Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor dengan Management and Science University (MSU). Usahasama ini merupakan sebuah langkah proaktif dalam memperkasa bidang pendidikan, pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan secara dua-hala.
MoU tersebut telah ditandatangi secara rasmi oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Professor Dr. Abdul Jalil Ghazali, Naib Presiden Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, di hadapan Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Bin Ab Yajid, Presiden MSU.
Kerjasama yang diwujudkan akan memberi peluang kepada pihak MSU mempromosikan Tourism Selangor dengan menggalakkan para pelajar untuk menjalani latihan industri di Pejabat Urusan Tourism Selangor di Shah Alam. Selain itu, pihak Tourism Selangor dan MSU dapat bekerjasama dalam bidang kajian dan pembangunan yang turut meliputi pertukaran bahan penyelidikan serta, penerbitan dan pembentangan.
Apa yang lebih menarik, pihak Tourism Selangor akan turut memperkenalkan Anugerah Industri di Majlis Konvokesyen MSU untuk diberikan kepada para pelajar yang layak dan terpilih. Pihak Tourism Selangor akan turut terlibat dalam program dan seminar perindustrian yang dianjurkan oleh pihak MSU dari masa ke masa sepanjang tempoh MoU berlangsung.
Bukan hanya para pelajar yang akan menerima nilai tambah dari pemeteraian usahasama dua- hala ini, namun wargakerja MSU akan turut berpeluang menerima naik-taraf kelayakan melalui penawaran sijil professional yang di akan diuruskan oleh pihak Tourism Selangor.
Tourism Selangor sememangnya berdedikasi dalam membangunkan semula industri pelancongan Negeri dengan menerokai pelbagai cabang sebagai salah sebuah elemen bagi inisiatif promosi pelancongan serba mampan. Hal ini termasuk pemerkasaan industri dari peringkat pendidikan tinggi yang disokong sepenuhnya oleh pihak Tourism Selangor dalam memartabatkan industri pelancongan Negeri dari akar umbi.
Selain itu, pihak Tourism Selangor sedang giat mempromosikan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang telah dilancarkan oleh pihak Tourism Selangor pada Disember tahun lalu bagi memperkasa sektor pelancongan domestik. Penekanan inisiatif promosi pelancongan di media massa dan landasan digital juga merupakan bukti Tourism Selangor serius dan fokus dalam menetapkan semula atau “reset” industri ini pasca pandemik Covid-19.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI