Gua Musang, Kelantan terkenal dengan pemandangan banjaran bukit hijau dan batu kapur.
Destinasi ini sering kali menjadi lokasi idaman si peminat alam untuk beriadah dan bersantai. Paling menarik ada stesen kereta api lama dan baru di daerah yang terbahagi kepada dua iaitu bandar Gua Musang lama dan Bandar Baru Gua Musang. Terletak di pinggir bandar itu, landasan kereta api baru beriringan dengan jalan raya dua hala. Stesen kereta api baru lebih hampir dengan bandar lama iaitu kira-kira satu kilometer. Ini disebabkan stesen kereta api baru ini dibina tidak jauh daripada stesen kereta api lama di bandar lama.
Stesen kereta api Gua Musang milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad), menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Tren tempatan dari Tumpat tamat di Stesen kereta api Gua Musang. Jika anda ingin menjelajah ‘alam hijau’ Gua Musang, boleh menggunakan perkhidmatan kereta api ini.
Hiking santai-santai hujung minggu masuk Bukit Gua Musang depan stesen KTMB Gua Musang, kami pakai guider abam & akak APM bayar Rm5 seorang yang turut serta. View pagi sepanjang perjalanan sangat menarik. Korang boleh cuba merasai sendiri keindahan alam buat kenangan terindah anda.
Ads
Trip kami bermula dari Wakaf Bharu, Pasir Mas & Tanah Merah dengan menaiki KTMB laluan tempatan.
Jam 4am (mengikut stesen, jadual stesen boleh rujuk web KTMB) kami berkumpul di stesen.
Tambang RM8 untuk wakaf Bharu, Rm7 untuk pasir mas sehala. Tiket boleh dibeli di dalam keretapi, kaunter tak buka lagi.
Tren datang tepat jam 4.20am. Tren terus menuju ke Pasir Mas, Tanah Merah seterusnya Kuala Krai dan Gua Musang. Peserta lain pun ada yang naik di stesen-stesen lain.
Sampai stesen Gua Musang jam 9.55 am, hampir 5 jam setengah perjalanan tu.
Mula hiking jam 10.45 am, guider kami abam-abam dan sistur JPAM untuk masuk gua dan hiking sampai ke puncak.
Trip santai-santai je, pastikan keselamatan diri anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mee celup, antara menu kesukaan ramai khususnya bagi mereka yang lahir di negeri Kelantan. Tak kira kanak-kanak, orang muda atau tua, ramai menyukai menu ini dan banyak kedai-kedai menjual mee celup ini dengan rasa yang sangat sedap.
Rasanya yang masam-masam manis, pedas-pedas tak dapat digambarkan dengan perkataan. Ada pelbagai pilihan seperti daging, ayam, perut, urut, bebola ikan dan lain-lain boleh dipilih sama ada mahukan mee, bihun, maggi dan kuew tiaw. Untuk info, mee celup Kelantan ini tak sama seperti mee sup yang dijual kebanyakan kedai ya kerana ia ada pengaruh dari Siam yang mempopularkan makanan ini dahulu.
Kalau kesempatan travel ke Kelantan, inilah senarai 50 port mee celup yang dikongsikan oleh page fb Senok Perut yang adminnya pernah cuba untuk korang boleh try. Rugi kalau tak cuba kerana mee celup ini semuanya sedap-sedap ya.
Jom tengok apa yang disenaraikan.
Kedai Mee Celup Wajib Try Kota Bharu/ Pasir Puteh
1. Warung Aus Mee Celop 2. Pok Li Mee Celop 3. Pok Cek Mee celup 4. Kedai Mee Celup Mama Padang Tembak 5. Mee Celup Cikgu Yoe 6. Laa Mee Celup / Nasi air 7. Mee Celup Teh O Beng Free 8. Pok Cek Mee celup 9. Mee Celup Kak Ming Nusuk 10. D Cabe Mee Celup 11. Mee celup tapok 12. Kedai Mee Celup Kak Jah 13. Mee Celup Kak Zam Padang Tembak 14.Kak Ma Mee Celup 15. Mee celop kak NI Legend Wakaf Baru
Kedai Mee Celup Wajib Try Tanah Merah
1. Abe Li Mee Celup 2. Kedai Mee Celup Kak Moh 3.Kedai Mee Celup Kak Yah 4. Mee Celup Dapur Kayu Che Roni 5.Mee Celup Awie Corner 6. Kedai Runcit & Mee Celup Marina (Che Na)
Kedai Mee Celup Wajib Try Jeli
1. Kak Maa Me celup Lakota 2. Kak Na mee chambo Bukit Bunga 3. Kak Na Masakan Thai sempadan Thai 4. Kak Joh mee celup,Lubok bongor 5. Yaya Roti Titab dan Sup Belut depan KFC Jeli 6. Ross Lily mee celop Bukit Jering
Kedai Mee Celup Wajib Try Machang
1.Kak Tie Mee Celup Dua Amah 2.Kak Jah Khan Mee Celup 3. Wan Isma mee celup ala thai @ tomyam seafood 4. Mee Celup Kuali 5. Ngoh's Mee Celup Wakaf Bata – Machang 6. Mee Celup Special Batu 30 7. Mee Celup Telor Gedik Depan Tangga
Kedai Mee Celop Wajib Try Kuala Krai
1. Mee celup dalam Pasar Kuala krai 2. Restoran Warisan 4. Mee Celup telur gedik Pahi 6. Mee Celup RM3 Kg. Hamzah 7. Sarimah Kedai Sup Tualang 8. Mee celup Depan Econjaya 9. Mee celup burung hantu Peria 10. Mee celup Kak Long depan Petronas Daskoh
Kedai Mee Celup Wajib Try Gua Musang / Dabong
1. Kedai Mee Celup Telur Terapung 2. Kak Na Mee Celup Telur Ggogek 3. Dlepak Bukk Nurr Derr 4. Mee celup Raysha Kopeh 5. Umi Pokok Ceri 6. Warung D'Perantau
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bujang Senang, seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak. Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Bujang Belawai
Buaya menyambar ayam tergantung
Anak buaya
Buaya sedia dipindahkan
Buaya dibawa ke ladang
Izin Buru Buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad ketika itu berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) – MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) – HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet)- HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) – MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) – HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perlis yang merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, menyimpan pelbagai khazanah hutan yang amat berharga. Taman Negeri Perlis merupakan hutan sekunder yang terdiri daripada Hutan Simpanan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.
Lokasinya yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand juga antara sebab utama taman negeri ini merupakan destinasi yang perlu dilawati kerana terletak berhampiran lokasi destinasi membeli-belah Padang Besar dan Wang Kelian.
Ia juga merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Puncak tertinggi yang terdapat di Taman Negeri Perlis ini merupakan Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter. Jika berada di Gunung Perlis, anda sebenarnya berada di titik paling hujung di utara Semenanjung Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuk meneroka Gua Kelam. Taman Negeri Perlis juga terkenal dengan pembentukan gua batu kapur yang mempunyai laluan air bawah tanah iaitu Gua Kelam.
Sejarah Gua Kelam
Ada yang kata Gua Kelam merupakan laluan orang bunian pada masa dahulu. Tetapi kebenarannya Gua Kelam pada satu ketika dahulu menjadi salah satu tapak aktiviti perlombongan. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun dahulu dan kawasan itu merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan di negara ini. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan.
Namun hari ini, rata-rata pengunjung yang datang ke Gua Kelam adalah untuk menghayati keindahan alam serta berkelah bersama keluarga, selain melakukan aktiviti mandi sungai yang begitu menyeronokan.
Pengunjung boleh memilih lokasi untuk mandi-mandi di bahagian luar atau disebalah dalam di sebalik Gua Kelam. Jika hari hujan, pengunjung disarankan tidak sesekali untuk mandi di kawasan ini kerana arus air yang mengalir sangat deras dan boleh mengacam keselamatan.
Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaan suasananya yang kelam menyelubungi gua ini dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap.
Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong bijih timah sempena kegelapan gua itu sendiri. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua. Gua Kelam menyediakan laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 km meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai.
Maka untuk memudahkan pengunjung merentasi ke dalam gua ini, kemudahan sebuah jambatan gantung dengan cahaya lampu malap berwarna-warni yang menarik telah disediakan.
Ada aliran air bawah tanah sepanjang lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Ia merupakan fenomena semulajadi yang terbentuk dengan sendirinya. Cukup mengkagumkan! Kalau bernasib baik anda berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan seperti ular, kelawar atau labah-labah.
Secret Garden
Melepasi jambatan gantung di mulut Gua Kelam, mata pengunjung bakal dihidangkan dengan panorama hijau yang cantik dan menarik. Kawasan tersebut diberi nama Secret Garden dilatari dengan persekitaran landskap yang begitu terancang. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti ‘hub’ untuk bersantai, tapak perkhemahan, laluan penjalan kaki, dan kerusi rehat. Luangkan masa mengambil gambar kenang-kenangan bersama yang tersayang disekitar taman ini sebelum keluar dari gua.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...