
Isi Kandungan
ToggleFestival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya bakal berlangsung selama 9 hari bermula pada 24 Februari sehingga 3 Mac 2024.
Festival berasaskan tradisi dan cahaya ini akan diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Pelbagai persembahan kebudayaan, tradisional dan pertunjukan lampu akan disajikan untuk anda sekeluarga selama 9 hari ini.
Tradisi Dan Cahaya di Festival Lentera Putrajaya
Waktu operasi adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.
Festival Lentera Putrajaya ini bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik.
Bukan itu sahaja, pelbagai makanan dan minuman juga akan dijual untuk anda menikmati bersama insan tersayang.
Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawangnya. Harga tiket adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Dewasa (13 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak (7-12 tahun) & warga emas = RM5
Kanak-kanak di bawah 6 tahun & OKU = Percuma
Pelancong Warga Asing
Dewasa (13 tahun ke atas) = RM30
Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM15
Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan untuk anda. Naik sahaja dari stesen MRT Putrajaya dan terus ke Anjung Floria.
Dengan kekerapan 30 minit sekali, shuttle bas di stesen MRT Putrajaya bermula jam 4.30 petang sehingga 10.00 malam. Manakala shuttle bas di Anjung Floria adalah bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 nalam.
Festival Lentera Putrajaya akan bergema dengan paluan kompang penuh bertradisi, penyeri acara, klasik dan istimewa oleh Komuniti Putrajaya.
Haa… jangan lepaskan peluang untuk saksikan formasi paluan kompang bergaya bertradisi sambil menghayati pencahayaan yang mempesonakan di Anjung Floria Presint 4 nanti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Tengok Kampung Melayu Asli Melaka, Kena Singgah Ke Kampung Morten

Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
View this post on InstagramA post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on
View this post on InstagramA post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on
View this post on InstagramVilla Sentosa #kgMorten #Melaka #Assignment
A post shared by ?نور عقيله شفيقه (@qiesyasyafiqah) on
View this post on InstagramAll suit up and ready for dapper ride! #dgrmelaka2018 #kgmorten #sundaymotocafe #kapowmy
A post shared by Sheikh Mohamad (@sheikhfadzil) on
View this post on InstagramKampung @ the heart of city. . #kgmorten #kgmortenmelaka #sightseeing #streetfood #malaccacity
A post shared by Mr & Mrs Suhel (@kadeeja83) on
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Trip Ke Koh Lipe, ‘Maldives Thailand’ Naik Bas Dari KL. Osem!

Thailand, negara jiran terdekat Malaysia yang menjadi idaman kaki jalan untuk bercuti. Untuk ke lokasi menarik di sekitar Thailand, anda tidak semestinya perlu menggunakan kemudahan pesawat.
Hanya dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas persiaran, anda boleh ke Koh Lipe atau lebih dikenali sebagai Maldives Thailand. Yang penting, bajet perbelanjaan anda juga tidak tinggi dan mahal. Trip sebegini sesuai untuk anda yang ingin bercuti ‘cara lain’ dengan kenalan rapat atau orang tersayang.
Perkongsian menarik ini sumber daripada Fakhrulrazi Ibrahim
Plan asal adalah hujung tahun bulan Disember, tapi atas beberapa faktor² lain, terpaksa diawalkan ke bulan November. Agak merisaukan, memandangkan cuaca tak berapa cantik sepanjang bulan September hingga November, tapi selepas melihat kpd forecast tarikh 26.11.2019 amat baik, so kami terus decide untuk tarikh tu. Selebihnya kami tawakkal.
Itinerary
Part 1: Perjalanan ke Koh Lipe
DAY1
11.30 pm : TBS – Hatyai (~ 9jam)
Kami beli tiket under Alisan Golden Coach. Asalnye pukul 10, tapi bas delay. Alhamdulillah selesa bak ang. Bas berhenti 3 stop.
1) Kepong, HQ Alisan, ambil passenger
2) Changlun CTC Recreation, berenti 30 minit rehat
3) Border, tunggu border bukak pukul 6am waktu Thailand
Bas berhenti dekat ofis Alisan Golden Coach Hatyai
DAY2
9am : Van dari Hatyai ke PakBara (2jam)
Untuk perjalan dari Hatyai ke Koh Lipe, kami ambil service dengan Dee Travels. Tiket termasuk van dan speed boat ke Koh Lipe
11:30am : Speedboat to Koh Lipe (2jam)
Reason utk kami kejar van pukul 9 adalah disebabkan boat pukul 11.30 iaitu Bot pagi akan singgah ke Tarutao National Park dan Love Gate. Itupun diberi 10 minit masa untuk bergambar di Tarutao National Park . Tapi sayangnya, satu bot sepakat taknak turun di Love Gate, sebab semua nk bergegas ke pulau cepat.
2pm : Check in Bloom Cafe & Hostel
Kami booking hostel dorm 8 orang dengan tujuan menjimatkan belanja. Melihat kepada review Agoda, kami sangat berpuas hati dengan bilik, bilik air dan servis diberikan.
