Bertempat di aras 40 di Element Kuala Lumpur, TRACE restaurant and bar menawarkan lokasi makan dengan pemandangan menakjubkan. Bukan hanya menghidangkan makanan yang enak malah ia menjadi lokasi sempurna untuk melihat matahari terbit dan terbenam.
Area berdekatannya ialah Suria KLCC dan Aquaria KLCC berada dalam jarak 800 meter dari Element Kuala Lumpur by Westin. Restoran ini komited menghidangkan menu berkualiti dari bahan-bahan segar dan terpilih. Menurut Executive Chef Hashrul , pengunjung boleh mendapatkan menu seimbang sama ada hidangan tempatan mahupun western-fusion.
Berpengalaman luas dalam bidang kulinari mendorong Executive Chef Hashrul membawa pengalaman makan yang istimewa yang tidak akan terdapat di mana-mana buat pengunjung. Setiap menu diolah dengan teliti dari aspek kesegaran dan keenakan lalu dipersembahkan dengan penuh berseni.
Selaras dengan konsep Element Kuala Lumpur’s brand signature, restoran ini menawarkan menu segar dan sihat menepati keperluan gaya hidup pengunjung. Makan pagi terdiri daripada homemade granola, smoothies dan telur yang diolah istimewa.
Manakala menu tengahari dan makan malam, TRACE memperkenalkan menu a la carte signature antaranya sous-vide baby chicken, Nasi Kukus Ayam Berempah, Alaskan Cod dan Live Well Salad.
Pengunjung juga boleh mencuba variasi hidangan pencuci mulut termasuk TRACE’s Exotic Fruit, Lava Carrot Cake dan Earl Grey Chocolate Sphere.
Reka bentuk dalaman restoran ini mendapat sentuhan Avalon Collective Interior Design (ACID), tampil dengan gaya moden serta limphan cahaya semula jadi dari penggunaan tingkap bersaiz lebar. Penggunaan rainforest-green stone bertepatan dengan tema , tampil elegan dan unik bagi keseluruhan ruang restoran.
TRACE restaurant and bar dibuka pada setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam, menyediakan hidangan makan pagi secara bufet, makan tengah hari, makan malam dan koktel. Restoran ini turut menerima tempahan untuk acara tertutup seperti sambutan hari jadi, baby showers dan family gatherings.