Tourism Selangor Tutup Tempat Pelancongan

Share

Tourism Selangor memaklumkan pejabat urusannya, program Royal Klang Heritage Walk Tour, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort dihentikan operasi untuk sementara hingga 31 Mac ini.

Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata penutupan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada Isnin lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Segala aktiviti promosi pelancongan untuk Negeri Selangor selama tempoh tersebut masih diteruskan melalui saluran dalam talian dan digital. Kesemua lokasi pelancongan itu termasuk pejabat urusan akan dibuka seperti biasa pada 1 April ini.

Tourism Selangor turut berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama mengekang penularan wabak berkenaan.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna