Mendengar saja negara Mogadishu, Somalia pasti terbayang kawasan ancaman pengganas dan perang saudara di sana.
Malah rata-rata menganggap Somalia adalah negara tidak selamat untuk dikunjungi.
Artikel Berkaitan: Selain Teluk Cempedak & Cherating, Pantai Balok Juga Lokasi Best Untuk Lepak Di Kuantan
Namun bagi Siti Noridah Ab. Rahaman menangkis tanggapan ini. Dia yang berpengalaman bercuti di sini memberitahu apa yang menarik untuk kita terokai jika travel ke negara ini.
Di Mogadishu walaupun masih bergolak dan berhadapan dengan ancaman pengganas setiap hari, tetapi rata-rata orang di sana cool sahaja. Tidak ada pula saya ternampak orang bertumbuk atau bergaduh di tepi jalan. Walaupun kami sentiasa di bawah jagaan ketat sekuriti bersenjata, kami berpeluang juga mendekati orang tempatan di sini.
Jangan tidak tahu, di Mogadishu juga ada pantainya sendiri. Pantai Liido namanya. Pasirnya putih bak pasir di pulau Perhentian. Airnya biru kehijauan walaupun begitu dekat dengan bandar.
Di pantai Liido inilah majoriti penduduk Mogadishu bersantai. Ada yang bermain bola, ada yang tour dengan bot, ada yang berenang-renang di persisir pantai dan macam-macam lagi aktiviti. Ada banyak juga deretan kedai minum di sini.
Kami berhenti minum sekejap di satu cafe di tepi pantai bagi menghilangkan dahaga. Iyalah cuaca di Somalia ini sangat panas membahang, apatah lagi di tepi pantai begini. Tiba-tiba kami ditegur oleh sekumpulan 4 orang gadis Somalia.
Tak sangka, begitu fasih sekali mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Salah seorang daripada mereka bertanya tentang saya, adakah saya Islam? Mungkin dia berasa pelik melihat cara saya bertudung.
Wanita di Somalia kebanyakannya memakai tudung hitam labuh terus seperti jubah. 1 piece tudung plus jubah. Baru berjumpa, tetapi boleh berborak mesra seolah sudah lama kenal. Mereka sangat peramah dan cantik. Saya kagum melihat kulit muka mereka yang bewarna gelap dan mulus glowing begitu.
Local guide beritahu, ada seorang lelaki yang menjemput kami makan tengahari di tempatnya. Lelaki ini kenalan local guide dan pernah belajar dan menetap lama di Malaysia. Local guide siap bagi saya bercakap dalam telefon dengan kenalannya dan selamba kami bercakap dalam bahasa Melayu. Ya, fasih sungguh dia berbahasa Melayu!
Jeep kami berhenti di tepi sebuah bangunan yang kelihatan agak mencurigakan. Seperti sebuah bangunan tinggal. Rupanya ini adalah tempat kenalannya tadi dan kami akan berhenti makan tengahari di sini.
Rupanya bangunan ini adalah sebuah hotel. Di pintu masuk ada 2 orang sekuriti bersenjata yang memeriksa beg dan kemudian kami perlu scan badan. Tahap sekuriti di sini seolah-olah kami berada di lapangan terbang.
Apabila masuk ke dalam bangunan, rupanya cantik juga. Lantai bersih dan berkilat. Tetapi di luar tadi macam nak masuk rumah hantu sahaja gayanya.
Kami berjumpa dengan Abbas (bukan nama sebenar) dengan mesra beliau menyambut kami. Seolah jumpa orang kampung sendiri. Bahasa Melayunya fasih walaupun sudah beberapa tahun meninggalkan Malaysia.
Lama juga kami berborak bercerita dan kebanyakannya tentang makanan Malaysia. Rindu benar dia dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak. Kami dihidangkan dengan makanan yang cukup banyak.
Padahal dia tahu kami berapa orang sahaja tetapi disediakan makanan yang sangat banyak. Pemurah sungguh mereka. Amalan meraikan tetamu yang menjadi amalan orang Islam masih sangat tebal dalam diri mereka di Somalia.
Macam-macamlah dihidangkan untuk kami dan paling istimewa sekali ada daging unta. Daging unta amat popular dan menjadi favorit kebanyakan orang Somalia. Memang kenyang sungguhlah kami dibuatnya.
Itu pun dia masih memaksa saya makan lagi dan lagi. Perut saya terlalu kecil untuk habiskan semuanya tetapi puas sungguh. Selesai makan, saya tumpang solat Zuhur di dalam salah satu bilik hotel di situ.
Artikel Berkaitan: 10 Tarikan ‘Nature’ Menarik Negeri Indera Kayangan. Patut La Perlis Ni Aman Damai Je
Kemudian bila kami balik ke hotel, ada seorang lagi lelaki Somalia yang hendak berjumpa dengan kami. Kami berborak di lobi hotel. Orangnya soft spoken, lembut sahaja bila bercakap.
Katanya dia pernah belajar di universiti di Kuala Lumpur tetapi perlu pulang semula ke Mogadishu atas sebab tertentu. Katanya, dia teringin untuk datang semula ke Kuala Lumpur. Katanya lagi, dia cemburu dengan keamanan, kekayaaan dan kesejahteraan Malaysia.
Berkali-kali dia memberitahu saya, you are so lucky born in Malaysia. Saya terdiam sekejap dan tak tahu perlu jawab bagaimana. Rasa terpukul pun ada. Kadang-kadang kita tak sedar betapa beruntungnya kita yang dilahirkan di Malaysia.
P/s: Saya ingin tegaskan, travel di Mogadishu adalah bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Travel di sana tanpa sekuriti bersenjata seumpamanya membunuh diri. Saya bukan promote untuk travel di sana tetapi saya sekadar berkongsi pengalaman dan cerita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Doakan juga saudara seagama kita di sana semoga mereka sentiasa terlindung daripada bencana. InshaaAllah!
Untuk trip ke Mogadishu ini, kami mengupah local guide melalui sebuah travel agensi based di London. Kami sedar Mogadishu masih terlalu bahaya untuk independent traveller. Sejujurnya saya kurang gemar dengan arranged tour sebegini tetapi demi keselamatan tak apalah. Apa pun, keselamatan dan nyawa sentiasa jadi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.
Artikel Berkaita: ‘Road To Pantai Timur From Penang’. Trip Sejauh 1367KM Jejak Kelantan, Terengganu & Pahang
Kredit: Facebook Travelog ET