampai Kelantan!

 

Oleh
SAHR