Raya berbaki masa beberapa hari saja lagi dah sebelum banyak kedai yang tutup, ada beberapa benda penting yang anda kena ada sebelum balik raya sepertinya – travel charger.
Ada banyak lambakkan charger daripada pelbagai bentuk dan jenama di pasaran. Tapi yang mana bagus untuk kegunaan musim raya ni? Kerap kali kita lihat ada saudara-mara kita yang bawa bukan setakat satu gadget, tapi banyak! Kadang-kadang tu bukan setakat saudara-mara, malah diri kita sendiri pun sama bawa dua tiga gadget
sewaktu melancong.Jadi bila dah banyak gadget, soket elektrik dekat kampung tu bukannya banyak. Sah-sah nak beratur cas telefon pun akan ambil masa yang lama nanti. Jadi untuk menjimatkan ruang, masa dan tenaga anda bertungkus-lumus nak cas telefon raya nanti, ada dua ciri charger yang perlu ada dalam bagasi raya anda.
Multiple USB Port
Jadi demi menjimatkan ruang dan mudah untuk kita organize
barang-barang, dicadangkan kepada anda untuk bawa charger yang boleh mengecas lebih daripada satu device serentak.Kebanyakkan charger yang terkini menggunakan port USB. Hanya perlu bawa kepala charger dan extra cable USB untuk mengecas gadget anda.
Itu lebih menjimatkan ruang, masa dan menjamin kesemua gadget yang kita bawa mempunyai bateri yang cukup untuk pengembaraan pada esok hari.
Fast charging
Sekarang teknologi dah semakin berkembang pesat maka keluarlah pelbagai jenis produk terbaik yang ada di pasaran. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa minit dalam sehari untuk mencari dan menggodek semua ecommerce yang ada dalam internet untuk cari pengecas fast charging
ni.Kalau boleh dapatkan pengecas fast charging yang boleh mengecas beberapa peranti sekaligus sebab ia lebih menjimatkan ruang dan masa menunggu untuk peranti anda siap dicas.
Fast charging ni bagi Libur sangat membantu. Anda tak perlu melangok menunggu lama untuk peranti anda 100% fully charge. Teknologi fast charging ni boleh mengecas peranti anda dalam masa singkat sahaja, lebih kurang sejam berbanding semalaman berbanding pengecas biasa.