Kisah travelog ini dikongsikan oleh Syahril A. Kadir

Dalam bab penerbangan tambang murah ni, abam nak kongsi satu pengalaman yang agak lucu tetapi cukup memeritkan yang pernah terjadi pada diri abam beberapa tahun lalu.

Kisahnya bila abam mengambil keputusan untuk mengembara seorang diri ke wilayah paling jauh di Indonesia, Papua.

Nak jimat punya pasal, abam beli tiket pesawat Lion Air, salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang popular di Indonesia.

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Penerbangan dari Jakarta ke Papua mengambil masa lebih lima jam

Memandangkan waktu berangkat hampir larut malam, tidak ada restoran yang menarik perhatian abam di airport Soekarno- hatta di Jakarta. Banyak yang dah tutup sebab dah lewat sangat. Dalam hati abam, takpelah, beli makanan dalam pesawat sahaja.

Tiba-tiba nak dijadikan cerita, pesawat delay almost tiga jam.

Ads

Walaupun perut dah betul-betul berkeroncong, abam still berdegil taknak makan. Bukan apa, abam ingat nak betul-betul enjoy makan dalam kapal terbang nanti, kalau dah kenyang sebelum terbang rugilah abam nak rasa makanan pesawat Lion Air tu.

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Abam ni ada tabiat pelik sikit, abam suka mencuba makanan dalam setiap flight yang abam naik. Walaupun ada orang kata makanan dalam flight bukan sedap mana pun, tetapi abam still nak rasa walau secubit.

Abam terbayang, kalau dalam kapal terbang Air Asia depa jual nasi lemak Pak Nasserlah, nasi ayam Uncle Chinlah, itulah, inilah…dalam Lion Air mesti ada makanan Indonesia seperti ayam penyet ke, bakso ke etc.

Dipendekkan cerita, sebaik saja pesawat Lion Air yang abam naik itu bertolak, tak nampak tanda-tanda pramugari dalam tu tolak trolley makanan. Mereka hanya mundar mandir ke depan dan ke belakang. Perut abam dah betul-betul lapar ni.

Ads

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Bila almost sejam masih belum ada pramugari yang jual makanan, abam terus ke belakang dan berjumpa dengan krew kabin yang ketika itu sedang berborak sesama mereka.

Alangkah terkejutnya abam bila pramugari yang abam temui tadi mengatakan yang Lion Air rupanya tak jual sebarang makanan dan minuman dalam pesawat mereka, WTF!!!!!

Bayangkan, dahlah penerbangan almost five hours, setitik air pun takde. No wonder penumpang lain abam tengok berbondong-bondong bawa tupperware, bungkusan makanan bagai, rupanya mereka dah siap tapau dari awal kerana tahu tiada makanan yang dijual dalam pesawat syarikat penerbangan berkenaan.

Campur tolak bahagi darab, abam terpaksa menahan kelaparan hampir lapan jam dalam pesawat (campur tiga jam kat airport)…sampai naik menggigil kepala lutut bro!

Ads

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Nasib baiklah bila saja pesawat menghampiri bumi Papua, terbentang di mata abam satu pemandangan muka bumi yang cukup cantik dan mempersonakan, terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata.

Airport Papua sendiri terletak di celah-celah gunung, bila pesawat touch down keadaan di sekitar runaway berkabus, dah macam landing kat Zurich u olls.

At least terubatlah sikit derita menanggung kelaparan almost lapan jam tu…kenangan sungguhlah naik pesawat tambang murah kat Indonesia ni, aargghhhhhh!!!!

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat! Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat! Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat! Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!Travelog: Papua, Lapan Jam Menahan Kelaparan Dalam Pesawat!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI