
Raya berbaki masa beberapa hari saja lagi dah sebelum banyak kedai yang tutup, ada beberapa benda penting yang anda kena ada sebelum balik raya sepertinya – travel charger.
Ada banyak lambakkan charger daripada pelbagai bentuk dan jenama di pasaran. Tapi yang mana bagus untuk kegunaan musim raya ni? Kerap kali kita lihat ada saudara-mara kita yang bawa bukan setakat satu gadget, tapi banyak! Kadang-kadang tu bukan setakat saudara-mara, malah diri kita sendiri pun sama bawa dua tiga gadget sewaktu melancong.
Jadi bila dah banyak gadget, soket elektrik dekat kampung tu bukannya banyak. Sah-sah nak beratur cas telefon pun akan ambil masa yang lama nanti. Jadi untuk menjimatkan ruang, masa dan tenaga anda bertungkus-lumus nak cas telefon raya nanti, ada dua ciri charger yang perlu ada dalam bagasi raya anda.
Multiple USB Port

Jadi demi menjimatkan ruang dan mudah untuk kita organize barang-barang, dicadangkan kepada anda untuk bawa charger yang boleh mengecas lebih daripada satu device serentak.
Kebanyakkan charger yang terkini menggunakan port USB. Hanya perlu bawa kepala charger dan extra cable USB untuk mengecas gadget anda.
Itu lebih menjimatkan ruang, masa dan menjamin kesemua gadget yang kita bawa mempunyai bateri yang cukup untuk pengembaraan pada esok hari.
Fast charging
Sekarang teknologi dah semakin berkembang pesat maka keluarlah pelbagai jenis produk terbaik yang ada di pasaran. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa minit dalam sehari untuk mencari dan menggodek semua ecommerce yang ada dalam internet untuk cari pengecas fast charging ni.
Kalau boleh dapatkan pengecas fast charging yang boleh mengecas beberapa peranti sekaligus sebab ia lebih menjimatkan ruang dan masa menunggu untuk peranti anda siap dicas.
Fast charging ni bagi Libur sangat membantu. Anda tak perlu melangok menunggu lama untuk peranti anda 100% fully charge. Teknologi fast charging ni boleh mengecas peranti anda dalam masa singkat sahaja, lebih kurang sejam berbanding semalaman berbanding pengecas biasa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Hujung Minggu Ke Batam. 2 Hari Yang Menyeronokkan

Batam terletak di Kepualau Riau Barat berhampiran Singapura dan juga Malaysia.
Hujung minggu di Batam sekarang ini sudah meriah dan sedikit sesak dengan kunjungan pelancong luar semata-mata untuk membeli-belah kerana destinasi ini merupakan kawasan bebas cukai. Selain itu, Batam juga mempunyai tarikan lain yang begitu mengujakan.
Ada pelbagai cara yang boleh dipilih pengujung yang ingin datang ke Batam samada menggunakan penerbangan terus ke sini atau menaiki bot atau feri. Nah, ini cadangan untuk anda apa yang boleh dilakukan jika ingin ke Batam pada hujung minggu atau untuk tempoh 2 hari sahaja.
Sumber perkongsian daripada Instagram @meeraleana
Itinerary ke Batam + Bintan Indonesia
Nak pergi Maldives tapi dompet tak mengizinkan? Pergilah Bintan! Ini trip untuk percutian 2 hari 1 malam.
Day 1
-Bertolak dari rumah 6.45pagi & sampai kat Terminal feri Stulang pukul 7.15pagi. Kaunter feri dibuka seawal jam 6pagi. Tiket boleh beli through online or over the counter. Disebabkan taknak rushing so kitorang beli walk in je. 1st trip 7.15 & next trip setiap 45minit. Kitorang naik next trip pukul 8.
-Perjalanan dari terminal Stulang ke Batam Centre makan masa 2jam. Sila google terminal terdekat dengan hotel anda. Batam kalau dari Pasir Gudang sejam setengah & dari Singapore cuma sejam. So boleh pilih nak naik dari mana.
-Sampai je kat Batam Centre, terus beli simkad untuk book Grab. Tapi area terminal, Grab tak dibenarkan masuk so terpaksa naik teksi. Lepas check in & letak barang2, deal dengan supir tu untuk hantar ke jeti sebab nak terus ke Bintan & singgah lunch makan ayam penyet.
-Nak beli tiket ke Bintan pun make sure amik jeti Tanjung Uban. Naik speedboat mahal sikit tapi cepat, 15 minit je. Feri dalam sejam. Sampai je kat jeti Tanjung Uban, cari teksi untuk ke Lagoi Bay. Kat Bintan ni pun memang takde Grab. Standard price one way jeti-Lagoi Bay 250k. Nego2 sikit dengan supir tu dapatlah 450k untuk return price. Entrance fee untuk Treasure Bay Lagoi pun beli dengan dia murah, 100k termasuk main slide. Kalau kat kaunter 120k tak termasuk slide.
-Tak cukup masa kat Treasure Bay ni sebab sampai pun dah pukul 2. 4.30 supir dah nak pickup sebab takut takde boat nak balik ke Batam. Last boat 5.30 @ 6 depends passenger ramai ke tak. So sejam mandi, sejam bergambar. Tapi sempat jugak lah mandi2, main slide & see through canoe. Actually kena bayar mahal untuk main canoe tu. Semua mainan RM100++ each. Dia cakap sebab dekat dengan Singapore. Tapi staff yg jaga tu baik. Kitorang mintak amik gambar je tapi dia bagi naik free.
-4.30 supir pickup & hantar ke jeti. Dari jeti amik supir lain untuk hantar ke restoran seafood. Mintak dia hantar kat restoran Kelong tapi dia hantar ke Golden Prawn 555. Okok je la takde murah & sedap sangat pun. Senibong lagi sedap.
Lepas makan terus ke hotel & celebrate birthday atas rooftop. ( yes ni actually birthday trip )
Expenses day 1
- Return ticket Stulang-Batam-Stulang : RM131/pax
- Parking kereta : RM9
- Evitel Hotel : RM203/3
- Simkad : 95k rp/2
- Teksi from terminal to hotel : 40k rp/3
- Lunch set ayam penyet : 20k rp/pax
- Teksi from hotel to jeti : 100k rp/3
- Speedboat to Tg Uban:53k rp/pax
- Teksi to Treasure Bay return price: 450k/3
- Entrance fee Treasure Bay : 100k/pax
- Speedboat to Batam : 47k rp/pax
- Teksi to Golden Prawn: 120k rp/3
- Dinner at Golden Prawn : 421k rp/3
Day 2
-Lepas breakfast kat hotel, book Grab ke Tebing Langit, tempat ala2 di Jogjakarta. Ada rumah Hobbit, tikar terbang (tapi kena bayar harga lain). Nak naik sini kena hiking sikit tapi tak tinggi mana pun. Cuma kena hati2 sebab safety sini agak teruk. Scary jugak la + gayat panjat atas tu. Lepas bergambar apa yang patut, still pakai supir yang sama. Deal dengan dia untuk bawa pusing2 Batam. Dari Tebing Langit kitorang ke Balerang bridge, Masjid Chen Ho, singgah beli kek lapis & direct ke terminal feri untuk balik JB.
Expenses Day 2
- Grab from hotel to Tebing Langit : 50k rp/3
- Entrance fee Tebing Langit : 10k rp/pax
- Tour Batam half day : 250k rp/3
- Kek lapis : 250k rp
- Seaport tax : 100k rp/pax
Cash bawa 1juta rupiah ~ +-RM300
Total all in : RM529
Tip
- Please take note tak semua tempat kat Batam ni yang Grab boleh masuk. Antaranya Nagoya Hill, terminal feri & Balerang Bridge.
- Kalau ada budget lebih, please stay dekat Bintan & try watersport kat Treasure Bay. Sumpah cool gila! Ada bumper boat, water tricycle, water stand-up paddle, inflatable kayak, water ZOVB, the Jetovator, cable ski, slip and slide and more. Scooter & ATV pun ada. Macam2 lah. Standby je duit kepuk2 2,3 ribu sebab semua ride mahal
- Kalau dah stay kat Bintan pulak, please spend 1 day untuk tour banyak tempat2 best kat Bintan. Banyak instagrammable spot kat Bintan ni – Bukit Pasir Busung, Danau Biru, Pantai Trikora & Patung Seribu Wajah.
- Please standby 100k rp untuk seaport tax dari Batam ke Stulang. Seaport tax ni wajib ye. Kat Stulang tak kena bayar. Kat Batam je kena. Jangan shopping sampai licin duit & lupa asingkan seaport tax.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Lokasi Pelancongan Menarik Untuk Anda Pertimbangkan Kalau Bercuti Ke Hanoi

Isi Kandungan
ToggleRamai yang ingat Ho Chi Minh adalah ibu negara kepada Vietnam sebab bandar itu lebih maju berbanding kota ibu negara Vietnam yang sebenar iaitu Hanoi. Jadi kepada yang masih merasakan Ho Chi Minh adalah ibu negara Vietnam, anda dah tersalah tempat.
Hanoi adalah ibu negara Vietnam yang sebenar. Punca kenapa Hanoi kelihatan lebih tradisional berbanding Ho Chi Minh adalah kerana pada zaman perang saudara dahulu, bahagian utara Vietnam di bawah jajahan Perancis manakala selatan Vietnam di bawah jajahan Amerika Syarikat. Disebabkan oleh itu menjadikan Ho Chi Minh lebih kehadapan dahulu berbanding Hanoi.
Untuk anda yang merancang nak ke sana, tak akan tak ke mana-mana kan? Alang-alang menyeluk pekasam tu biar sampai ke pangkal lengan. Dah sampai Hanoi, jom la pusing-pusing dulu.
Ini antara beberapa lokasi yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda pergi di Hanoi Kelak.
Kredit gambar: www.guidevietnam.org
Tasik Hoan Kiem dan Ngoc Son
Tasik Hoan Kiem di Hanoi menarik perhatian pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menghindari kebisingan dan kesibukan bandar. Damai dan tenang, tasik ini mengelilingi Kuil Ngoc Son, sebuah pagoda yang terletak di tengah-tengah sebuah pulau kecil.
Kuil ini menarik banyak pelawat dan dibina untuk memperingati pemimpin tentera abad ke-13, Tran Hung Dao yang terkenal dengan keberaniannya dalam pertempuran melawan Dinasti Yuan. Pulau di mana kuil ini dibina dikenali sebagai Pulau Jade dan boleh dimasuki melalui Jambatan Huc atau Rising Sun Bridge yang merupakan jambatan kayu dicat merah jambu daripada reka bentuk Vietnam klasik.
Pagoda ini juga dijaga oleh dua menara yang mengagumkan, dihiasi dengan tulisan Cina. Tasik dan kuil ini mungkin tempat paling terkenal di bandar Hanoi sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati pemandangan dan merupakan tempat yang bagus untuk duduk dan melihat penduduk tempatan.
Tasik dan kuil ini menawarkan banyak pokok dan teduhan untuk melarikan diri dari jalan-jalan bandar yang sibuk. Untuk menuju ke sini, anda boleh menuju ke Old Quarter dan pejabat pos utama yang terletak di sebelah tasik. Tiket boleh dibeli di gerai yang terletak di sebelah kiri sebelum anda menyeberangi jambatan.
Kuil dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang setiap hari dan masa yang terbaik untuk sampai ke tasik ini adalah waktu pagi untuk menonton penduduk tempatan melakukan yoga dan tai chi. Untuk sampai ke kuil, anda boleh berjalan melintasi jambatan Huc berwarna ke Jade Island.
Lokasi: Hanoi Old Quater

Imperial Citadel of Thang Long
Imperial Citadel of Thang Long adalah peninggalan sejarah Vietnam yang menarik serta menjadi tanda sejarah dan budaya masyarakat Vietnam yang penting, malah ia telah digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2010.
Imperial Citadel of Thang Long turut dikenali sebagai Kota Benteng Hanoi di samping penemuan banyak artifak bersejarah kurun ke-6 hingga kurun ke-20 yang digali pada tahun 2004. Penemuan artifak bersejarah ini termasuk asas binaan istana lama, jalan kuno, kolam dan telaga.
Di samping penemuan ini, ahli arkeologi juga menemui syiling gangsa, seramik dan tembikar dari China dan banyak tempat lain di Asia. Semuanya penemuan ini menunjukkan hubungan dagangan yang dekat di kawasan ini.
Tapak kuno ini adalah pusat politik negara selama 13 abad berturut-turut dan menjadi ibukota Vietnam selama lapan abad. Tarikan yang ketara di Imperial Citadel of Thang Long adalah Menara Bendera Hanoi, sebuah kubu batu berukuran 40 meter yang telah diubahsuai dan menawarkan pemandangan Ba Dinh Square dan Pusat Bandar Raya Hanoi.
Lokasi Imperial Citadel of Thang Long ini terletak di Daerah Ba Dinh, harga tiket untuk masuk ke kawasan ini berharga VND30,000 dan ia dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Isnin. Tapak terkenal ini juga berada dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari tempat-tempat menarik seperti Kuil Quan Thanh, Muzium Sejarah Ketenteraan Vietnam dan Gereja Cua Bac.
Untuk mengunjungi kawasan yang menarik di sini, anda boleh terus ke bilik pameran yang mempamerkan barangan artifak yang menarik dan mock-up benteng istana kuno ini sendiri.
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (8 pagi hingga 5 petang)
Lokasi: 9 Hoang Dieu, Dien Bien, Ba Dinh District, Hanoi
Harga: VND30,000

The Perfume Pagoda
Pagoda Perfume, yang turut dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Chua Huong. Pagoda ini terletak di tengah-tengah kawasan yang sangat dihormati dan suci serta memaparkan kuil-kuil Buddhayang dibina di tebing batu kapur Huong Tich.
Di tengah kompleks pagoda ini terletak Kuil Perfume di Gua Huong Tich. Dipercayai bahawa kuil pertama dibina di sini pada abad ke-15, walaupun legenda setempat mengatakan bahawa tapak ini sebenarnya telah ditemui lebih 2,000 tahun yang lalu oleh seorang biarawan Buddha yang sedang bermeditasi di kawasan berhampiran.
Bukit-bukit di kawasan ini mempunyai keindahan alam semulajadi dan rohani yang penuh dengan sungai, tumbuh-tumbuhan tropika dan kuil. Terdapat banyak pagoda untuk dilawati dan setiap satu kuil menawarkan bentuk yang berbeza, kebanyakannya adalah Buddha walaupun terdapat satu atau dua daripadanya adalah animis.
Pagoda Perfume menarik penganut budha serta pelancong yang mencari nasib baik daripada stalagmit dan stalaktit di dalam gua yang telah dinamakan sesuai dengan rahmat yang dipercayai dapat ia berikan. Dun Tien menawarkan kemakmuran dan Nui Co menawarkan peluang melahirkan seorang gadis manakala Dun Gao diterjemahkan sebagai ‘tumbukan beras’ kepada mereka yang berharap untuk tuaian yang melimpah.
Pintu masuk Pagoda Perfume mempunyai ruang yang luas dan Gua Huong Tich menyerupai mulut naga yang terbuka serta dihiasi dengan huruf Cina kuno yang diterjemahkan sebagai ‘gua gred pertama di Dunia Selatan’, tarikh penulisan ini dianggarkan pada tahun 1770. Ruang di dalam gua terdapat banyak patung yang diukir dari batu hijau yang menghiasi kuil yang, termasuk salah satunya adalah Tuan Buddha dan satu lagi dewi Buddha Quan Am.
Stalaktit dan stalagmit licin juga mengisi ruang dalam gua dan sentiasa disentuh oleh jemaah yang mempercayai ia mampu untuk menyampaikan mukjizat dan nasib baik. Anda akan dapati kuil yang sangat sejuk di dalam dan juga sangat sibuk terutama pada hari-hari perayaan Chua Huong yang berlangsung dari Januari hingga April.
Adalah lebih baik mengambil masa untuk berhenti dan menikmati pemandangan di sepanjang laluan ke kuil kerana di sana mempunyai pemandangan yang sangat menarik, dihiasi dengan pokok buah-buahan termasuk aprikot dan herba ubatan yang ditanam oleh petani tempatan. Kuil-kuil lain yang ada untuk dilihat di dalam kompleks ini termasuk Kuil Vong, Gua Thuyet Kinh dan Pagoda Thien Son.
Perjalanan ke Pagoda Perfume ini sendiri merupakan pengalaman yang menarik. Terletak kira-kira 60 km dari barat daya Hanoi di sekitar Gunung Huong Son, anda perlu mengambil kereta selama kira-kira dua jam sebelum menaiki bot untuk sampai ke kompleks kuil. Bot ini akan menelusuri sungai dan anda akan mempunyai pilihan untuk berhenti dan melawat beberapa kuil ini. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masa yang singkat, terus sahaja ke Gua Huong Tich. Anda perlu berjalan kaki untuk ke Pagoda Perfume yang mengambil masa kira-kira satu jam. Laluan boleh menjadi licin, jadi anda perlu membawa kasut atau kasut hiking.
Waktu operasi: Setiap hari 6.30 pagi hingga 5 petang
Lokasi: Huang Son, My Duc, Hanoi
Teater Boneka Air Thang Long
Teater Boneka Air Thang Long di Hanoi ini adalah antara teater boneka air yang terkenal di dunia dan mempunyai susur galur seni yang bermula pada abad ke-11. Tradisi teater boneka air ini berasal apabila kawasan sawah padi dibanjiri oleh air dan penduduk kampung akan membuat hiburan dengan berdiri di dalam petak sawah dan bermain boneka di dalam air yang berketinggian separas pinggang.
Menggunakan batang besar sebagai sokongan, boneka ini kelihatan seolah-olah bergerak di atas air dengan boneka-boneka yang lain akan disembunyikan di sebalik layar.
Tradisi teater boneka air ini unik terutama kepada Vietnam Utara, sehingga menjadikan ia terkenal dan dimainkan di beberapa lokasi berbeza seluruh dunia. Jadi pengalaman untuk menonton teater boneka air di sini merupakan pengalaman yang berbeza kerana ia dimainkan di lokasi asal iaitu panggung Teater Boneka Air Thang Long.
Pertunjukan teater boneka air ini diiringi oleh orkestra yang bermain musik tradisional menggunakan drum, loceng kayu, tanduk, seruling buluh dan simbal. Terdapat juga lagu-lagu tradisional Vietnam yang menceritakan kisah tersendiri sambil dilakonkan oleh boneka air.
Sebahagian besar pertunjukan ini menceritakan kisah rakyat Vietnam dan legenda rakyat tempatan dalam pelbagai topik termasuk perayaan penuaian padi yang digambarkan dengan cara yang lucu.
Pertunjukkan di pentas teater ini dilakukan di kolam air untuk boneka. Patung-patung boneka ini dikendalikan oleh tidak lebih dari lapan anak dalang yang bersembunyi di belakang layar buluh.
Pertunjukan Boneka Air Thang Long ini juga dianggap sebagai salah satu acara penting budaya masyarakat di Vietnam Utara, berasal daripada tradisi yang bermula di hulu Sungai Merah dan persembahan biasanya terdiri daripada beberapa plot pendek dan bukan satu plot cerita panjang, membawa penonton merasai perjalanan kehidupan kampung purba, hasil pertanian dan tarian makhluk mitos.
Plot penceritan teater boneka air ini juga menunjukkan kisah Legend of the Sword of King yang ditambahbaik, kisah Hoan Kiem Lake dan kura-kura raksasa. Selain itu, persembahan musik turut memainkan paranan penting dalam persembahan dengan penyanyi yang sering menjerit kata-kata dorongan kepada boneka.
Teater Boneka Air Thang Long adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Hanoi. Jadi, sebaiknya anda beli tiket terlebih dahulu sebaik sahaja anda tiba di Hanoi. Anda juga dinasihatkan untuk membeli tempat duduk di bahagian hadapan bagi mendapatkan pemandangan yang lebih dekat kerana terdapat beberapa ratus tempat duduk penonton dan boneka air ini tidak begitu besar.
Teater mempunyai 17 plot penceritaan dalam durasi satu jam. Selain daripada harga tiket sebanyak VND100,000, ada bayaran yang dikenalan untuk kamera atau video jika anda ingin mengambil gambar sepanjang persembahan ini.
Waktu operasi: Setiap hari pukul 3 petang, 4.10 petang, 5.20 petang, 6.30 petang dan, 8 malam.
Lokasi: 57B, Dinh Tien Hoang Street, Hoan Kiem District, Hanoi
Harga: VND100,000

Makam Ho Chi Minh
Makam Ho Chi Minh di Ba Dinh Square ini adalah salah satu tarikan yang paling banyak menerima pelawat di Hanoi. Makam ini adalah tempat berehat terakhir Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam yang paling ikonik dan popular, serta turut dikenali sebagai ‘Uncle Ho’.
Tubuhnya disemadikan di dalam bekas kaca, walaupun persemadian itu menentang keinginan dirinya. Bagi pelancong, perjalanan ke tempat istirehat terakhir Uncle Ho boleh menjadi pengalaman luar biasa kerana ia bukan sekadar tarikan biasa; ia adalah sebahagian daripada sejarah yang unik.
Bermula pada tahun 1973, pembinaan makam ini diinspirasikan daripada makam Lenin di Rusia dan pertama kali dibuka kepada orang ramai pada tahun 1975. Binaan menggunakan granit memberi makna kepada penduduk tempatan sebagai simbol bahawa pemimpin mereka yang kasihi ‘hidup selama-lamanya’.
Keselamatan di sini agak ketat dan pelancong harus berpakaian sopan, tidak dibenarkan berpakaian seluar pendek, baju tanpa lengan dan miniskirt malah semua orang perlu menyimpan beg dan kamera mereka sebelum dibenarkan masuk. Pengunjung juga tidak dibenarkan berhenti kerana giliran pelancong untuk masuk ke sini adalah berterusan dan sentiasa sibuk.
Jasad Uncle Ho akan dihantar setiap tahun ke Rusia untuk proses pengawetan dan makam akan ditutup biasanya dari bulan Oktober dan ke atas. Anda dinasihatkan untuk menyemak tarikh lawatan dengan hotel anda sebelum berkunjung ke sini. Kemasukan ke sini adalah percuma tetapi derma ikhlas tetap diterima.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr. Zulkifli Ingatkan, Yang Suka Travel Dah Boleh Muat Naik Terus Senarai Logo Halal Luar Negara Diiktiraf JAKIM

Isu halal haram membabitkan makanan yang menjadi darah daging sangat sensitif dalam kalangan masyarakat Islam.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering travel ke luar negara. Pastinya kedai makanan halal menjadi keutamaan untuk mengalas perut.
Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam yang betanggung jawab dalam memastikan status halal membabitkan industri makanan telah barkongsi 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia yang disahkan oleh JAKIM.

Jadi bagi yang travel ke luar negara dinasihatkan untuk meyimpan dengan muat turun dalam bentuk format PDF senarai logo halal ini bagi mengelakkan termakan makanan tidak halal sepanjang berkelana di rantau orang.
Maklumat ini telah dikongsi oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkfli Mohamad al-Bakri di laman sosial Facebooknya dan logo-logo halal luar negara ini adalah senarai terbaru dibuat sehingga 1 Disember 2020.

SENARAI PENUH LOGO-LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM
Sehingga 1 Disember 2020, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh:
Mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran.
Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk:
Mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh:
Menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.
Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020 – klik : https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…

Artikel Berkaitan:
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI