Trail Berbunga Tarikan Bukit Piniapat, Pitas Sabah. Cantik Sangat!

Share

Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan pkepuasan twrsendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.

Terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah, simpang ke Bukit Piniapat ini boleh dilihat selepas melalui jambatan Sungai Mempakad dari jalan Kota Marudu-Pitas. Dari simpang tersebut, kira-kira perjalanan lagi 10 minit, anda akan tiba di pondok untuk bayaran tiket masuk.

Bayaran yang dikenakan:

  • Dewasa – RM2.00
  • Kanak-kanak (7 hingga 11 tahun) – RM 1.00
  • Kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah – Percuma

Bukit Piniapat ini mempunyai ketinggian 141 m dari paras laut. Menariknya, nama Piniapat ini sebenarnya berasal daripada tanah di bukit ini yang mempunyai 4 orang pemilik yang merupakan adik beradik. Dalam bahasa Sabah, Piniapat bermaksud ‘dibahagi empat’.

Untuk sampai ke puncak Bukit Piniapat ini, terdapat dua laluan yang boleh anda pilih sama ada:

  • Laluan Mudah (Untuk Kaki Selfie) – Mendaki selama 10 minit.
  • Laluan Hiking (Untuk Pendaki Tegar) – Mendaki selama 40 minit.

Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.

Processed with VSCO with 6 preset

Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Seakan set penggambaran untuk siri televisyen kanak-kanak yang popular iaitu teletubies.

Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan sambil menikmati pemandangan laut yang indah di atas bukit ini. Aktiviti lain yang sering dilaukan di atas puncak bukit ini adalah bermain layang-layang kerana kawasan yang sedikit berangin.

Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.

Sumber: iloveboreomy

Oleh
SAHR