Orang Malaysia memang sinonim dengan rakyatnya yang ramai tergila-gilakan semua benda tentang Korea dan percutian ke negara yang terkenal dengan budaya K-pop tu sekarang bukanlah satu perkara yang luarbiasa lagi.
Setiap bulan kita akan dapat lihat trafik pelancong dari Malaysia yang bercuti ke Korea memang ramai. Tapi dalam seramai-ramai tu, apa tip atau travel guide yang diorang guna sewaktu bercuti ke sana?
Okay.. Kalau korang nak travel guide yang membantu korang bercuti ke Korea atau secara spesifiknya bercuti ke Busan, korang boleh cuba dengan travel guide ni dulu.
Melawat Pantai Haundae
Pantai Haeundae merupakan pantai yang menjadi tarikan orang Korea tambah-tambah pada musim panas. Apa yang paling menarik pemandangan pantai ini sangat cantik dan bersih. Orang Korea ni lebih kurang macam Jepun. Diorang memang suka bersih-bersih. Kalau nak amik contoh pantai diorang then buat dekat pantai kita di Malaysia ni pun boleh. Bersih sikit.
Ads
Pergi jambatan gantung Pantai Gwangalli
Istimewanya di pantai ini, korang dapat tengok jambatan gantung Gwangandaegyo Bridge. Pada waktu malam pemandangannya lebih menarik sebab korang dapat tengok cahaya lampu yang berwarna purple seakan-akan bintang di langit dari jambatan ni. Selain tu, pantai ni juga ada banyak restoran yang menyajikan makanan-makanan lazat dan terdapatnya pelbagai kafe.
Singgah ke Shinsegae Department Store
Pusat Beli-Belah Shinsegae Centum City ni dapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai kompleks membeli-belah terbesar di dunia. Kompleks ni mempunyai banyak kedai dan menjual pelbagai barang-barangan di bawah satu bumbung. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan hiburan di kompleks ini. Shinsegae, yang membuka kompleks beli-belah pertama di Korea, mencerminkan pengalaman jualan runcit yang menarik di sini. Beberapa kemudahan hiburan yang ada termasuk spa dan gelanggang ais.
Ads
Boleh cuba Spa Land
Spa Land yang terletak di Centum City di Haeundae, Busan ni mempunyai semua yang ada pada spa tradisional Korea. Spa Land terdiri daripada 22 spa yang meliputi dua jenis kolam air panas semula jadi yang dipam dari bawah tanah, 13 ‘Jjimjil-bangs’ bertema yang unik dan sauna termasuk spa kaki berkonsepkan open-space. Tingkat satu menempatkan rumah tradisional Korea ‘Jjimjil-bang’ dan sauna tradisional daripada seluruh dunia. Kegemaran pengunjung di sini adalah ‘Sauna Roman’ yang berkonsepkan rumah mandi roman zaman purba menggunakan teknologi moden dan ‘Sauna Finland’tradisional.
Cuba makan Dolsot Bibimbap
Bibimbap adalah hidangan tradisional Korea yang menggunakan beras, sayuran, gochujang, dan pasta pedas. Dolsot bermaksud berkhidmat dalam mangkuk batu panas, jadi beras di bahagian bawah mendapat sedikit rangup.
Ads
Dak Galbi
Ia biasanya dibuat dengan ayam atau makanan laut, sos benar-benar lazat dan banyak sayur-sayuran yang digoreng. cuba pesanTtteokbokki yang dipenuhi keju (keju beras Korea), keju, dan beras untuk dimakan bersama kedua hidangan ini.
Hotteok Ssiat
Hotteok adalah sejenis makanan Korea yang kebiasaanya korang akan jumpa di tepi-tepi jalan. Ia seakan macam pastri goreng yang disumbat dengan gula kayu manis. Hotteok ssiat adalah versi khas Busan yang disumbat dengan kayu manis, biji bunga matahari, biji labu dan kacang. Yang terbaik untuk berada di Nampodong.
So macam mana? Next time nak ke Busan cuba la try travel guide ni. Kalau ada update, roger-roger Libur!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penduduk Singapura atau warga asing yang menetap di Kota Singa yang mahu memasuki Malaysia bagi tempoh singkat bagi urusan rasmi atau perniagaan boleh membuat permohonan menerusi Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).
Laluan Hijau Timbal Balik ini juga terpakai untuk warga Singapura yang mahu memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan dalam tempoh singkat. Bagi warga Singapura dan penduduk tetap di negara itu yang mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) dan mahu memasuki Malaysia untuk bekerja atau urusan perniagaan perlu membuat permohonan menerusi Periodical Commuting Arrangement (PCA).
Untuk menggunakan kemudahan RGL dan PCA ini, semua pelawat asing perlu memohon melalui sistem MyTravelPass (MTP) di http://www.mtp.imi.gov.my bermula 10 Ogos 2020.
Selain itu, semua pelawat asing perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengaktifkannya dalam telefon pintar masing-masing.
Pelawat asing yang menggunakan kemudahan RGL, penaja mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak individu itu melalui sistem MTP.
Bagi pelawat asing yang menggunakan kemudahan PCA pula, majikan mereka di negara ini perlu membuat permohonan melalui sistem MTP
Semua pelawat asing dan warganegara Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini daripada agensi berkaitan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19. Tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan ke atas mereka yang ingkar dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.imi.gov.my atau https://safetravel.ica.gov.sg untuk mendapatkan panduan lengkap tatacara permohonan dan keperluan dokumen bagi kemudahan RGL dan PCA.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika wabak pandemik melanda negara, ramai daripada rakyat Malaysia yang diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja untuk mengelakkan penularan COVID-19.
Sudah hampir masuk tempoh setahun kita hidup dalam norma baru sebegini. Ada kalanya hanya berada di rumah semata-mata untuk bekerja pasti berasa bosan dengan persekitaran tersebut. Tekanan dari situasi ini mampu memberi kesan kepada produktiviti kerja. Bagi sesetengah orang, rumah bukanlah tempat terbaik untuk fokus kepada kerja. Jom tukar angin dengan bekerja dari hotel.
Ini 10 hotel terkemuka di Selangor yang menawarkan pakej work-from-hotel sekiranya anda memilih untuk menukar cara kerja kebiasaan anda:
Namun begitu, usah lah kita mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kepatuhan kepada operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.
Sumber: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hujan lebat lebih dua jam petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Ini kejadian kedua berlaku dalam tempoh dua bulan. Pada bulan September lalu limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Semalam (17 November 2020) walaupun tidak seteruk banjir kilat pada September, namun turut mengakibatkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang.
Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan situasi lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela dan Jalan Parlimen. Di Lebuhraya DUKE, seorang pengguna media sosial memuat naik video yang menunjukkan lebuh raya tersebut dinaiki air.
Berikutan keadaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika musim tengkujuh ini.