5.30pm : Sunset Beach
Di sarankan utk gerak awal. Jangan jadi macam kami, pukul 5.45 baru nak ke Sunset Beach. Tiba ke view sunset pun dah tinggal sisa2 purata perjalanan ke situ memakan masa 15 ~ 20 minit.
8pm: Walking street
Makan malam dan cari pakej snorkeling untuk esok. Kami ambil pakej dengan brader nama Manah iaitu Manah Lipe Travel and Tour (area walking streets). Pandai cakap melayu dan senang untuk kautim harga pakej. Yang penting terjamin halal utk lunch disebabkan Manah ni seorang muslim. Mencari yg halal kan fardhu .
DAY3: Aktiviti Snorkeling di Koh Lipe
5.30am: Bergegas ke Sunrise Beach untuk tengok sunrise.
9am: Gerak ke Manah Lipe Travel and Tour untuk aktiviti Snorkeling.
Untuk Program A ada 7 Point.
1. Koh Hinson – strange rock formation
2. Koh Pai – 1st spot snorkeling
3. Koh Phung – 2nd spot snorkeling
4. Koh Dong – Lunch, Picnic & watch Monkey
5. Rok Roy – Snap gambar ramai2 air biru
6. Koh Hin Ngam – Batu Hitam
7. Jabang Pinnacle – Last Snorkeling spot. *Gambar mahupon video time snorkeling takde sebab masing2 hilang pedoman bila tiba spot snorkeling 3.30pm: Selesai aktiviti dan sampai ke Pataya Beach.
8pm: Walking Street
Makan malam dan cari pakej untuk Kayak esok harinya pula. *Sedikit peringatan, disebabkan Koh Lipe ialah pulau yang agak jauh dari mainland, so cost makanan agak mahal.
Cost makanan lebih kurang 150bath ke atas dan air boleh dianggarkan ke 50bath+-. Total sekali makan dalam 200bath. Selain tu boleh juga cari makanan muslim yg jauh dari Walking Street. Untuk lebih berjimat maka bawalah makanan sendiri. kah!
DAY4
5.30am : Sunrise Beach
Dekat sini hari² bangun pagi semata-mata nak pegi Sunrise Beach punya pasal. Kan bagus kalau kat Malaysia pun macam ni.
.
9am : Kayak ke Koh Kra dan Koh Adang (*Agak berisiko dari Ko Lipe ke Koh Adang)
Kami ambil kayak dekat Satun Dive (suggestion dari Manah) pun bole cakap melayu, pandai cakap bole kautim harga. So sepanjang kami kat sini, hari ni yang paling penuh aktiviti (Swimming, snorkeling, hiking, and kayaking). Kami berkayak dari Sunrise Beach ke Koh Kra (300m). Ni dekat je tak rasa sangat. Ada couple mat saleh tu siap berenang je dari Sunrise Beach ke Koh Kra. Kemudian sambung ke Koh Adang (2km) *sampai tengah laut Andaman Sea ombak ya ampun seriau. Selama kami di Koh Lipe ni, kayak pergi dan pulang dari Koh Adang banyak mendekatkan diri kami dengan Tuhan yang maha esa. Benarlah kata orang, bila dah takut baru ingat Tuhan. Sampai tepi pantai terus lupa semua.
.
11.30am : Chado Cliff, Koh Adang
Ada 3 view point, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sampai puncak dengan pace yang biasa. Maybe boleh jadi 50min kalau banyak stop.
3pm : Pirate Waterfall, Koh Adang
Turun bukit kami sambung perjalanan ke Pirate Waterfall pula. Pintu masuk ke Pirate Waterfall agak tersembunyi dan sukar dicari. Disarankan membawa kawan yang mempunyai ilmu makrifat yang tinggi. Nasib baik kawan kami ade sorang. Kalau takde takpe tengok gambar di bawah kami dah ambil siap2 untuk kemudahan semua orang. Brilliant tak kami? Perjalanan ke air terjun memakan masa hampir satu jam. Perjalanan pun agak mengelirukan sebab trail dah nak hilang. Disarankan buat tanda sepanjang perjalanan.
5.45pm : Kayak pulang Koh Lipe. Sebenarnya agak lewat sebab pkul 6 dah masuk maghrib dan patut pulangkan kayak sebelum jam 6.
8pm : Walking Street
Makan malam dan jalan-jalan mencari souvenir.
DAY5
5am : Sunrise Beach-Macam biasa Sunrise Beach lagi
11am : Check out .
1.30pm : Speedboat to Pakbara
3pm: Sampai jeti PakBara. Tunggu van sampai, lepastu bergerak balik ke Hatyai
HatYai
5.30pm : Hatyai
Sampai di Hatyai, kami buat keputusan untuk bermalam di Hatyai sebab hari ni Sabtu, besok Ahad, holiday. Disebabkan kami telah mengambil servis bot dengan Dee Travel, maka kami pun bermalam dekat hostel kepunyaan Dee Travel juga.
7.30pm : Kaitod Decha
Dah sampai Hatyai ni apa lagi, makan la. Dah macam makan kat Kampung Baru.
9pm : Lee Garden
Jalan2 dekat depan Lee Garden sambung cari buah tangan. Kalau tak dihargai jugak tak tau la nak cakap. Dah macam jalan kat Chow Kit.
10pm : Balik Hostel
Disebabkan badan dah penat dan sengal-sengal, maka kita tamatkan hari dengan balik hostel dan tidur tanpa ada aktiviti lain selepas itu.
DAY6
9am : Naik bas balik ke Malaysia
Jalan jem teruk sampai TBS pukul 12 malam
Perbelanjaan :
* Tiket Bas Alisan Golden Coach TBS – Hatyai RM65
* Insurance for 4day RM26.05
* Sim Card Tourist DTAC THB229
-Beli dekat pejabat Alisan lagi murah. Ni harga beli kat 7E
* Tiket Van & Speed Boat return Dee Travel THB1100
* National Park Fee THB220
* Bloom Cafe and Hostel 4D3N RM165
* Manah Snorkeling 7 Point THB600
-Harga selepas negotiation
* Satun Dive Kayak
– Kayak 2 seat THB600
– Kayak 3 seat THB700
– Harga selepas negotiation
* Dee Travel Hostel 1N THB250
* Tiket Bas Alisan Golden Coach Hatyai-TBS THB550
Kadar tukaran matawang THB10 : RM1.39
Jumlah perbelanjaan lebih kurang RM765 tidak termasuk makan dan cenderamata
Sekian, terima kasih.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taman Eko-Rimba Mossy Forest Akan Naik Taraf Fasiliti, Pengunjung Pasti Lebih Selesa Lepas Ni

Anda pernah ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest? Sekiranya belum, anda perlu menjejakkan kaki walaupun sekali seumur hidup ke hutan berkenaan. Kerana apa Libur berkata demikian? Sebab Taman Eko-Rimba Mossy Forest akan memberikan satu pengalaman yang lain daripada yang lain kepada anda dan persepsi anda terhadap hutan akan berubah dengan keunikkan panorama yang ditawarkan oleh hutan tersebut.
Keunikkan yang terdapat di Taman Eko-Rimba Mossy Forest agak berbeza dengan berbanding hutan-hutan lain yang terdapat di dalam negara kita. Hutan di Taman Eko-Rimba Mossy Forest mempunyai kelainan seperti jalaran pokoknya yang berada meliang-liuk, disaluti lumut yang menghijau di dahan-dahan tumbuh-tumbuhan begitu mempersonakan mata yang tehu menilai erti keindahan dan kecantikan ciptaan Tuhan.

Selain daripada itu, suasana kawasan tanah tinggi di Cameron Highland cukup membuatkan anda berasa selesa dan nyaman. Lebih-lebih lagi ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ke muka, lembab dan sejuk! Dek kerana faktor keindahan panorama dan cuaca hutan inilah yang menjadikan Taman Eko-Rimba Mossy Forest menjadi daya tarikan pelancong paling popular di negeri Tok Gajah itu dan langsung menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan pelancongan negeri.
Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang sekarang tidak lagi seperti dulu. Kini, kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara itu mempunyai pelbagai fasilitis mesra pelancong yang akan memberikan keselesaan kepada anda untuk berkunjung ke sana. Laluan pejalan kakinya dan pelantar pemandangannya sahaja cukup baik untuk anda gunakan bagi menikmati keindahan yang Libur perkatakan tadi – anda tidak perlu sampai jejak kaki ke kawasan trek mendaki untuk berasa dekat dengan alam.
Memetik sumber daripada Sinar Harian, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata pihak kini sedang berusaha untuk menaiktaraf lagi kemudahan yang ada di Taman Eko-Rimba Mossy Forest demi memberikan keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir. Antara kemudahan yang akan dinaiktaraf adalah kemudahan laluan jalan, tandas, pondok rehat, tong sampah dan papan maklumat yang akan memaparkan informasi kepada pengunjung berkenaan tempat tersebut.
Proses penaiktarafan ini sesuai dengan pungutan hasil yang memberangsangkan di Taman Eko-Rimba Mossy Forest tersebut apabila pada Februari dan Mac sahaja, pihaknya berjaya mengutip hasil tertinggi iaitu RM112,867 dan kutipan tersebut terus meningkat lebih-lebih lagi daripada kalangan pelancong asing.
Sejak Taman Eko-Rimba Mossy Forest mengenakan bayaran fi kepada setiap pengunjung asing yang datang sebanyak RM15 hingga RM30 seorang manakala pengunjung tempatan antara RM5 hingga RM10 sahaja, menurut Mohd Hizamri, pendapatan hasil kutipan yang diterima lebih RM70,000 dan dijangka akan bertambah.
Selain daripada Tama Eko-Rimba Mossy Forest,enam lagi pintu masuk ke Taman Eko-Rimba di negeri Pahang ini juga mencatatkan peningkatan hasil kutipan yang sama dan kawasan-kawasan tersebut juga akan dinaiktaraf demi keselesaan pengunjung yang datang di masa hadapan.
Jadinya, kawasan Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini akan menjadi lebih baik di masa akan datang dengan pelbagai fasilitis yang selesa kepada anda, masih tak nak pergi lagi ke sini?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI