Tragedi Khojaly. Peristiwa Pilu Penduduk Azerbaijan

Share

Tragedi Khojaly, merupakan peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Azerbaijan yang tidak bersalah. Peristiwa tersebut merupakan paling mengerikan pada akhir abad ke-20.

Tragedi yang berlaku pada 25 hingga 26 Februari 1992 itu, merupakan episod kekejaman pembunuhan beramai-ramai kekal terpahat dalam hati penduduk Azerbaijan. Setiap tahun penduduk Azerbaijan akan memperingati peristiwa pilu ini.

  • Lebih menyedihkan, pelaku jenayah itu sehingga kini tidak didakwa oleh mahkamah antarabangsa namun, rakyat Azerbaijan tanpa mengenal erti putus asa terus menuntut keadilan untuk mangsa Khojaly. Ketika itu rakyat Azerbaijan yang diusir dari tanah mereka menjadi pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II.
  • Peristiwa itu meragut nyawa 613 etnik Azerbaijan di Khojaly, sebuah bandar kecil di rantau Nagorno-Karabakh.
  • Menurut statistik kerajaan Azerbaijan, jumlah itu termasuk 106 wanita, 63 kanak-kanak dan 70 warga emas. Selain itu, seramai 1,275 orang dijadikan tebusan manakala 150 masih hilang.Lebih sejuta orang menjadi pelarian dan hilang tempat tinggal akibat pendudukan Armenia.
Foto: wikimedia commons

  • Khojaly menjadi sasaran kerana kedudukannya yang strategik, selain untuk menghapuskan warisan sejarah dan budaya di bandar itu. Terkenal dengan budaya Khojaly-Gadabay sejak abad ke-16 SM. Khojaly, satu penempatan purba Azerbaijan, dibakar dan dihancurkan hanya dalam satu malam.
  • Penduduk awam Khojaly dibunuh hanya kerana mereka bangsa Azerbaijan. Sekumpulan pelarian mengharungi sungai dan bersembunyi di kawasan gunung berdekatan namun, kebanyakan mereka maut disebabkan hipotermia.
  • Pembunuhan beramai-ramai itu melanggar undang-undang antarabangsa, mencabuli konvensyen Geneva di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusia (yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948).
  • Konflik kedua-dua negara mula tercetus pada 1988 – tiga tahun sebelum pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991 – berikutan tuntutan wilayah Armenia terhadap Azerbaijan.
  • Pada 1992, perang meletus antara dua bekas negara Soviet, menyebabkan pendudukan Armenia ke atas 20 peratus wilayah Azerbaijan, termasuk Nagorno-Karabakh dan tujuh daerah sekitarnya.
Foto: Daily Sabah
Foto: asgardia.space
Foto: beltandroad.news

Bandar Azerbaijan terkini.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna